Monday, March 21, 2011
BN PERLIMEN BEAUFORT ANJUR KONVENSYEN
PERSEDIAAN…Lajim bersama Kimjus,Isnin dan Jali ketika mempengerusi mesyuarat persediaan konvensyen tersebut
BEAUFORT: Dijangka lebih seribu ahli komponen Barisan Nasional (BN) kawasan Parlimen Beaufort dijangka menghadiri Konvensyen BN Parlimen Beaufort 2011 pada 27 Mac ini bertempat di Dewan Masyarakat Pa Musa
Pengerusi Penyelaras BN Parlimen Beaufort, Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, konvensyen itu memberi ruang serta peluang kepada perwakilan bagi membentangkan Resolusi penambah baik BN di peringkat akar umbi.
Katanya, antara resolusi akan dibentangkan meliputi aspek pembangunan kawasan, penambahan ahli, perkongsian kuasa serta berkaitan persiapan pilihan raya umum ke-13 akan datang.
Beliau berkata demikian kepada Pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat jawatankuasa penganjur konvensyen tesebut di bilik Mesyuarat pejabat Umno bahagian Beaufort dekat sini kemarin
Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, konvensyen itu juga memberi peluang kepada perwakilan bersua muka sambil mempereratkan hubungan silaturahim bersama pemimpin di peringkat bahagian dan cawangan.
Komponen BN sudah melantik beberapa ahli serta kumpulan uintuk memperhalusi resolusi hasil konvensyen itu sebelum di hantar ke peringkat majlis tertinggi BN negeri dan pusat.
Tambah Lajim Konvensyen itu juga akan dihadiri para pemimpin melalui lantikkan politik sekali gus mendapatkan input berkesan permasalahan rakyat di peringkat akar umbi.
Sementara itu Setiausaha Penganjur Mohd.Jali Nordin (gambar kecil) ketika ditemui berkata sebanyak tujuan kertas kerja akan dibentangkan dalam Konvensyen sehari ini iaitu Transforsmasi kerajaan yang dibetangkan oleh wakil dari Umno, Konsep 1 Malaysia (PBS) Perpaduan Dalam BN (UPKO) Wawasan 2020 (MCA) Memantapkan Perjuangan Genarasi ke Dua (Pemuda BN) Sumbagan Wanita Keada Pembangunan Negara (Wanita BN) dan Politik Nasional (Persepsi Negeri Sabah) oleh Pergerakan( Puteri) Umno
“ Kita memberi peluang kepada semua wakil wakil dari parti kompenan BN yang ada di kawasan ini membentangkan kertas kerja mereka masing-masing dan diakhir konvensyen kita akan membuat satu resolusi hasil dari sidang palino yang dibuat dimana ini akan dikemuakan kepada pucuk pimpinan tertinggi BN di peringkat Pusat dan negeri bagi tindakan susulan selanjtunya” jelas Jali
Dalam pada itu Jali turut meminta agar kompenan parti BN yang telah pun diperuntukan kota penyertaan untuk konvensyen ini agar dapat mengemuakan segara senarai nama nama perwakilan yang akan mewakil parti mereka masing-masing bagi memudahkan pihak urussetia membuat persediaan awal demi melicinkan perjalanan konvensyen ini yang akan diresmikan oleh Lajim yang juga Ahli Masjlis Tertinggi Umno.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment