Sunday, March 20, 2011

PBBS KEKAL DENGAN PENDIRIAN TIDAK LIBATKAN POLITIK DALAM PERSATUAN TERSEBUT: JANANG GAYUH



JANANG GAYUH….Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin (PBBS) kekal dengan pendirian tidak babitkan ahlinya dengan pemahaman politik dalam persatuan tersebut

BEAUFORT: Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS)kekal dengan pendiriannya untuk tidak membabitkan pemahaman politik dalam persatuan tersebut.

Presidennya, Janang Gayuh Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, pihaknya memberikan kebebasan kepada para ahlinya untuk menyertai setiap parti politik berdasarkan keselesaan, kepercayaan serta pemahaman yang boleh menjamin masa depan mereka.


Bagaimanapun beliau menaruh keyakinan barisan Ahli Majlis Tertinggi (PBBS) menyokong serta menyertai parti kompenan Barisan Nasional ( BN) di negeri ini yang telah terbukti sebagai parti yang dapat membawa kestabilan politik dan kemajuan untuk rakyat termasuklah masyarakat Bisaya sendiri

Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Hari Pemuda 1 Beaufort 1 Malaysia di Dewan Masyarakat Pa Musa dekat sini petang kemarin

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas penyertaan Pertubuhan Bajau Sabah Bersatu (USBO) yang meluluskan usul memperakukan cadangan menyertai Barisan Nasional (BN) secara rasmi sebagai gabungan dalam mesyuarat agung pertubuhan tersebut pada sabtu lepas .

Presidennya, Datuk Seri Salleh Tun Said dalam kenyataan itu meluluskan tambahan peruntukkan Perlembagaan Usbo selepas mesyuarat agung tahunannya dengan memasukkan klausa baru Fasal 4 (H). Serentak dengan itu Fasal 5.2 keahlian Usbo turut dipindah dengan membahagikan kepada dua jenis keahlian iaitu ahli biasa dan bersekutu

Sambil menyingkap kembali peristiwa beliau menjadi Wakial Rakyat pada zaman Parti Bersatu Sabah tahun 1990, lajim berkata beliau tetap dengan pendirianya memastikan agar (PBBS) bebas daripada pengaruh politik.

“ Apabila kita berbincang soal budaya, suku kaum,perpaduan serta adar resam ahli-ahli (PBBS) tetap bersatu melupakan pemahaman politik untuk menjamin kepentingan bangsa di masa depan” katanya

Bagaimanapun Lajim yakin penyertaan USBO dalam BN berdasarkan pindahan perlembagaan dalam BN yang menggalakkan penyertaan pertubuhan serta Badan bukan kerajaan (NGO) menyertai BN
“ Sudah tentu langkah USBO ini akan dapat memperkukuhkan lagi sokongan kalangan ahlinya bagi memastikan kemenangan besar BN dalam pilihhan raya umum akan datang” tambah Lajim

Belia aset, bukan liabiliti Peranan belia dalam pembangunan negara begitu penting, kata Lajim






1 MALAYSIA…Lajim bersama Isnin, Ishak dan Azman menunjukkan isyarat 1 Malaysia bersama ahli kelab Myvi yang turut serta dalam rogram tersebut


BEAUFORT Peranan belia dalam pembangunan negara begitu penting dan harus dilihat sebagai aset dan bukannya liabiliti kepada negara kata Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin

Justeru katanya sebagai aset, mereka harus melengkapkan diri dengan elemen-elemen penting yang perlu ada pada satu bangsa yang cemerlang .

“Kerajaan sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada semua lapisan masyarakat di negara ini terutamanya kepada golongan belia justeru katanya golongan belia jangan mudah terpengaruh dengan proganda yang dibawa parti pembangkang yang mengajak golongan tersebut membenci kerajaan.


“Kerajaan sememangnya mengiktiraf sumbangan golongan belia dalam semua bidang bagi memastikan pembangunan golongan belia berjalan seiring dengan pembangunan negara,” katanya berucap merasmikan Hari Pemuda 1 Beaufort 1 Malaysia di Dewan Masyarakat Pa Musa dekat sini kemarin.

Hadir sama Timbalan Ketua Umno bahagian Beaufort Isnin Haji Aliasnih,Naib Ketua Bahagian Datuk Kimjus Duim,Ketua Pergerakan Pemuda Mohd.Ishak Haji Ibrahim, Naib Ketua Pemuda yang juga Pengerusi Pelaksana Mohd.Azman Datuk Lajim serta hampir 2000 orang masyarakat belia setempat.

