Thursday, September 2, 2010

DATUK SERI LAJIM MEMPENGERUSIKAN MESYUARAT UMNO BAHAGIAN DI KUALA PENYU




MEMPENGERUSIKAN...Lajim (membelakang) ketika mempengerusikan mesyuarat tersebut


MESYUARAT... Ketua Umno bahagian Beaufort Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin petang kemarin bertempat di bilik Mesyuarat Majlis Daerah Kuala Penyu telah mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa Umno Bahagian Beaufort di Bilik Mesyuarat Majlis Daerah Kuala Penyu. Pelbagai isu-isu semasa berhubung dengan perkembangan politik tanahair turut dibincangkan pada mesyuarat tersebut.

Lajim yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno meminta pemimpin Umno bahagian itu agar sentiasa peka dan prihatin dengan perkembangan isu semasa dengan mengambil langkah sentiasa turun padang bagi mendekati ahli dan rakyat diperingkat akar umbi bagi memberikan penjelasan bukan sahaja isu semasa parti namun turut melibatkan dasar dan program pembangunan yang disediakan oleh kerajaan.

Katanya pihak yang tidak bertanggungjawab khususnya parti pembangkang sentiasa memanipulasikan beberapa isu bagi mengelirukan pemikiran rakyat, Menurut beliau perkembangan era teknologi maklumat masa kini turut menjadi alternatif bagi mereka menyebarkan beberapa isu bagi meraih simpati dan sokongan rakyat.

" Kita perlu sentiasa bersedia menangani perkembangan ini, dengan mengambil langkah medekati bagi menjelaskan isu isu semasa kepada ahli parti dan rakyat" katanya.

Meyuarat tersebut turut dihadiri oleh Timbalannya Isnin Haji Aliasnih,Naib Ketua Bahagian Datuk Kimjus Duim, Bendahari Umno bahagian Zahari Mohd.Zinin, Ketua Penerangan haji Samin Haji Ongki Pemuda Mohd Ishak Haji Ibrahim dan Ketua Puteri Saridah Datuk Mohd Dun..

No comments:

Post a Comment