Monday, September 6, 2010

Ziarah Rahmadan Dekatkan Pemimpin dan Rakyat






IDOLA…Lajim merupakan pemimpin contoh yang membudayakan program ziarah bagi menemui rakyat di peringkat akar umbi dan menyampaikan sumbangan dalam satu majlis Ziarah Ramadan di kampung Tenambak

Dua hari lagi Umat Islam akan merayakan Hari Raya Aidilfitri. Sememangnya sudah menjadi tradisi masyarakat Islam di Malaysia menyambut Aidilfitri dengan penuh kemeriahan dan kegembiraan

Dalam penuh kesyukuran dan kemeriahan Umat Islam di Negara ini menyambut kedatangan Hari Raya Aidilfitri ini tidak semua berpeluang berkongsinya kemeriahannya,ini kerana ada insan yang berhadapan dengan pelbagai cabaran hidup antaranya fakir miskin,ibu tunggal,anak-anak yatim piatu mereka yang sakit termasuklah yang terpaksa bertugas dan berpisah dengan keluarga semasa perayaan ini.

Menyedari hakiat ini Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) bahagian Beaufort dengan kerjasama Umno bahagian Beaufort baru baru ini mengadakan program Ziarah Ramadan program yang berkonsepkan ziarah ke rumah-rumah fakir miskin, orang kurang upaya , ibu-ibu tunggal anak yatim paitu dan mereka yang sakit di beberapa buah kampung di kawasan Parlimen Beaufort antaranya Kilugus,Saiun,Jungkun, Lambidan , Tanjung Aru dan Jagus.

Program yang diketuai oleh Bendahari Umno bahagian Zahari Mohd.Zinin yang turut disertai oleh Penolong Pengarah (JASA) Beaufort Mohd.Mubarak Mohd.Kilee, ahli jawatankuasa Umno bahagian Haji Mohd.Fazlee Abdullah, Said Yakub dan Pegawai Pembangunan Masyarakat Kuala Penyu Sanawi Sapar bergerak mencari sasaranya yang sudah disenaraikan sebelum ini.

Tanpa menghiraukan hujan dan keadaan tanah yang becak rombongan mengunjungi satu persatu rumah yang telah disasarkan bukan sekadar membawa buah tangan berupa bahan makanan dan wang ringgit namun kunjungan ini amat bermakna bagi mereka yang dikunjungi sebagai satu penghargaan kepada mereka yang dikunjungi dimana sempana hari baik bulan baik ini masih ada insan yang sanggup menemuai mereka bertanyakan khabar dan berbual mesra

Ini diakui sendiri oleh ketua Rombongan Zahari Mohd.Zinin dimana menurut beliau program ini bukan sekadar menghantar sedikit sumbangan bagi meringankan beban mereka yang dikunjungi untuk merayahkan sambutan hari raya aidilfitri namun ianya merupakan tautan kasih yang amat tinggi nilainya dalam memanifastasikan nilai sebuah kemanusian dan harga kasih sayang antara sesama insan khususnya umat Islam yang bakal merayahkan kedatangan lebaran tahun ini.

“ Bukan nilai baranangan yang dibawa menjadi ukuran dalam ziarah ini, namun hubungan secara langsung antara pemimpin dalam menyelami denyut nadi rakyat dapat diungkai mendengar dan melihat sendiri masalah mereka seiring dengan gagasan 1 Malaysia “ Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan” jelaz Zahari

Mengambil dua kes berbeza dalam ziarah ini, Zahari berkata, satu kes seorang warga emas Mohamad Abdullah di kampung Lambidan yang sudah setahun lumpuh memerlukan bantuan kerusi roda dimana ianya disuarakan kepada pihak berkaitan untuk diberikan bantuan sementara dalam satu kes di kampung Jungkun seorang ayah terpaksa berkorban menjaga anaknya yang OKU Jafrizan Jamrin 14 tahun yang hanya menerima bantuan pejagaan yang diterima oleh ayahnya ,sedangkan anaknya sendiri memerlukan bantuan berasingan
“ Berapa kes ini walaupun kes terpencil kita akan ambil kira dan mengambil tindakan susulan bagi membantu keperluan mereka” tambah Zahari
Sambil berharap program ini akan menjadi tradisi bukan sahaja semasa Ramadan ini, Zahari berharap lebih banyak jabatan dan agensi kerajaan termasuk badan badan NGO dapat membudayakan program Ziarah ini sebagai altrnatif terbaik mendekati rakyat di peringkat akar umbi
Bagi Umno bahagian Beaufort yang diketuai oleh Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin sememangnya program Ziarah ini telah dibudayakan sejak sekian lama dimana beliau sendiri telah memenuhi tanggungjawabnya sebagai pemimpin yang sering turun padang mendekati dan mendengar masalah rakyat di peringkat akar umbi

No comments:

Post a Comment