Thursday, September 2, 2010

BERBUKA PUASA BERSAMA ASKAR WATANIAH SABAH




CERIA LEBARAN...Lajim ketika menyampaikan sumbangan kueh kepada Komender Askar Wataniah Sabah Prof.Datuk Dr.Kamarulzaman Haji Ampong dan ,Timbalan Komender Lt.kol.Jamaluddin Yaacob semasa majlis tersebut


BERBRBUKA PUASA BERSAMA ASKAR WATANIAH...Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Kol .Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin pada petang isnin telah menghadiri dan seterusnya menyertai Anggota Rajimen 507 Askar Watniah Sabah, di Bukit Perwira Kota Kota Kinabalu dalam majlis berbuka puasa dan seterusnya berjemaah sembahyang maghrib,isya dan tarawih..Hadir sama dimajlis tersebut Komender Askar Wataniah Sabah Prof.Datuk Dr.Kamarulzaman Haji Ampong ,Timbalan Komender Lt.kol.Jamaluddin Yaacob serta pegawai pegawai kanan Askar Wataniah Sabah. Selain berbuka puasa Lajim yang juga Penaung Pendokong Askar Wataniah Sabah turut menyampaikan sumbangan kueh mueh kepada anggota askar Watniah yang bertugas sepanjang musim perayaan hari raya aidil fitri tahun ini.

Berucap di majis tersebut Lajim berkata, masyarakat perlu menghargai pengorbanan yang dilakukan oleh anggota tentera dalam menjaga keamanan negara dan bagi mereka yang berjauhan dengan keluarga kerana terpaksa bertugas semasa musim perayaan ini

Beliau berharap mereka yang bertugas semasa musim perayaan hari raya aidilfitri tahun ini dan tidak berpeluang bercuti untuk merayahkan bersama keluarga agar bersabar dan redha ,amanah dan bertanggungjawab melaksanakan tugas demi untuk bangsa agama dan negara.

Katanya pengorbanan yang dilakukan amat besar maknanya untuk negara dan meminta masyarakat terus menghargai dan medoakan keselamatan mereka yang bertugas semasa musim perayaan tahun ini.

No comments:

Post a Comment