Menurut Lajim yang juga Ahli Malis Tertinggi Umno kerajaan mengiktiraf sumbangan belia kerana ianya penting dimana golongan ini mewakili 40 hingga 45 peratus daripada jumlah populasi adalah aset penting yang perlu dibangunkan.

Sehubungan dengan itu beliau meminta golongan belia agar merubah perpapsi yang mengaitkan kaum belia sebagai liabiliti juga dikaitkan dengan eleman eleman negetif sebaliknya mereka perlu merubah tanggapan tersebut dengan melengkapkan diri dengan ilmu pengetuhan, kemahiran, serta membina jatidiri sebagai belia yang berdikari,kreatif ,inovatif serta berdaya saing menghadapi cabaran semasa.

Katanya pelbagai bantuan serta latihan kemahiran melalui pelbagai jabatan dan agensi kerajaan tekah disediakan, justeru masyarakat belia perlu merebut segala peluang yang disediakan ini bagi mengembangkan potensi mereka agar seiring dengan kemajun semasa terutamanya bagi meningkatkan taraf siso ekonomi seharian


Dalam perkembangan yang sama Lajim juga meminta persatuan belia yang ada di daerah tersebut termasuk Pergerakan Pemuda Umno agar merangka serta melaksanakan program-program yang boleh meransang serta menyuntik semangat kaum belia untuk menceburi bidang ekonomi dan keusahawanan

Katanya kerana kurangnya maklumat serta pengetuhan dari segi peluang,bantuan dan kursus kemahiran yang disediakan oleh kerajaan menjadikan kaum belia gagal memperolehi pelbagai informasi yang boleh membantu mereka merebut pelbagai peluang kemahiran, latihan terutamanya dalam bidang ekonomi,pendidikan dan keusahawanan,

“ Tiba masanya kaum belia tidak hanya dilibatkan dengan aktiviti riadah dan pertandingan sukan semata mata ,namun mereka perlu didedahkan dengan program- program keilmuan , seperti kursus. bimbingan , seminar dan latihan yang boleh mendedahkan mereka dengan pelabagi maklumat dan peluang yang boleh mereka ceburi” jelas Lajim

Jelas Lajim lagi penglibatan belia dalam aktiviti persatuan penting sebagai satu mekanisme untuk mendedahkan mereka dengan aspek kepimpinan, pengurusan organisai dan perpaduan.

KAMPUNG BERANGKOK DICADANG SEBAGAI TAPAK PROJEK PERINTIS PERUMAHAN UNTUK GENERASI KEDUA LAJIM





DIHARGAI…Lajim sambil diperhatian oleh John,Mohd.Dahali, Isnin dan Kimjus menerima cendera kenangan dari Pengerusi Penganjur Abdullah Bisnim selepas merasmikan kejohanan tersebut


KUALA PENYU: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bercadang untuk menjadikan kampong Berangkok sebagai tapak bagi melaksanakan projek perumahan bagi generasi kedua khususnya golongan belia di kawasan tersebut dan sekitarnya

Timbalan Menterinya Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, ianya masih diperingkat cadangan yang bakal dimasukan dalam kajian separuh panggal Rancangan Malaysia ke 10 (RMK-10)dan sekiranya sesuai dan serta mempunyai peruntukan kewangan yang mecukupi ianya akan dilaksanakan sebagai projek perintis kementerian beliau bagi menyediakan kemudahan perumahan yang mampu dimiliki oleh golongan muda.

“ Kita akan meneliti cadangan ini untuk dimasukan dalam kajian separuh panggal Rancangan Malaysia ke 10,(RMK-10) sekiranya sesuai serta mempunyai peruntukan yang mencukupi kita akan laksanakannya di kampong ini sebagai projek perintis” katanya ketika ditemui selepas merasmikan kejohanan Fustal 1 Malaysia Peringkat Parlimen Beaufort dan penyerahan tujuh buah gelanggang Fustal serba guna bagi kawasan Parlimen Beaufort di kampong Berangkok dekat sini petang kemarin.

