Saturday, August 7, 2010

Hidupkan peranan masjid, dan surau






SUMBANGAN….Lajim turut menerima sumbangan tikar sejadah dari (MUIS) yang disampaikan oleh Pengerusinya Syed Abbas untuk kemudahan masjid Kariah Kampung Manggis sempana majlis tersebut.


KUALA PENYU: Peranan serta fungsi masjid dan surau di negeri ini perlu dihidupkan dalam usaha melahirkan lebih ramai modal insan berkualiti sebagai pelapis pemimpin pada masa hadapan.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Ukin berkata, selain tempat beribadat, masjid dan surau boleh berperanan sebagai institusi pendidikan yang unggul dan menjadi tempat pertemuan di kalangan masyarakat Islam memperkukuhkan perpaduan

Beliau berkata, pada masa sama, peranan ahli jawatankuasa masjid dan surau juga perlu ditingkatkan selari dengan peredaran masa terutama dalam mendidik dan memajukan belia Islam.

" Penguasaan umat Islam dalam pelbagai bidang mampu membentuk masyarakat yang berkualiti serta mampu mencapai kejayaan sebagaimana dikecapi kaum lain dan ia boleh dimulakan di masjid dan surau," katanya ketika berucap merasmikan Masjid Kariah Kampung Manggis dekat sini kemarin.

Hadir sama Pengerusi Majlis Agama Islam Sabah yang juga ADUN Balung Datuk Syed Abbas Syed Ali,Wakil Rakyat Kuala Penyu John Teo Mau Sing,Penolong Pegawai Daerah Kuala Penyu Abdul Rahim Yakub,Pegawai JHEINS Beaufort Abidin Ali Hassan dan Pengerusi Penganjur Sanawi Haji Sapar,

Lajim yang juga Ahli Perlimen Beaufort berpendapat peranan masjid perlu diluaskan yang bukan sahaja merangkumi pusat pengembangan ilmu dan pusat komuniti masyarakat Islam. Juga sebagai pusat penjanaan ekonomi

Katanya, Fungsi masjid seperti ini akan memberikan satu dimensi dan imej yang baru kepada masjid yang boleh dibanggakan.

‘‘Masyarakat Islam kini perlu berfikir secara serius serta mengumpul kekuatan sedia ada dan merancang sesuatu program yang strategik untuk memakmurkan masjid di negara ini,’’ katanya.

Lajim turut berpendapat, masjid yang mempunyai pasukan jawatankuasa yang proaktif, profesional, kreatif dan berpandangan jauh pasti dapat meningkatkan kedudukan institusi masjid.

‘‘Bagi membantu pihak pentadbiran masjid mempunyai sistem dan kaedah pengurusan yang baik satu badan sebagai pakar rujuk dan pengendalian kursus-kursus pengurusan masjid secara berterusan, perlu diwujudka “ katanya
Dalam perkembangan lain Lajim juga turut menyentuh mengenai keadaan fizikal masjid dimana menurut beliau umat Islam dan jawatankuasa masjid perlu menitikberatkan soal keindahan kawasan masjid dengan landskap yang indah lagi menarik, kemudahan asas yang mencukupi dan sempurna serta kebersihan yang mencapai standard yang diakui.

Selama ini, katanya, masyarakat Islam agak malu jika orang lain sering menempelak apakah indahnya Islam itu apabila masjid yang menjadi tempat ibadahnya pun kotor, tandasnya amat menjijikkan, permaidaninya tidak terurus dan kawasan persekitarannya dipenuhi semak samun.

‘‘Inilah yang perlu kita ubah,’’ kata Lajim yang juga Ketua (USIA) Bahagian Beaufort

No comments:

Post a Comment