Thursday, March 10, 2011

KERAJAAN BANTU TANGANI MASALAH PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI




BINCANG…Lajim bersama Ghulam dan Matius ketika mengadakan perbincangan pada mesyuarat tersebut



KOTA KINABALU: Bagi tempoh 2009 hingga 2010, terdapat 161 projek perumahan terbengkalai di seluruh negara di mana sebanyak 51 projek atau 32 peratus sudah disiapkan dan diberikan sijil layak menduduki (CF).

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, dari jumlah tersebut sebanyak 58 projek (36 peratus) projek perumahan sedang dipulihkan dan dalam proses melantik pemaju penyelamat, manakala bagi 52 projek (32 peratus), kementerian beliau sedang berusaha mencari pemaju penyelamat

Menurut beliau Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) banyak menerima aduan mengenai projek bermasalah khususnya perumahan terbengkalai yang memberi kesan kepada pembeli dari segi bebanan kewangan, termasuklah pembayaran balik ansuran pinjaman perumahan dan juga pembayaran sewa yang diduduki pembeli rumah

“Bagi menangani isu projek perumahan terbengkalai di seluruh negara, Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH) memutuskan supaya ditubuhkan satu pasukan Petugas Khas Pemulihan Projek Terbengkalai yang turut dianggotai pegawai kanan daripada pelbagai agensi kerajaan dan pihak swasta yang berkepentingan dalam industri pemajuan perumahan” katanya semasa ditemui selepas mempengeruskan mesyuarat Projek Perumahan Tebengkalai pembayaan swasta bersama Jabatan Perumahan Negara dan Kerajaan negeri di Wisma Tun Fuad Stephen petang kemarin

Hadir sama Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Tempatan Sabah Datuk Ghulam Haidhar Khan Bahadar, Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Matius Sator dan Pengarah Bahagian Pemulihan Projek Terbengkalai JPN Jana Santhiran a/l Muniayan


Menyentuh dengan projek perumahan terbengkalai yang dimajukan oleh pihak swasta di Sabah Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort berkata setakat ini hanya empat buah projek perumahan terbengkalai yang direkodkn iatu perojek perumahan Taman Kota di Keningau, Taman Hartamas,Taman Richdar dan juga Taman Mepo di kawasan Kota Kinabalu.

“Pemberian sijil layak menduduki (CF) merupakan antara factor yang menyebabkan projek perumahan yang disenaraikan ini termasuk dalam ketegori terbengkalai” katanya

Menurut Lajim, bagi menyelesaikan permasalahan ini, kementerian beliau mengambil beberapa tindakan antaranya melaksanakan pemulihan projek melalui pembabitan pemaju berwibawa (White Knight) dan melaksanakan pemulihan projek melalui Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) berasaskan kepada peruntukan yang disediakan Kerajaan melalui Pakej Rangsangan Ekonomi dan Bajet Mini serta menyelaras pemulihan projek oleh pemaju asal.

Di samping membantu dalam menyelesaikan kemelut projek terbengkalai, Lajim berkata, Kementerian beliau memandang serius akan penyampaian dan tahap prestasi PBT dan akan sentiasa memerhati dan membantu PBT untuk meningkatkan lagi prestasi perkhidmatannya.

“Bagi membantu tahap prestasi PBT, satu pelaksanaan Sistem Star Rating (SSR - PBT), diadakan di mana sistem ini adalah selaras dengan hasrat Kerajaan untuk meningkatkan lagi sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat” katanya

No comments:

Post a Comment