Monday, September 6, 2010

AJK MASJID DAN SURAU PROAKTIF TARI BELIA IMARAHKAN MASJID DAN SURAU







WANG ZAKAT….Lajim sambil disaksikan oleh Zahari, Sadih dan Juarin ketika menyampaikan wang zakat kepada Ketua Daerah Mengundi Tenembak Awang Damit Talip untuk diagih-agihkan kepada mereka yang layak menerima di kampong tersebut

KUALA PENYU : Jawatankuasa masjid dan surau di sini diminta bertindak lebih proaktif menarik golongan belia menyertai sebarang program yang diadakan di masjid dan surau bukan sahaja semasa bulan Ramadan namun sepanjang tahun bagi membolehkan mereka terlibat dalam mengimarahkan masjid dan surau

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, program pengimarahan masjid setakat ini banyak disertai oleh golongan dewasa dan warga emas.

“Jawatankuasa terbabit merupakan tenaga penting untuk menggerakkan institusi ibadat itu supaya lebih berfungsi sebagai pusat dakwah Islamiah setempat dengan mendekati remaja,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis Ziarah Ramadan di Masjid Kampung Tenambak dekat sini malam kemarin

Hadir sama Bendahari Umno bahagian Zahari Zinin, Setiausaha Sulit Sadih Nasah, Pegawai Pembangunan Parlimen Beaufort Jawarin Nasar ,Pengerusi Masjid Kampung Tenembak Haji Mohd.Esa Sari, dan Ketua Daerah Mengundi Tenambak Awang Damit Talip

Sebelum itu Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort turut berbuka puasa bersama lebih dari 100 orang masyarakat Islam setempat di Surau Kampung Jagus Menumbok

Lajim menegaskan, jawatankuasa masjid dan surau bertanggungjawab menyusun aktiviti yang boleh menarik golongan muda sepanjang bulan puasa ini termasuklah pada lain lain masa dengan pelbagai pengisian program yang boleh menarik penyertaan golongan ini

‘’Usaha harus dilakukan supaya persepsi golongan muda bahawa institusi masjid dan surau hanya untuk golongan tua dapat dikikis,’’ katanya.

Menurutnya, pemimpin belia harus bekerjasama dengan jawatankuasa masjid dan surau untuk pengisian program Rakan Masjid seperti tadarus dan khatam al-Quran pada bulan Ramadan ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahli Majlis Tertinggi Umno ini juga turut mengingatkan umat Islam supaya bersyukur dengan nikmat keamanan yang membolehkan mereka menjalani ibadah puasa tanpa gangguan.

Tegasnya, ia amat berbeza dengan beberapa negara Islam apabila rakyatnya terpaksa berpuasa dalam situasi tidak aman berikutan pergolakan yang berlaku.

‘’Kunci kepada keamanan ini ialah perpaduan walaupun berlainan fahaman politik dan kaum tetapi mereka sedar bahawa masa depan negara tidak boleh digadai,” katanya.

Di majlis tersebut selain menyampaikan sumbangan wang zakat kepada fakir miskin, ibu tunggal, anak yatim dan tabung masjid dan surau Lajim juga turut menyampaikan sumbangan peribadi untuk tabung belia kampung tersebut melaksanakan aktivitinya

No comments:

Post a Comment