Monday, September 6, 2010

MAJLIS RUMAH TERBUKA TIMBALAN MENTEI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN PADA 12 SEPT 2010



Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin dan Isteri Datin Seri Panglima Hajah Normila Siong mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin dan mengalu-alukan kehadiran semua ke majlis rumah terbuka Hari Raya Aidil Fitri mereka tahun ini


KOTA KINABALU: Majlis Rumah Terbuka sempana sambutan hari raya aidil fitri Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin akan diadakan pada 12 September ini bertempat dikediaman resmi beliau di kampung Kaundo Kebatu Beufort.

Pegawai Media Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Jaafar Abdul Wahid (gambar) memberitahu , majlis tersebut akan bermula dari jam 10.00 pagi sehingga jam 2.00 petang

Katanya majlis rumah terbuka hariraya aidil fitri Lajim merupakan acara tradisi tahunan yang dianjurkan bagi memberikan peluang kepada pemimpin politik,pemimpin masyarakat ,rakyat jelata disemua peringkat khususnya di kawasan Parlimen Beaufort bersama-sama merayahkan dan mengeratkan hubungan silatulrahim antara semua kaum


“ Kehadiran semua pemimpin politik, pemimpin masyarakat dan orang ramai tanpa mengira bangsa, dan agama ke majlis ini amat dihagai dan alu-alukan bukan sahaja untuk bermaaf-maafan namun kita berharap majlis ini akan menjadi wadah untuk menjalin hubungan silatulrahim serta semangat perpaduan seiring dengan Gagasan 1 Malaysia” katanya.

Menurut Jaafar bagi memariahkan lagi sambutan kali ini, pelbagai acara kebudayaan termasuk persembahan nyanyian dari artis jemputan dan tempatan akan menyarikan lagi majlis pada kali ini.

Dalam perkembangan sama Lajim bersama isteri Datin Seri Panglima Hajah Normilah Siong dan keluarga juga turut mengambil kesempatan mengucapkan selamat hari raya aidil fitri kepada seluruh umat Islam di Negara ini dan berharap konsep perkongsian perayaan yang menjadi amalan rakyat Malaysia selama ini turut menjana Gagasan 1 Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd.Najib Tun Abdul Razak.

“ Sememangnya konsep rumah terbuka yang diamalkan selama ini menjadi manifestasi tunas

kepada gagasan 1Malaysia, bersamalah kita membudayakan dan menyemarakkan tradisi yang mulia ini kerana kita semua adalah sebuah keluarga besar, keluarga 1 Malaysia” jelas Lajimya

No comments:

Post a Comment