Sunday, March 6, 2011

MESYUARAT AGUNG PBBS KE 2O MEMACU PROSES TRANFORMASI KE ARAH LEBIH CEMERLANG



Presiden PBBS Janang Gayuh Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin dijangka akan merasmikan mesyuarat agung (PBBS) dan akan menyentuh 4 perkara pokok dalam ucapan dasar presidennya untuk dibahaskan oleh para perwakilan yang hadir ke msyuarat agung kali ini


BEAUFORT: Hampir seribu orang terdiri daripada perwakilan dan pemerhati Persatuan Biasya Bersatu Sabah (PBBS) dari seluruh daerah di negeri ini akan menghadiri mesyuarat agung kali ke 20 yang dijadualkan berlangsung pada 12 Mac ini bertempat di Dewan Masyarakat Baru Beaufort.

Setiausaha Agung (PBBS) Awang Anak Abd Sani (gambar) berkata dari jumlah tersebut sebanyak 514 orang perwakilan dari 257 buah cawangan akan menghantar pewakilannya ke mesyuarat agung kali ini dan selebihnya merupakan permerhati dari cawangan cawangan (PBBS)

Menurut Awang Anak Presiden (PBBS) yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Janang Gayuh Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin ( gambar) dijangka akan melakukan upacara perasmian mesyuarat agung kali ini.

Tambahnya empat perkara akan di sentuh dalam ucapan dasar presiden kali ini yang menyentuh soal pendidikan, ekonomi,sosial dan agama

“ Empat perkara yang akan disentuh dalam ucapan dasar persiden kali ini merupakan asas bagi menjayakan matlamat mentranformasikan (PBBS) dalam menyokong Gagasan 1 Malaysia bagi memacu anjakan paradigma masyarakat biaya menghadapi cabaran di alap baru khususnya dalam mengisi keperluan pembangunan sebagai sebuah negara maju menjelang 2020” katanya ketika ditemui di sini pagi kemarin.

Menurut Awang Anak ucapan dasar ini akan dibahaskan oleh para perwakilan yang hadir bagi mencari resolasi yang terbaik dalam menjayakan proses tranformasi tersebut dan ianya akan turut di gulung oleh Timbalan dan Naib-Naib Presiden diakhir persidangan.

Sehubungan dengan itu Awang Anak turut mengingatkan agar para perwakilan yang hadir ke mesyuarat agung kali ini memanafaatkanya sebagai wadah untuk bertukar tukar pandangan disamping mengemukan idea dan pandangan khususnya untuk memperkasakan lagi hala tuju perjuangan (PBBS) bagi menghadapi cabaran mendatang.

Dalam perkembangan lain Awang Anak juga meminta agar cawangan cawangan yang belum lagi menghantar senarai perwakilan,permerhati serta laporan mesyuarat agung di cawangan masing-masing agar dapat mengemukanya secepat mugkin kepada urussetia persidangan di ibu Pejabat (PBBS) bagi memudahkan pihak pengurusan menyediakan segala keperluan bagi mempestikan persidangan kali ini berjalan dengan baik dan teratur:

No comments:

Post a Comment