Sunday, March 13, 2011

Tingkatkan aktiviti kokurikulum di sekolah




MENERIMA TABIK HORMAT…Lajim diringi oleh Mastan menerima tabik hormat dari kontenjen yang mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut


KUALA PENYU : Pihak sekolah di kawasan ini ini perlu meningkatkan aktiviti kokurikulum sebagai persediaan kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian ke universiti tempatan seterusnya melalui aktiviti tersebut mampu mendidik pelajar berdikari serta membina sasiah diri

Ahli Parlimen Beaufort Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, persepsi bahawa kegiatan kokurikulum akan mengganggu pembelajaran pelajar perlu dikikis.

Tegasnya, pelajar tidak boleh meminggirkan kegiatan kokurikulum kerana aktiviti sedemikian dapat merangsang minda, fizikal dan sahsiah generasi muda.

''Pembabitan pelajar dalam kokurikulum kini merupakan syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

''Pembabitan aktif dalam aktiviti kokurikulum dapat mendidik pelajar terhadap erti kesulitan, kecekalan, persefahaman, setiakawan, semangat juang dan keterampilan,'' katanya.
Beliau berucap merasmikan temasya sukan tahunan Majlis Sukan Sekolah sekolah peringkat daerah Kuala Penyu di padang Sk Bundu dekat sini baru baru ini.

Hadir sama di majlis tersebut Pegawai Pelajaran daerah Kuala Penyu Mastan Ahmad serta guru guru dan pemimpin masyarakat tempatan

Lajim menjelaskan, dasar kerajaan memperuntukan 10 peratus markah yang diambil kira untuk kemasukan ke IPTA sangat tepat bagi menyediakan warganegara yang menguasai semua bidang.

Katanya, dasar Satu Murid Satu Sukan yang diperkenalkan tahun ini bertujuan supaya setiap murid tidak terkecuali terbabit dalam kegiatan kokurikulum.

Tambahnya, dalam pemilihan ke IPTA, hanya mereka yang berdaya saing dalam akademik dan kokurikulum diberi peluang yang lebih untuk dipilih.

Sehubungan dengan itu Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan meminta ibubapa agar terus memberikan galakan kepada anak-anak mereka untuk menyertai kegiatan kokurikulum yang dianjurkan oleh sekolah

''Kita tidak mahu ada pelajar gagal terpilih ke IPTA semata-mata markah kokurikulum rendah sedangkan mereka memiliki kelayakan akademik.” Tambah Lajim

Malah menurut Lajim memang ada pelajar gagal meneruskan pengajian ke IPTA di negara ini kerana gagal bersaing dengan pelajar lain kerana markah kokurikulum sangat rendah sehubungan dengan itu katanya penglibatan pelajar dalam bidang kokurikulum sama pentingnya dengan bidang akademik.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment