Thursday, September 2, 2010

LEBIH 200 ORANG SERTAI KONVOI KEMBARA MERDEKA RAMADAN







PATRIOTIK…Lajim diiringi oleh Pegawai Daerah Kuala Penyu serta pemimpin pemimpin parti politik menaikkan jalur gemilang sejurus tiba di majlis tersebut


BEAUFORT :

Ibadah puasa tidak menghalang rakyat khususnya umat Islam untuk menyambut ulang tahun ke-53 kemerdekaan negara.



Di Beaufort petang kemarin lebih 200-orang terdiri daripada 25-jabatan dan Pemuda Umno menyertai Konvoi Kemerdekaan 1 Malaysia yang diketuai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan , Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Okin yang memulakan perjalanan sejauh 62-kilometer dari Beaufort ke Menumbok pada pukul 3-petang yang berakhir di Pekan Kecil Menumbok dimana seterusnya Lajim bersama rombong turut menyertai masyarakat Islam setempat dalam majlis berbuka puasa dan sembahyang Maghrib,isya dan sunat tarawih di masjid Pekan Menumbok



Semuanya dilakukan atas semangat cintakan negara untuk menghargai kemerdekaan yang membolehkan Malaysia mengecapi kemajuan hari ini.

Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort semasa di temui daikhir majlis ini berkata, program diharapkan akan dapat menyuntik kesedaran lebih ramai generasi muda untuk menghargai kemerdekaan negara.


Katanya, kesedaran perlu dipupuk di kalangan rakyat terutamanya genarsi muda tentang makna sebuah kemerdekaan yang merupakan anugreh terbesar dimana sebagai rakyat kita harus insaf dan bersyukur dengan anugreh kemerdekaan ini.

Sehubungan dengan itu beliau mengajak rakyat Malaysia dengan anugreh kemerdekaan ini seharusnya mereka bijak mengambil peluang dan kesempatan untuk menikmati nikmat ini dengan mengambil peluang meningkatkan kemajuan di dalam pelbagai aspek kehidupan dimana aspek yang paling utama ialah bidang ilmu dan pendidikan

Kita di tanya mengenai sambutan Hari Malaysia yang diraikan seluruh negara, beliau berkata, pengiktirafan kerajaan persekutuan terhadap penglibatan Sabah dan Sarawak dakam penubuhan Malaysia itu perlu disusuli sokongan rakyat

“Penubuhan Malaysia membolehkan Sabah merdeka, mengecapi pelbagai bentuk pembangunan

Terdahulu justeru rakyat di neger ini perlu merayahkan dengan penuh semangat dan kesyukura” katanya

Di majlis tersebut juga Laji turut menyampaikan sumbangan kepada sebuah masjid dan 8 surau serta fakir miskin, OKU dan anak-anak yatim.

Hadir sama Wakil Rakyat Kuala Penyu John Teo Mau Sing, Pegawai Daerah Kuala Penyu Edmond Teo,Penolong Pegawai Daerah Kecil Menumbok Awang Damit Abd.Razak serta pemimpin-pemimpinan Barisan Nasional di kawasan tersebut.

No comments:

Post a Comment