Menurut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort dari kajian yang dilakukan sejumlah 63.4 peratus rakyat di Negara ini mempunyai rumah sendiri, sementara bakinya sejumlah 36.6 peratus belum memilik rumah sendiri

“ Mejoriti yang belum memiliki rumah sendiri ini terdiri dari generasi kedua terutamanya golongan muda dan usaha ini dilihat mampu membantu mereka (golongan muda) memiliki rumah sendiri pada kadar harga yang mampu mereka bayar” katanya.

Bagi tujuan projek perintis ini beliau turut meminta pemimpin masyarakat kampong tersebut bagi mencari kawasan yang sesuai untuk dijadikan tapak projek dimana ianya memerlukan kawasan tanag sekurang-kurang 10 ekar .dimana projek perumahan yang dicadangkan ini berbentuk rumah tiris yang berharga dalam lingkungan RM70,000.00 keatas.

Dalam perkembangan lain Lajim juga menyatakan setakat ini bagi daerah Kuala Penyu baki sejumlah 43.3 kilometer jalan raya di daerah tersebut bakal dinaik taraf dimana sebahagiannya telah pun mula dilaksanakan termasuklah sebatang jalanraya di kampunng tersebut.

“ Menyusul selepas ini kerja-kerja menaik taraf jalanraya antara kampong Kerukan ke kampong Kekapor juga akan kita laksanakan dimana ianya menelan kos RM 9 juta” katanya

Tambahnya kerajaan akan terus melaksanakan pelbagai projek pembangunan khususnya di kawasan tersebut dan ianya akan dilaksanakan secara berperingkat peringkat sehinggalah kesemua kampong dapat dihubungi dengan kemudahan jalanraya yang lebih baik dan sempurna.

“ Saya berharap rakyat bersabar kerana adalah menjadi tanggungjawab kerajaan BN untuk menyediakan kemudahan insfrastruktur yang baik dan sempurna untuk kemudahan rakyat sesuai dengan slogan “ Rakyat Didahulukan Pencapaian di Utamakan” katanya.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Penyu John Teo Mau Sing, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Sabah Haji Mohd Dahali bin Haji Matsin, Timbalan ketua Umo bahagian Beaufort Isnin haji Aliasnih dan Naib Ketua Umno bahagaian Beaufort Datuk Kimjus Duim

Friday, March 18, 2011

LEBIH 1 JUTA DIPERUNTUKAN BAGI MEMBINA GELANGGANG FUSTAL DI PARLIMEN BEAUFORT






SERAH...Lajim diiringo oleh Dahali dan John ketika menyerahkan repelika kunci kepada salah seorang pengerusi gelanggang Fustal di majlis tersebut



KUALA PENYU: Lebih dari RM 1 juta ringgit telah diperuntukan oleh kerajaan Persekutuan bagi membina gelanggang Futsal di kawasan Parlimen Beaufort tahun lepas.
 Ahli Parlimennya Datuk Seri Panglima Haji Lajim Ukin berkata jumlah tersebut melibatkan pembinaan 7 buah geanggang Futsal di tujuh buah kampong iaitu di Pekan Menumbok, Pekan Kuala Penyu, Pekan Beaufort,kampong Berangkok ,Racangan Klias, Kota Klias dan di kampong Kebatu dimana setiap sebuah galanggang menelan belanja sekitar RM150,000.00
  Menurut beliau kesemua projek tersebut telahpun disiapkan sepenuhnya dan telah memberikan manafaat kepada masyarakat setempat khususnya golongan belia bagi menjalankan aktiviti sukan dan riadah
 
 “ Selepas pembinaan tujuan buah ganggang Fustal ini, kita yakin akan ada lagi gelanggang seumpama ini akan dibina di beberapa buah kampong yang memerlukanya” katanya ketika ditemui selepas merasmikan kejohanan Futsal 1Malaysia Parlimen Beaufort dan seterusnya menyerahkan penyerahan resmi gelanggang Futsal yang telah pun siap di Parlimen Beaufort kepadfa pengerusi pengerusi komunitinya di Gelanggang Futsal kampung Berangkok dekat sini pagi kemarin
 
Hadir sama Wajkil Rakyat Kuala Penyu John Teo Mau Sing,Pengarah Jabatan Belia dan Persekutuan Sabah Haji Dahalki Matsim Timbalan Ketua Umno Bahagian Isnin Haji Aliasnih,Naib Ketua Umno Bahagian Datuk Kimjus Duim dan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Beaufort Mohd.Ishak Haji Ibrahim
 
Terdahulu ketika berucap merasmikan kejohanan tersebut Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Berkata untuk memperkasakan genersi belia memerlukan sokongan semua pihak ke arah membabitkan diri dalam aktiviti positif yang dapat membantu meningkatkan tahap kecekapan dan keupayaan dalam keppimpinan, gaya hidup, mencungkil bakat, potensi diri dan kebolehan yang ada pada seseorang belia atau remaja.

