Sunday, August 8, 2010
PBBS TUBUH KOPERSI JAYA MURNI BEAUFORT BERHAD
DIHARGAI..Lajim menerima cendera kenangan dari Haji Roslan selepas merasmikan mesyuarat tersebut.
BEAUFORT: Selaras dengan komitmen Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS) bagi meliatkan masyarakat Bisaya khususnya ahli-ahli persatuan tersebut dalam sektor ekonomi, sebuah koperasi yang dikenali sebagai Koperasi Jaya Murni Beaufort berhad telah ditubuhkan.
Majlis pelancaran dan mesyuarat penaja kopersi tersebut telah dilancarkan oleh Presiden (PBBS) Janang Gayuh Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin di bilik Mesyuarat Majlis Daerah Beaufort baru-baru ini.
Berucap merasmikan mesyuarat penaja penubuhan koperasi tersebut Lajim yang juga Timbalan menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berharap masyarakat Bisaya khususnya ahli-ahli Persatuan tersebut dapat memberikan sokongan padu terhadap penubuhan kopersi tersebut dimana menurut beliau ianya akan memberikan impak terhadap usaha persatuan melalui koperasi tersebut memperkasakan ekonomi masyarakat Bisaya di negeri ini
Menurut beliau bidang koperasi mempunyai potensi amat besar tetapi ia memerlukan anjakan paradigma dengan hala tuju yang baru untuk merealisasikan potensi itu disamping sokongan kuat dari ahli-ahlinya.
Katanya, bidang koperasi negara ini sedang menuju ke arah yang lebih baik dan berkesan bagaimanapun ianya memerlukan satu pasukan pentadbiran yang efisin dan berwawasan bagi menentukan bidang perniagaan yang diceburi mempunyai prospek jangka panjang khususnya yang dapat memberikan pulangan hasil kepada ahli-ahli koperasi.
"Pengurusan yang kurang mahir dan tidak berpengetahuan telah menyebabkan koperasi tidak berdaya maju," katanya
Katanya pentadbiran koperasi perlu mementingankan kredibiliti dengan mengamalkan pengurusan yang professional tanpa melupakan falsafah penubuhannya iaitu mengimbangi keuntungan dan menentukan kebajikan ahli-ahlinya.
“ Kita perlu memastikan koperasi terus mampu berdaya maju,berdaya saing dan berdaya tahan serta lebih kos efektif supaya mampu memberikan anggota-anggotanya produk dan perkhidmatan terbaik” katanya
Hadir sama di majlis tersebut Pengerusi Penaja Koperasi Jaya Murni Beaufort berhad yang juga Naib Presiden PBBS Haji Roslan Muharam,Naib Naib Presiden (PBBS) Saridah Datuk Mohd Dun,Haji Asmat Japar, Setiausaha Agung (PBBS) Awang Anak Sani,Pengerusi Skuad Muda (PBBS) MatBali Musa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Alhamdulillah, ada juga sinar dan harapan baru bagi kaum Bisaya utuk menampatkan diri dipersada ekonomi yang lebih tinggi.. Namun pekembagangan ini harus dilhat sebagai transformasi genarasi minda yang lebih segar. Working paper yang bagus tidak semestinya menghasilakan produk yang terbaik dipasaran. Semuanya bertunjangkan ketulusan dan keikhlasan dari semua pihak yang terbabit bagi mengelakan ianya menjadi satu lagi projek Gajah Putih dan agenda lesu. Terima kasih.
ReplyDelete