Monday, September 27, 2010

PMBT BAHAGIAN SABAH SAMBUT BAIK USAHA KERAJAAN TUBUH MRSM UNTUK ANAK TENTERA




ABD.SANON…PMBT Bahagian Sabah sambut baik hasrat Kementerian Pertahankan tubuhkan MRSM untuk anak tentera.

KOTA KINABALU: Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Bahagian Negeri Sabah menyambut baik usaha Kementerian Pertahanan menubuhkan Maktab Rendah sain Mara (MARA) khusus untuk anak-anak anggota Angkatan Tentera Malaysia

Yang Dipertuanya Abd.Sanon Haji Sapari (gambar berkata usaha tersebut merupakan satu pengiktrafan dan penghargaan kepada anak-anak tentera termasuklah bekas-bekas tentera di seluruh neger ini.

Menteri Pertahanan Datuk Ahmad Zahid Hamidi baru baru ini berkata, maktab tersebut akan dibina di Perak dengan konsep pendidikan ‘imtiaz’ (keseimbangan ilmu duniawi dan akhirat) bagi melahirkan pelajar mempunyai asas pendidikan agama yang kukuh dan cemerlang dalam bidang profesional

Katanya, 100 peratus pengambilan pelajar di MRSM itu nanti akan diberikan kepada anak-anak anggota ATM yang masih berkhidmat dan anak-anak pesara tentera.

Menurut Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden Umno, program ini akan dilaksanakan sebaik sahaja pembinaan MRSM siap dalam tempoh tertentu dan sebaik sahaja majlis yang dilantik oleh kementerian membuat keputusan lanjut mengenai pembinaannya

Bagaimanapun, Abd.Sanon yang juga Ahli Jawatankuasa Umno bahagian Beaufort turut mencadangkan agar pengambilan sekurang-kurangnya 40% kuota pelajar dalam kalangan bukan bekas tentera perlu juga diambil kira bagi merapatkan lagi jurang antara pelajar anak bekas tentera dan masyarakat

“ Penubuhan MRSM itu, merupakan satu permulaan yang baik dan beliau berharap usaha seumpama itu dapat diperluaskan di wilayah Sabah dan Sarawak bagi membolehkan pembangunan modal insan yang menjadi keutamaan negara dapat direalisasikan secara holistic” katanya ketika dihubungi di sini dan diminta mengulas perkara tersebut

Sementara itu, Pengerusi Beliawira Bahagian Negeri Sabah, Muhammad Firdaus Joseph Abdullah turut melahirkan rasa syukur dan berterimakasih kerana golongan anak-anak bekas tentera turut menjadi fokus kerajaan selaras dengan dasar pendidikan nasional.

Justeru, beliau menyeru kepada anak-anak bekas tentera di negeri ini agar sentiasa mengutamakan budaya cemerlang dalam pelajaran bagi memastikan mereka berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

No comments:

Post a Comment