Katanya,kjian menunjukkan ada kira-kira 11.6 juta belia di Malaysia tetapi yang mendaftar dengan pertubuhan belia hanya sepuluh peratus iaitu kira-kira sejuta orang dan pihak kementerian belia serta pertubuhan belia wajar menarik lebih ramai golongan ini untuk menyertao persatuan dan mengikuti program yang dijalankan
 
 Sehubungan dengan itu beliau turut meminta golongan belia di kawasan ini agar dapat menubuhkan persatuan belia di kawasan masing masing bagi memudahkan pihak kerajaan mengatur program disamping menyalurkan peruntukan bagi mereka melaksanakan pelbagai program dan projek pembangunan untuk disertai oleh golongan belia
Tambahnya kerajaan  baru baru ini melancarkan Dana Belia 1Malaysia berjumlah RM20 juta sebagai satu pencetus membuka ruang kepada golongan belia menggunakan kreativiti untuk membawa manfaat kepada masyarakat.
Katanya dana itu akan menjadi pemangkin kepada generasi muda untuk menunjukkan kualiti kepimpinan seawal mungkin selari dengan gagasan 1Malaysia.
 Selain itu Lajim berkata pelbagai lagi program pembangunan belia turut disediakan oleh kerajaan bagi membantu golongan belia untuk berdikari yang melibatkan program program latihan kemahiran,keusahawaan, kepimpinan yang boleh disertai dan dimanafaatkan oleh golongan belia untuk mereka maju seiring dengan kepesatan pembangunan negara yang sedang berlaku ketika ini.

Tuesday, March 15, 2011

PEMIMPIN DAN ANGGOTA PARTI DIMINTA MANTAPKAN PERJUANGAN






MENJANA KEKUATAN PARTI…Lajim bersalaman dengan sebahagaian dari para peserta yang menyertai kursus tersebut

TUARAN : Bagi mempestikan parti terus utuh sebagai parti utama orang Melayu/Bumiputera UMNO perlu melihat jauh ke depan. rintangan dan cabaran yang menanti tidak lagi sama sifatnya dengan apa yang pernah didepani oleh UMNO sebelum ini.

Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, bagaimana proses transformasi politik parti perdana itu dapat difahami, ianya banyak bergantung kepada peranan pemimpin parti di semua peringkat terutamanya generasi muda kerana golongan inilah yang membentuk, seterusnya menentukan apakah pengisian sewajarnya untuk parti ini terus sesuai dan relevan.

Menurut Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan,langkah pertama dimula dengan Umno mengambil inisiatif untuk berubah, dan pastinya langkah ini penting kerana Umno parti teras dalam BN.

“ Perubahan ini bukan sahaja perlu berlaku di peringkat tertinggi parti, malah pemimpin di pelbagai peringkat termasuklah ahli perlu melakukan tranformasi agar perubahan yang dibawa lebih menyeluruh, relevan dan member kesan kepada ahli dan rakyat untuk terus menyokong perjuangan parti” katanya ketika berucap menutup kursus Pemantapan Organisasi di Pusat Latihan Rela Tuaran petang kemarin.

Hadir sama Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Hajah Azizah Datuk Seri Panglima Mohd.Dun, Ketua Pengarah Unit Pemimpinan Kemajuan Rakyat Datuk Aliasgar Basri, Timbalan ketua Umno bahagian Beaufort Isnin haji Aliasnih dan Pengerusi Penyelaras kursus Kudien Bulungan.

Menurut Lajim pilihanraya umum ke 12 pada tahun 2008 sepatutnya banyak memberikan pengajaran kepada pemimpin parti Umno dan BN betapa sikap ambil lewa dan terlalu optimistik serta mengabaikan pengundi muda telah membawa kemerosotan sokongan kepada BN

Tambah Lajim lagi landskap politik negara akan berubah dengan kehadiran generasi muda sebagai pengundi baru.

Katanya, dianggarkan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti, kira-kira 7.5 juta pengundi muda akan menyatakan suara mereka. Ia merupakan pertambahan kira-kira dua juta berbanding pilihan raya lepas dan ia terlalu besar untuk dipandang mudah.

