Tuesday, March 8, 2011
PEMIMPIN DAN AHLI PARTI PERLU AMAL POLITIK NILAI DAN MAKNA
LAGU UMNO..Lajim bersama barisan kepimpinan Umno bahagian menyanyikan Lagu Umno semasa majlis tersebut
KUALA PENYU : Pemimpin dan anggota parti Umno disemua peringkat diajak agar membudayakan politik nilai dan makna dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik lagi efisin kepada rakyat bagi menambat keyakinan mereka untuk terus memberikan sokongan terhadap hala tuju perjuangan parti agar ia terus relevan sepanjang masa.
Ahli Majis tertinggi Umno Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata politik nilai dan makna merupakan antara proses tranformasi yang dilakukan oleh parti dimana perubahan sebenarnya bukan hanya perlu pada sistem semata-mata, tetapi harus diikuti dengan perubahan sikap ahli dan pemimpin dalam memastikan kelangsungan Umno.
Katanya, nilai-nilai murni, turun ke padang, menjauhi sikap elitis, kerja kuat, mendengar rintihan serta kehendak rakyat dan sebagainya perlu berjalan sejajar dengan perubahan pada sistem parti
“ Jika perubahan ini mampu kita laksanakan dan lestarikan dalam parti sudah tentu keyakinan ahli dan rakyat dapat dimantapkan dan ianya menjadi senjata utama bagi memperkasakan kekutan parti menghadapi cabaran semasa” katanya ketika berucap merasmikan persidangan berkelompok cawangan cawangan Umno bagi kawasan DUN Kuala Penyu di dewan Masyarakat Dato Shah Bandar Makang dekat sini pagi kemarin.
Hadir sama Timbalan Ketua Umno Bahagian Beaufort Isnin Haji Aliasnih,Naib Ketua Umno Datuk Kimjus Duim, Setiausaha Umno bahagian Haji Jusih Haji Sarin dan Bendahari Umno bahagian Zahari Mohd. Zinin
Menurut Lajim yang juga Ketua Umno bahagian Beaufort kejayaan BN dalam beberapa pilihanraya kecil yang diadakan sebelum ini dan yang terkini di DUN Merlimau di Melaka dan Kerdau di Pahang membuktikan peningkatan keyakinan rakyat kepada parti itu,
Bagaimanapun menurut beliau melihat kepada reputasi serta kejayaan ini pemimpin dan ahli parti sewajarnya jangan alpa dan berpuas hati apa lagi dengan jolokan Sabah dan Sarawak sebagai simpanan tetap BN, sebaliknya menurut beliau perjuangan BN masih belum selesai, persediaaan dan persiapan yang lebih mantap dan jitu perlu terus dilakukan bukan sahaja bagi menghadapi pilihan raya negeri Sarawak tidak lama lagi, tetapi juga lebih utama Pilihan Raya Umum Ke-13
Katanya, pihak pembangkang sudah tentulah tidak akan duduk diam, sebaliknya mereka pasti akan merancang strategi yang lebih hebat bagi mempengaruhi rakyat.
“ Ternyata sekali, segala propaganda, taktik, helah dan dakyah pembangkang gagal mempengaruhi rakyat untuk menyokong mereka, sebaliknya rakyat lebih mementingkan masa depan berbanding menyerahkan nasib kepada satu pakatan yang kacau bilau” katanya.
Tambahnya keyakinan rakyat kepada Umno dan BN semakin menunjukkan peningkatan apatah lagi, dengan pelbagai langkah yang dilakukan oleh kerajaan BN yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, rakyat semakin percaya bahawa masa depan mereka akan lebih terjamin jika terus dipayungi oleh BN.
Sehubungan dengan itu Ahli Parlimen Beaufort ini mengajak pemimpin Umno dan BN agar dari sentiasa menanamkan iztizam dan kesungguhan melaksanakan amanah kepada parti khususnya memantapkan jentera parti dari sekarang bagi menghadapi pilihnaraya umum ke 13 akan datang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment