Thursday, March 24, 2011

Hanya 5 peratus bukan bumiputera sertai bomba


MARANG 23 Mac - Hanya lima peratus daripada 11,537 anggota dan pegawai dalam pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) merupakan kalangan bukan bumiputera.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Lajim Ukin berkata, faktor itu disebabkan kurangnya minat di kalangan belia bukan bumiputera untuk menyertai jabatan itu.

"Masalah ini berlaku dalam semua badan berunifom di negara ini, masalahnya dari segi minat. Yang keduanya pula disebabkan mereka lebih banyak terlibat dengan bidang profesional yang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Tamat Latihan Kursus Kebombaan 2010 di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai di sini hari ini yang turut dihadiri oleh Ketua Pengarah JBPM Datuk Wan Mohd. Nor Ibrahim. - Bernama

No comments:

Post a Comment