Justeru, tempoh bagi menghadapi PRU-13 akan datang adalah waktu yang sangat genting bagi semua pemimpin parti khususnya Pergerakan Pemuda sebagai pintu gerbang kepada generasi muda.

“Sesiapa pun yang bakal terpilih untuk berada di barisan hadapan sayap parti UMNO ini tidak boleh dibuai rasa seronok atau bangga dengan kepercayaan yang diberikan”

“Sebaliknya usaha perlu digerakkan bermula dari sekarang bagi mencari mekanisme terbaik mengajak generasi muda bersama-sama menyertai perjuangan UMNO” katanya

Dalam pada itu menurut Lajim UMNO perlu akur kepada kuasa media baru terutamanya Internet yang menjadi antara salah satu punca prestasi buruk Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya lalu.

Sehubungan dengan itu katanya,ahli-ahli Pemuda sebagai generasi moden seharusnya lebih peka dengan perkembangan teknologi maklumat dan berupaya menangkis fitnah dan tuduhan pembangkang menerusi medium yang sama.

"Justeru, Pemuda yang sangat dekat dengan generasi baru ini perlu memainkan peranan lebih agresif sebagai penyebar aspirasi UMNO tidak hanya secara formal, malah menerusi apa jua medium sebaran," katanya.

Seperkara yang turut ditekan Lajim semasa berucap di majlis ini akan pentingnya ahli-ahli parti mengamalkan budaya kerja berpasukan dimana ianya merupakan nadi kekuatan kepada parti untuk menghadapi cabaran terutamanya pelbagai isu yang dimainkan oleh parti pembangkang, sehubungan dengan itu katanya semangat berkerja berpasukan perlu dibudayakan dengan mendekati ahli di peringkat akar umbi bagi menyelami masalah dan cuba mencari penyelasaian yang terbaik

Sunday, March 13, 2011

Tingkatkan aktiviti kokurikulum di sekolah




MENERIMA TABIK HORMAT…Lajim diringi oleh Mastan menerima tabik hormat dari kontenjen yang mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut


KUALA PENYU : Pihak sekolah di kawasan ini ini perlu meningkatkan aktiviti kokurikulum sebagai persediaan kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian ke universiti tempatan seterusnya melalui aktiviti tersebut mampu mendidik pelajar berdikari serta membina sasiah diri

Ahli Parlimen Beaufort Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, persepsi bahawa kegiatan kokurikulum akan mengganggu pembelajaran pelajar perlu dikikis.

Tegasnya, pelajar tidak boleh meminggirkan kegiatan kokurikulum kerana aktiviti sedemikian dapat merangsang minda, fizikal dan sahsiah generasi muda.

''Pembabitan pelajar dalam kokurikulum kini merupakan syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

''Pembabitan aktif dalam aktiviti kokurikulum dapat mendidik pelajar terhadap erti kesulitan, kecekalan, persefahaman, setiakawan, semangat juang dan keterampilan,'' katanya.
Beliau berucap merasmikan temasya sukan tahunan Majlis Sukan Sekolah sekolah peringkat daerah Kuala Penyu di padang Sk Bundu dekat sini baru baru ini.

Hadir sama di majlis tersebut Pegawai Pelajaran daerah Kuala Penyu Mastan Ahmad serta guru guru dan pemimpin masyarakat tempatan

Lajim menjelaskan, dasar kerajaan memperuntukan 10 peratus markah yang diambil kira untuk kemasukan ke IPTA sangat tepat bagi menyediakan warganegara yang menguasai semua bidang.

Katanya, dasar Satu Murid Satu Sukan yang diperkenalkan tahun ini bertujuan supaya setiap murid tidak terkecuali terbabit dalam kegiatan kokurikulum.

Tambahnya, dalam pemilihan ke IPTA, hanya mereka yang berdaya saing dalam akademik dan kokurikulum diberi peluang yang lebih untuk dipilih.

Sehubungan dengan itu Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan meminta ibubapa agar terus memberikan galakan kepada anak-anak mereka untuk menyertai kegiatan kokurikulum yang dianjurkan oleh sekolah

''Kita tidak mahu ada pelajar gagal terpilih ke IPTA semata-mata markah kokurikulum rendah sedangkan mereka memiliki kelayakan akademik.” Tambah Lajim

Malah menurut Lajim memang ada pelajar gagal meneruskan pengajian ke IPTA di negara ini kerana gagal bersaing dengan pelajar lain kerana markah kokurikulum sangat rendah sehubungan dengan itu katanya penglibatan pelajar dalam bidang kokurikulum sama pentingnya dengan bidang akademik.

