Saturday, August 7, 2010

PBT Ambil tindakan premis enggan kibar bendera






LEPASKAN…Kelihatan Lajim diiringi oleh Raimee ,Rubin ,Jamawi dan Mohd Ishak ketika melepaskan Konvoi kembara merdeka Pergerakan Pemuda Umno Tenom di perkarangan Perkasa Hotel Tenom Kemarin.

TENOM: Pihak berkuasa tempatan (PBT) diminta memestikan agar setiap pemilik premis atau bangunan di kawasan PBT masing-masing dapat mengimbarkan Jalur Gemilang sempena sambutan bulan kemerdekaan tahun ini.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, semua pihak termasuk para peniaga tidak seharusnya terkecuali daripada menunaikan tanggungjawab mereka terhadap negara.

''Semangat patriotik patut disemai di jiwa setiap lapisan rakyat terutama generasi muda agar tahu tentang tanggungjawab masing-masing.

''Maka sebab itu, PBT perlu bertindak tegas terhadap mana-mana pemilik premis perniagaan, kilang-kilang atau pejabat yang enggan mengibarkan bendera sepanjang sambutan bulan kemerdekaan ini," katanya di sini kemarin

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melepaskan peserta Konvoi Pergerakan Pemuda Umno bahagian Tenom yang membawa jalur gemilang ke tapak program Juara Rakyat di Kampung Saga bermula dari Hotel Perkasa Tenom dimana majlis perasmian program tersebut juga disempurnakan oleh Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort.

Hadir sama Ahli Parlimen Tenom Datuk Raimee Unggi,Ketua Umno Bahagian Tenom Datuk Rubin Balang Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia Jamawi Jaafar Ketua Pergerakan Pemuda Umno Beaufort Mohd.Ishak Haji Ibrahim dan Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno Beaufort Mohd.Azman Datuk Lajim

Menurut Lajim yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno , masih ada segelintir peniaga tidak mengibarkan Jalur Gemilang walaupun mereka mengetuhai pada bulan Ogos setiap tahun adalah bulan kemerdekaan Negara.

Katanya, rakyat Malaysia amnya dan Sabah khususnya wajar merayakan sambutan Bulan Kemerdekaan kerana ia membawa banyak pengertian tentang sebuah negara.

''Kita beruntung dapat menikmati kemajuan dan kesejahteraan hidup hasil pengorbanan oleh pejuang-pejuang kemerdekaan masa lalu. Sukar untuk kita terus mengekalkan kemerdekaan ini jika tiada semangat cintakan negara," katanya.

Sementara itu Jamawi yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno bahagian Tenom ketika ditemui selepas majlis ini berkata, penganjuran program tersebut bertujuan untuk membangkitkan semangat patrotik di kalangan genarasi muda agar mereka bukan sahaja menghayati malah perlu menghargai makna sebuah kemerdekaan Negara yang berdaulat.

Katanya,,generasi muda sekarang yang bakal menguruskan masa depan negara perlu mempunyai semangat kenegaraan dan jati diri yang tinggi untuk meningkatkan martabat bangsa di persada antarabangsa.

Malahan, tambahan beliau generasi muda juga perlu bertanggungjawab memelihara dan menjamin kemerdekaan yang berkekalan di samping perlu memperkukuhkan tekad dan azam bagi menghadapi segala rintangan dan cabaran dengan berani dan gigih.

''Kita perlu isi kemerdekaan dengan rancangan yang bermutu dan dengan keupayaan yang lebih besar daripada apa yang kita ada dari dulu” katanya

No comments:

Post a Comment