Thursday, September 2, 2010

RAMADAN ADALAH KEMERDEKAAN DIRI






BEAUFORT : Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Laji Haji Ukin berkata,bulan Ramadan menjanjikan seribu kemerdekaan dan kebebasan untuk dikongsi bersama oleh umat Islam justeru mereka perlu berusaha bersunggug-sungguh untuk memperoleh kurniaan tersebut

Katanya kemerdekaan yang dimaksudkan disebabbkan bulan Ramadan merupakan madrsah yang mendidik umat Islam akan erti kemerdekaan yang sebenar melalui proses pentarbiyahan ilahi sepanjang bulan al-Mubarak ini.

“ Pada bulan Ramadan ini syaitan dibelenggu dan ini merupakan peluang terbaik bagi umat Islam beramal dimana manusia kini merdeka daripada cengkaman musuh iaitu Iblis yang dilaknat oleh Allah SWT justeru peluang sebegini jangan dibiarkan pergi tanpa berbuat kebajikan semaksimum yang termampum, umat Islam perlu belajar mengurus nafsu dengan baik agar setelah tamat Ramadan, dunia yang penuh pancaroba berjaya diharungi dengan pedoman wahyu ilahi” katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa bersama masyarakat Islam di Masjid Kampung Kota Klias baru baru ini

Hadir sama di majlis tersebut Timbalan Ketua Umno Bahagian Beaufort Isinin Haji Aliasnih,Setiausaha Umno bahagian Haji Jusih Haji Sarin,Bendahari Umno Bahagian Mojd.Zahari Zinin dan Pengerusi Masjid Kota Klias Razali Mohd. Tahir

Menurut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort sepanjang bulan Ramadan ini juga umat Islam dikehendaki sentiasa memelihara segenap pancaindera daripada kutukan dosa. Semuanya bertujuan membentuk puasa yang berkualiti dan diterima dengan sempurna dimana secara tidak langsung masyarakat Islam merdeka daripada sifat mazmumah seperti mengumpat, meminfnah dan mencela individu lain.

Lajim menambah bersempena dengan Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-53 yang jatuhnya dalam bulan Ramadan ini setiap warga 1 Malaysia terutama yang beragama Islam patut merenung dan menilai akan tingginya nilai kebebasan sesebuah negara daripada unsur-unsur penjajahan.

Katanya tanpa nikmat kemerdekaan itu peluang untuk solat tarawih dan qiamullail di masjid dengan sebebasnya mungkin tidak akan dapat dirasai jika tanahair masih dijajah.

Oleh beliau mengajak Umat Islam agar bersyukur dengan nikmat kemerdekaan negara yang diwarisi daripada titisan darah perwira terdahulu dengan mengelak daripada dipengaruhi oleh pemikiran negatif, budaya songsang dan memutuskan hubungan silatalulrahim yang akan meletakkan Umat Islam berpecah belah yang akhirnya akan membawa kerugian kepada meraka.

No comments:

Post a Comment