PKR CABANG BEAUFORT SEMAKIN GOYAH..Ekoran kemasukan berramai-ramai ahlinya menyertai UMNO






SERAH BORANG…Kelihatan Lajim sambil disakikan oleh Isnin,Kimjus Haji Jusih,Mohd.Ishak dan saridah ketika menerima borang kemasukan ahli Umno dari Camarlin bagi mewakili ahli-ahli PKR di majlis tersebut

BEAUFORT: Kedudukan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Beaufort disifatkan semakin “goyah” ekoran tindakan Seramai 150 daripada ahli (PKR) cabang itu mengumumkan keluar parti PKR dan menyerahkan borang keahlian UMNO.

Majlis penyerahan itu dilakukan dalam satu majlis yang diadakan pada petang ahad lepas di Balai Raya Kampung Tanjung Bakalau dekat sini, yang diketuai oleh bekas Ketua Penerangan PKR Cabang Beaufort Camarlin Haji Loksin

Borang-borang itu diterima oleh Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin , dan turut disaksikan oleh Timbalan Ketua Umno bahagian Beaufort Isnin Haji Ali Asnih,Naib Ketua Bahagian Datuk Kimjus Duim, Setiausaha Umno Bahagian Haji Jusih Haji Sarin Ketua Pergerakan Pemuda Mohd.Ishak Haji Ibrahim dan Ketua Puteri Saridah Datuk Seri Panglima Mohd.Dun

Lajim yang juga Ketua Umno bahagian Beaufort berkata, dijangkakan lebih ramai lagi ahli-ahli PKR Cabang itu keluar parti dimana langkah tersebut dibuat ekoran hilang kepercayaan terhadap parti pembangkang khususnya PKR

Mengulas lebih lanjut perkembangan tersebut Lajim berkata, ianya bukan satu perkara mengejutkan memandangkan sudah ramai yang keluar parti berkenaan iaitu daripada peringkat pemimpin atasan, pengasas parti dan ahli baru.

Katanya, ia termasuk mereka yang berjawatan timbalan presiden, setiausaha agung, termasuklah 11 wakil rakyat dan dijangka jumlah ini akan bertambah khususnya di Sabah kerana kebanyakan ahli-ahli PKR menginsafi parti tersebut tidak mampu memperjuangkan nasip mereka terutamanya dalam menyediakan pembangunan untuk dinikmati oleh rakyat

''Tentu sekali ada sesuatu yang tidak kena pada cara kepimpinan dalam parti PKR sehinggakan mereka sanggup keluar menjadi bebas malah ada yang masuk UMNO atau parti-parti komponen Barisan Nasional (BN)” katanya

''Saya kira ini adalah sesuatu yang sepatutnya membuka mata rakyat untuk menilai bagaimana sebuah parti yang bercita-cita besar untuk mengalih kuasa” tambah Lajim

Sementara itu, bekas Ketua Penerangan PKR Cabang Beaufort yang Camarlin Haji Loksin yang mengetuai kemasukan beramai-ramai ahli ahli PKR Cabang itu , berkata mereka hilang kepercayaan terhadap hala tuju PKR yang dilihat terumbang ambing dan tidak mampu memperjuangkan nasib orang Sabah.

“ Kemasukan kami beramai-ramai bukannya dijanjikan dengan habuan seperti projek dan jawatan namun ,kami menginsafi serta melihat keupayaan Umno dan Barisan Nasional mentadbir negara sememangnya tidak boleh dinafikan khususnya dalam membela nasip rakyat dan kami tidak mahu masa depan anak-anak kami terkubur dengan perjuangan politik yang sia-sia” katanya

Seorang bekas ahli PKR yang hanya mahu dikenali sebagai Osman berkata, punca mereka keluar parti adalah sikap pemimpin partinya yang gila kuasa dan pentingkan diri sendiri.

"Pemimpin-pemimpin ini sanggup menjual bangsa, agama dan negara semata-mata untuk berkuasa, lebih menyedihkan mereka menjadikan ahli parti sebagai alat untuk mengejar kepentingan peribadi mereka," katanya