Wednesday, August 18, 2010

UMNO TERBUKA UNTUK TERIMA KRITIKAN LAJIM






SUMBANGAN …Lajim ketika menyampaikan sumbangan untuk Masjid kampung Takuli pada majlis tersebut

BEAUFORT: Umno perlu menjadi parti yang sentiasa terbuka dalam menerima sebarang teguran,pandangan dan juga kritikan yang dilontarkan oleh rakan-rakan dari kompenan Barisan Nasional terutamanya isu-isu yang melibatkan kepentingan rakyat dan Negara.

Ahli Majlis tertinggi UMNO Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, Umno sebagai parti peneraju BN dan dianggap sebagai parti yang terbesar seharusnya bersedia menerima apa juga kirtikan dan pandangan yang dikemukakan oleh pemimpin-pemimpin kompnen BN untuk diambil perhatian serta tindakan sewajarnya.

“ Bagaimanapun apa juga isu dan kritikan yang dilontarkan ianya perlu mempunyai asas yang kukuh untuk dibincangkan dan diambil tindakan dalam konsep keluarga BN tanpa menjejaskan hubungan serta semangat kekeluargaan dalam BN” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama masyarakat Islam di Masjid Kampung Rancangan Klias dekat sini malam kemarin,

Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata demikian sebagai mengulas beberapa kritikan dari pemimpin pemimpin BN di negeri ini khususnya teguran yang dibuat oleh UPKO mengenai isu pendatang tanpa Izin di Sabah.

Katanya isu PATI bukan sahaja masalah UPKO namun ianya merupakan masalah UMNO termasuk masalah kerajaan negeri dan pusat untuk ditangani bersama.

“ Kita perlu menangangi masalah ini bersama, kerana kita bimbing jika ianya tidak ditangani ianya akan menghakis hak-hak rakyat di negeri ini serta menutup peluang pekerjaan rakyat tempatan malah tidak mustahil satu ketika nanti PATI pula akan menjadi wakil rakyat” katanya.

Lajim juga menambah bukan sahaja isu ini perlu dibangkitkan malah isu perkongsian kuasa juga boleh dibangkitkan oleh parti-parti kompenan BN, malah menurut beliau UMNO juga akan mengemukakan isu tersebut sekiranya sesuatu kawasan itu diwakili oleh wakil rakyat dari parti kompenan BN yang lain,

“ Saya mengambil contoh dalam soal lantikan jawatan politik, soal agihan projek pembangunan sekiranya kawasan tersebut diwakili oleh parti Kompenan BN yang lain dan dalam masa yang sama ada ahli-ahli UMNO di kawasan tersebut mereka juga perlu diberikan peluang dan ruang yang sama” tambah Lajim

Dalam perkembangan lain Ahli Parlimen Beaufort ini juga mengulas isu pembinaan masjid di kampung tersebut dimana kerajaan telah pun meluluskan peruntukan sejumlah RM750 ribu untuk membina masjid baru di kampung tersebut bagaimanapun ketiadaan tapak telah membantutkan perlaksanaan projek tersebut ,

“ Kita kena cari jalan khususnya jawatankuasa masjid dikampung ini bagi mencari tapak yang sesuai dan ini perlu dilakukan segara bagi membolehkan masjid baru di kampung ini boleh dilaksanakan secepat mungkin” katanya.
Dimajlis tersebut selain berbuka puasa ,sembahyang berjemaah maghrib bersama masyarakat Islam setempat Lajim juga turut menyampaikan sumbangan peribadi untuk masjid berupa naskah-naskah Al-Quran dan kewangan untuk tabung masjid juga sumbangan zakat untuk golongan kurang upaya,ibu tunggal dan anak-anak yatim di kampung tersebut,

Turut hadir Timbalan Ketua Umno bahagian Isnin Haji Aliasnih,Setiausaha Umno bahagian Haji Jusih haji Sarin, Bendahari Umno bahagian Zahari Mohd. Zinin dan Ketua Pergerakan Pemuda Umno bahagian Beaufort Mohd.Ishak Haji Ibrahim.

No comments:

Post a Comment