Wednesday, September 22, 2010
MASYARAKAT BISAYA PERLU AMAL BUDAYA MENYUMBANG
LANCAR…Lajim sambil disaksikan oleh barisan ahli majlis tertinggi (PBBS) memotong riben sebagai simbol pelancaran perasmian pejabat perhubungan tersebut
BEAUFORT: Presiden Persatuan Bisaya Bersatu Sabah Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin mengajak masyarakat Bisaya khususnya ahli-ahli persatuan tersebut menjadi penyumbang demi untuk memajukan persatuan bagi menghadapi cabaran mendatang.
“ Janang Gayuh “ bagi masyarakat Bisaya itu berkata, budaya menyumbang perlu dlihat dari perpesktif yang luas dan menyeluruh bukan sahaja dihadkan kepada sumbangan yang berbentuk metarial semata-mata namun sumbangan dari segi idea, pandangan ,kerjasama serta semangat berpasukan merupakan eleman penting yang boleh membantu persatuan dan juga masyarakat Bisaya di negeri ini.
“ Kikis perpepsi negetif segala bentuk sumbangan yang diberikan hanya untuk kepentingan pemimpin atau ahli majlis tertinggi persatuan sebaliknya sumbangan yang diberikan perlu dilihat dari sudut positifnya demi memajukan masyarakat Bisaya itu sendiri” katanya ketika berucap merasmika Ibu Pejabat PBBS yang baru dekat sini baru-baru ini
Hadir sama Setiausaha Agung (PBBS) Awang Anak Haji Sani, Naib-Naib Presiden PBBS Saridah Datuk Mohd Dun, Haji Roslan Muharam,Edris Ali,Tarawih Rukut, Haji Asmat Japar,Isnin Haji Aliasih serta ahli majlis tertinggi (PBBS)
Menurut Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan ,jawatankuasa tertinggi persatuan tersebut mengamalkan sistem pintu terbuka bagi menerima segala bentuk sumbangan berupa idea,pandangan malah kritikan yang membina kerana ianya akan menambahbaik lagi sistem penyampaian demi untuk kebaikan ahli-ahli persatuan dan masyarakat Bisaya keseluruhannya.
“ Kita perlu mengamalkan budaya positif ini demi membangunkan bangsa kita agar mampu bersaing bukan sahaja di peringkat nasional malah global dalam pelbagai bentuk persaingan iaitu dari segi pendidikan,ekonomi,sosial dan agama” katanya.
Beliau mengulangi jika budaya menyumbang ini dapat diamalkan bukan sahaja pejabat perhubungan PBBS dapat diwujudkan malah cita-cita untuk mengwujudkan Wisma Bisaya yang diidam-idamkan selama ini mampu dilaksanakan.
Menurut beliau tanggapan untuk memajukan persatuan menjadi tanggungjawab sepenuhnya olah barisan kepimpinan tertinggi perlu dihakis,kerana tanggungjawab ini perlu dipikul bersama antara kepimpinan yang ada bersama ahli dan masyarakat Bisaya di peringkat akar umbi.
“ Perjuangan kita masih jauh, masih ada keperluan yang perlu kita perjuangankan agar masyarakat Bisaya maju dan setanding dengan lain-lain bangsa “ katanya
Mengulas dengan pengwujudkan ibu pejabat PBBS yang baru itu, Ahli Parlimen Beaufort ini berkata, ianya merupakan satu pencapaian yang terbaik bagi persatuan itu dimana pejabat tersebut akan menjadi wadah bagi masyarakat Bisaya untuk berurusan dengan hal-hal pentadbiran persatuan dimana ianya turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan antaranya ruang pejabat, bilik mesyuarat ,kemudahan computer dan sebagainya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment