Thursday, September 2, 2010

RM80 RIBU DILULUSKAN UNTUK NAIK TARAF MASJID KAMPUNG KLIAS BARU






TABUNG SURAU :Lajim ketika menyampaikan sumbangan peribadi untuk tabung Surau Kampung Klias Baru kepada Haji Agau semasa majlis tersebut

BEAUFORT: Bagi penduduk di kampung Klias Baru dan sekitarnya kedatangan bulan Rahmadan dan Syawal tahun ini disembut dengan rasa kesyukuran dan kegembiraan apabila selewatnya lewatnya penghujung tahun ini mereka dapat menggunakan Masjid di kampung tersebut dalam keadaan yang lebih selesa, luas disamping memiliki kemudahan asas yang lengkap

Kegembiraan dan rasa syukur ini mereka terima apabila Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin, semasa menghadiri majlis berbuka puasa di masjid kampung tersebut petang kemarin mengumukan kelulusan sebanyak RM80,000 ribu bagi kerja kerja menaiktaraf Masjid Kampung Klias yang akan dimulakan selepas sambutan hari raya aidil fitri tahun ini.

Menurut beliau peruntukan tersebut selaras dengan usaha kerajaan bagi mempertingkatkan kemudahan asas setiap surau dan masjid di kawasan Parlimen Beaufort agar umat Islam lebih selesa untuk mengerjakan ibadah sembahyang serta lain lain aktiviti keagamaan di kawasan masing-masing.

“ Setakat ini selain beberapa projek pembinaan masjid –masjid baru telah kita laksanakan, kerja-kerja menaiktaraf surau dan masjid yang sediaada juga akan kita laksanakan peringkat demi peringkat bagi mempestikan Umat Islam setempat selesa mengerjakan ibadah “ katanya ketika ditemui di majlis tersebut

Hadir sama Timbalan Ketua Umno Bahagian Beaufort Isnin Haji Aliasnih,Bendahari Umno Bahagian Zahari Mohd.Zinin ,Ketua Daerah Mengundi Klias Baru Ibrahim Salim dan Imam kariah Surau Klias Baru Haji Agau Eki

Menurut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort terlaksana kerja kerja menaik taraf Surau kampun Klias Baru membolehkan masyarakat Islam dikampung tersebut dapat mengerjakan ibadah dengan lebih selesa dan beliau turut berharap agar fungsi Masjid ersebut perlu dipelbagaikan bukan sahaja sebagai rumah ibadah namun turut menjadi pusat kecermalangan ilmu melalui pelbagai program yang dilaksanakan oleh jawatankuasa surau berkenaan.

“ Menjadi harapan saya bukan sahaja masyarakat Islam mengimarahkan masjid dan surau dalam program program keagamaan namun ia perlu menjadi institusi kecermalangan ilmu dan menjadi wadah penyatuan masyarakat Islam di kawasan ini disamping sentiasa memantau tahap kebersihannya” katanya.

Terdahulu ketika berucap di majlis tersebut Ketua Umno bahagian Beaufort ini berharap kedatangan rahmadan ini akan menjadi bulan tarbiah kepada umat Islam untuk mensyukuri segala nikmat yang dikeruniakan oleh Allah SWT kepada negara ini, disamping adanya kesungguhan bagi kerajaan BN mentabdir yang turut membawa kepada keadaan siso ekonomi,politik dan keamanan negara terus terpelihara .

“ Amat berbeza dengan keadaan masyarakat Islam di lain lain negara mereka terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran dan rintangan mengerjakan ibadah puasa dengan pelabagai setuasi seperti peperangan, bencana alam dan sebagainya “ katanya

Sehubungan dengan itu beliau mahu Umat Islam terus mengekalkan memontum perpaduan yang sedai terjalin engan mengenapikan pelbagai sentiman yang boleh menjejaskan hubungan harmoni meskipun negara ini terdiri dari pelbagai kaum dan agama

No comments:

Post a Comment