Monday, September 6, 2010
137 ORANG TERIMA BANTUAN WANG ZAKAT
WANG ZAKAT….Lajim ketika menyampaikan wang zakat kepada salah seorang wakil penerima di majlis tersebut
BEAUFORT: Seramai 137 orang terdiri dari saudara,baru warga emas dan juga anak yatim menerima sumbangan wang zakat dari Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin petang kemarin.
Majlis penyampaian sumbangan tersebut diadakan sempana program berbuka Puasa bersama ketua-ketua Jabatan Kerajaan, pemimpin masyarakat dan masyarakat Islam setempat di masjid Jamek kampung Kebatu .
Berucap di majlis tersebut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort berkata, Puasa di bulan Ramadan mengajar umat Islam merenungi bahawa betapa banyak nikmat yang telah diterima sepanjang hayat ini dan sejauh mana pula kita telah bersyukur dengan nikmat tersebut
“ Secara mudah, dalam melaksanakan ibadah puasa sendiri, kita dapat melaksanakannya tanpa terlalu banyak rintangan fizikal yang dilalui” katanya
Menurut beliau bulan Ramadan di Malaysia menunjukkan betapa damai dan melimpahnya rezeki, membolehkan umat Islam mengerjakanya dengan penuh kesempurnaan
“Ini berbeza dengan suasana Ramadan di kalangan umat Islam di negara-negara yang terpaksa berdepan dengan pelbagai masalah bencana alam, pergolakan dan krisis dan keamanan” katanya
Sehubungan dengan itu beliau mengajak Umat Islam agar mesyukuri dan mempertahankan nikmat yang sediada ini yang turut dijana oleh kesatbilan politik,ekonomi dan semangat perpaduan walaupun rakyat di negera ini terdiri dari pelbagai kaum dan agama
“ Disamping kita mensyukuri nikmat yang kita perolehi ini, kita jangan lupa kepada golongan yang kurang berkemampuan ,anak yatim,ibu tunggal yang seharusnya kita bantu agar mereka dapat sama -sama dapat melaksanakan ibadah puasa dan seterusnya merayahkan sambutan aidil fitri nanti” katanya.
Disamping menyampaikan sumbangan wang zakat di majlis tersebut Lajim juga turut menyampaikan bantuan zakat dari Pusat Zakat Sabah kepada empat buah sekolah di kawasan tersebut di mana setiap sebuah sekolah yang terpilih menerima sumbangan berjumlah RM10,000.00 dan bantuan untuk masjid dan Surau di kawasan Parlimen Beaufort
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment