Thursday, September 2, 2010

PROGRAM JEJAK PEJUANG UMNO BEAUFORT




BERBUAL MESRA….Kelihatan Lajim berbual mesra dengan Okal sambil diperhatiakan oleh Samin semasa kunjungan tersebut

KOTA KINABALU: Sempana bulan Ramadan dan sambutan hari raya aidilfitri yang bakal menjelang tiba Umno bahagian Beaufort tidak melupai jasa serta sumbangan pemimpin terdahulu ini dilaksanakan melalui program Jejak Pejuang khusus untuk menziahari mereka yang pernah memberikan sumbangan baik dalam sektor kerajaan dan juga badan Ngo.

Pagi kemarin Umno bahagian Beaufort yang diketuai oleh Ketuanya Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin dan diringi oleh Ketua Penerangan Haji Samin Haji Ongki,Ahli jawatankuasa Umno bahagian Awang Damit Jion @ Handraf dan Pegawai Perhubungan Parlimen Beaufort Awang Ramlee Gate turut meluangkan masa hampir sejam bagi mengunjungi Okal Abdul seorang bekas pemimpin politik di bahagian Beaufort yang sedang menjalani rawatan dilisis disalah sebuah pusat perubatan swasta di Kota Kinabalu.

Lawatan tersebut selain bertanya kahbar Lajim juga turut menyampaikan sumbangan peribadi beliau kepada Okal sebagai menghargai jasa serta sumbangan beliau sebagai pemimpin sebelum ini.

“ Program Jejak Pejuang ini, khusus kita anjurkan sempana sambutan bulan Ramadan dan juga hariraya tahun ini, sebagai tanda ingatan kita terhadap jasa serta sumbangan mereka sebelum ini disamping mengeratkan hubungan silatulrahim sesama kita” katanya Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan ketika ditemui selepas majlis tersebut

Okal Abdul sebelum ini merupakan bekas seorang guru,pegawai pelajaran kemudian menceburi bidang poitik dan pernah menjawat jawatan Pemimpin Kemajuan Rakyat Kuala Penyu sebelum dilantik menjadi Setiausaha Politik Kepada Timbalan Ketua Menteri satu ketika dahulu. Beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai Setiausaha Umno bahagian Beaufort dari tahun 1996 hingga 2002

No comments:

Post a Comment