Thursday, September 2, 2010

ANGGOTA KESELAMATAN TIDAK DILUPAKAN







TIDAK DILUPAKAN…Lajim menyampaikan sumbangan kueh raya untuk anggota tentera di Kem Lokawi yang diterima oleh Ketua Staff Maskas 5 Brged Lot.Kol Abdul Halim.



SUMBANGAN KUIH RAYA ….Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin pagi kemarin telah menyampaikan sumbangan Kuih raya untuk dua anggota pasukan keselamatan di negeri ini iaitu pasukan Polis dan Tentera. Sumbangan kuih raya untuk pasukan Polis telah disempurnakan dalam satu majlis ringkas Bilik Mesyuarat di Ibu Pejabat Polis Kepayan Kota Kinabalu dimana Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Noor Rashid Ibrahim menerimanya bagi mewakili semua anggota Polis khususnya mereka yang bertugas semasa musim perayaan hari raya aidil fitri tahun ini.

Sementara itu untuk pasukan Tentera sumbangan kuih tersebut dilakukan di dewan 5 Brged Kem Lokawi yang diterima oleh wakil Panglima 5 Brged Ketua Staff Markas 5 Brged Lt Kol. Abdul Halim Haji Ismail

Ditemui selepas majlis penyerahan ini Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort berkata, sumbangan tersebut merupakan tanda penghargaan terhadap anggota pasukan keselamatan yang berkorban demi kebahagiaan orang lain.

"Mungkin nilainya tidak seberapa tetapi sumbangan ini adalah tanda penghargaan dan penghormatan kepada anggota bertugas," katanya.

Beliau menambah, sumbangan tersebut merupakan acara tahunan yang telah bermula sejak 1986.

"Kita berharap sumbangan ini bukan sahaja satu pengiktirafan tetapi dapat menyuntik semangat dan keazaman untuk berkhidmat dengan lebih cemerlang demi negara dan rakyat," ujarnya.

Selain kiuh raya Lajim juga turut menyampaikan sumbangan peribadi berupa kewangan untuk membayai program yang diadakan sempana bulan Ramadan ini di masjid IPK Kepayan dan Kem Lokawi

No comments:

Post a Comment