Wednesday, September 22, 2010

KONVOI BAWA MASEJ PERPADUAN






MISI BERJAYA….Lajim bersama peserta konvoi menyerahkan jalur gemilang kepada Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dato Joseph Salang Anak Gandum di akhir perjalanan Konvoi ini di Padang Merdeka Kota Kinabalu


Tidak semua rakyat khususnya genarasi muda di negeri ini memahami serta menghayati sejarah pembentukan Malaysia dimana perjalanan yang dilalui untuk membentuk gagasan Malaysia bukanlah sesuatu yann mudah kerana ianya menghadapi pelbagai bentuk cabaran termasuk tuntutan Filipina terhadap Sabah dan konfrontasi dengan Indonesia berikutan Pembentukan Malaysia.

Justeru jika dinilai keputusan pemimpin terdahulu khususnya rakyat di negeri ini dan juga Sarawak untuk sama-sama membentuk Negara Malaysia dilihat langkah bijak yang membawa rahmat kepada kedua dua buah negeri ini yang hari ini turut menyaksikan perubahan besar terutamanya dari aspek pembangunan.

Seharusnya Pembentukan Malaysia yang kini disambut melalui sambutan Hari Malaysia yang julung kalinya diadakan di Sabah perlu dihargai oleh rakyat di negeri ini, dalam pelbagai bentuk penghargaan sebagai tanda terima kasih,dan syukur disamping menyemarakkannya dalam semangat patriotik dalam kalangan rakyat di negeri ini

Justeru Konvoi motosikal berkuasa tinggi sempena Sambutan Hari Malaysia yang melakukan perjalanan sejauh 600 kilometer dari Padang Merdeka menunju ke Utara Sabah Kudat dengan memilih beberapa daerah seperti Tuaran, Kota Belud Kota Marudu dan Kudat sebagai distenasi persinggahan perlu dilihat sebagai satu usaha positif yang mampu menyemarakan lagi semangat cintakan negara khususnya masyarakat berbilang kaum di Sabah agar terus mempertahankan nikmat keamanan dan kemajuan yang telah dinikmati selama ini

Konvoi seramai 30 buah motosikal berkuasa tinggi dari beberapa buah Kelab Motosikal di negeri ini yang diketuai oleh Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin bukan sahaja mampu menyemarakkan sambutan Hari Malaysia namun ianya turut membawa masej betapa pentingnya rakyat khususnya genarasi muda perlu menghayati sejarah pembentukam Negara Malaysia yang telah membawa perubahan landskap kemajuan yang begitu ketara sejak Sabah dan Sarawak menjadi anggota kepada pembentukan Negara Malaysia.

Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort semasa ditemui di akhir Konvoi tersebut berkata penganjuran program seumpama itu bukan sahaja dapat menarik minat golongan belia menyertainya malah, satu inisiatif bijak yang mampu menaikan semangat cintakan negara selaras dengan gagasan satu Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau yang mengetuai konvoi tersebut turut melahirkan rasa syukur kerana selamat tiba ke destinasi berkat semangat gigih ahli-ahli konvoi walaupun terpaksa berdepan dengan pelbagai halangan.

Konvoi yang bermula dari Padang Merdeka Kota Kinabalu pada petang rabu telah dilepaskan oleh Pengurus Besar Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah Datu Rosmadi Datu Sulai dan tiba di daerah Kudat pada jam 5 petang dimana pada sebelah malamnya diisi dengan pelbagai program oleh peserta konvoi antaranya persembahan lagu lagu karoke yang berunsurkan patriotik disamping menaikkan dan menandatangi jalur gemilang

Konvoi tersebut balik ke Kota Kinabalu pada pagi khamis dan tiba di Padang Merdeka pada jam 4,20 petang dimana rombongan disambut oleh Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dato Joseph Salang Anak Gandum serentak dengan itu rombongan turut menyerahkan jalur gemilang kepada beliau sebagai berakhirnya konvoi tersebut

Pada sebelah malanya pula para peserta turut menghadiri Majlis Perasmian Hari Malaysia dimana ianya turut dihadiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd.Najib Tun Abdul Razak, Tuan yang terutama Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Datuk Seri Panglima Haji Ahmadshah Abdullah,Toh Puan Hajah Dayang Masyuah Awang Japar ,Ketua Menteri Datuk Seri Musa Haji Aman serta menteri menteri, timbalan menteri Persekutuan dan Negeri

No comments:

Post a Comment