Friday, April 1, 2011

MASA UNTUK MELAKSANAKAN APA YANG DIBINCANG







KERJASAMA ERAT….Lajim bersama isteri Datin Normilah Siong disambut mesra oleh para pemimpin parti kompenan BN sejurus tiba untuk merasmikan konvensyen tersebut

KONVENSYEN Barisan Nasional (BN) kawasan Parlimen Beaufort yang julung kalinya pernah diadakan baru baru ini di dewan Masyarakat Pa Musa Beaufort menyaksikan kesemua 7 komponen parti yang mewakili Umno,PBS,UPKO,GERAKAN, LDP MCA dan PBRS dengan kehadiran lebih 1,000 ahli bersama pemimpin bahagian masing-masing berpeluang memberikan input serta kaedah bagi mengukuhkan BN khususnya di kawasan tersebut.

Konvensyen yang diadakan ini menjadi wadah bagi kesemua parti komponen yang terdiri daripada pelbagai kaum berkumpul untuk berbincang dan ini sesuai dalam keadaan parti menghadapi PRU ke-13 bakal menjelma, yang boleh meletakkan setiap parti komponen menetapkan satu tekad dengan memupuk kepercayaan, permuafakatan, kerja keras dan usaha bersungguh-sungguh bagi mempastikan Parlimen Beaufort kekal menjadi kubu kuat BN selain menjadi penyumbang bagi mempertahankan gelaran Sabah sebagai “Simpanan Tetap BN”.

Seperti kata Pengerusi Penyelaras BN Parlimen Beaufort Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin dalam amanatnya sempena konvensyen tersebut berkata bagi mempastikan BN terus menerajui kepemimpinan negara dan negeri-negeri, setiap parti komponen perlu diperkukuhkan.

Katanya, kunci atau syarat utama untuk menjadi kuat dan kukuh adalah bersatu hati, bertolak ansur dan saling percaya mempercayai bagi melengkapkan perjuangan ke arah kesejahteraan rakyat.

“ Inilah juga masa yang perlu digunakan sepenuhnya untuk mengukuhkan barisan saf dalam setiap parti komponen yang teguh berdiri di belakang kepimpinan BN Pusat dan Negeri” katanya.

Justeru itu katanya, antara nilai paling penting yang selama ini telah berjaya mengukuhkan BN seperti kebijaksanaan, keikhlasan dan kemampuan pemimpin parti komponen mengemudi nakhoda rakyat perlu diteruskan.

“ Pemimpin dan anggota parti BN perlu memahami bahawa perjuangan BN adalah untuk rakyat keseluruhan, bukan untuk sekumpulan tertentu. Jika ini dapat difahami dan dipraktikkan dengan penuh amanah, dan ikhlas, maka kita tidak nampak sebarang masalah besar mempastikan BN akan mencipta kejayaan cemerlang termasuk merampas semula kerusi yang dikuasai oleh parti pembangkang di beberapa negeri di Semanajung dan Sarawak” jelas Lajim

Harapan Lajim yang juga Ahli Perliman Beaufort ini turut disokong dengan beberapa saranan yang dibuat oleh wakil-wakil parti kompenan yang berucap di konvensyen tersebut sebagaimana yang disentuh oleh Timbalan Ketua Umno bahagian Beaufort Isnin Haji Aliasnih yang mewakili Umno yang mahu setiap pemimpin parti komponen bangkit untuk memulihkan dan melaksanakan pelan tranformasi ke arah mencapai kemenangan yang diidam-idamkan.

Katanya, pemimpin dan parti perlu kembali kepada rakyat dan buktikan slogan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan sejajar dengan pelaksanaan gagasan 1Malaysia dan dalam kontek ini katanya perkhidmatan yang dilakukan oleh setiap pemimpin parti tidak hanya tertumpu kepada satu pihak sahaja dalam perkhidmatannya perlu menyeluruh demi untuk kepentingan semua kaum


Tidak terkecuali turut dibincangkan ialah soal Gagasan 1 Malaysia sebagai mana yang disentuh oleh wakil dari PBS Sebastian Dirih Anjim yang bercakap soal Konsep 1 Malaysia yang mahukan agar hubungan baik semangat setia kawan rakyat Sabah yang menjadi Ikon 1 Malaysia perlu dipertahankan dan disuburkan dimana menurut beliau kekuatan parti amat bergantung kepada kesepaduan rakyat pelbagai kaum di negeri ini yang sentiasa memberikan sokongan padu kepada BN

Kenyataan ini pula disokong wakil dari UPKO Drs.Monih Apin yang bercakap soal Perpaduan Dalam BN yang menyarankan agar kerjasama dalam kepimpinan BN bahagian perlu dipereratkan dan ini boleh dilakukan dengan kekerapan mengadakan aktiviti secara bersama bagi mengwujudakan semangat kerjasama dan hubungan harmoni.


Semua cadangan yang dikemukakan dalam Konvensyen ini menjurus kepada usaha untuk memperkasakan BN sebagai parti yang menjadi teras untuk mengemudi pemerintahan Negara agar segala pembangunan ,keamanan dan kesejahteraan rakyat dapat dipertahankan dan diteruskan terutamanya ketika Negara di landasan untuk mencapai Wawasan 2020

Dengan hanya berbaki 9 tahun bagi mencapai status tersebut ianya memerlukan komitmen dari semua pihak agar pencapaianya lebih menyeluruh dan seimbang termasuklah dalam mempertingkatkan taraf siso ekonomi rakyat selaras dengan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10)

Sehubungan dengan itu Wakil Dari MCA Datuk Vincent Yong mahukan kerajaan dapat melakukan tindakan yang lebih proaktif terutamanya dalam menyediakan kemudahan asas infrastruktur di kawasan luar Bandar dapat di percepatkanya dan ianya perlu mendapat sokongan serta kerjasama dari penjawat awam agar sistem penyampaian lebih cepat dan efisin bagi memenuhi kehendak rakyat . Turut ditekankan ialah usaha usaha kerajaan melonjakkan ekonomi rakyat diluar Bandar melalui pengwujudan industri bagi membolehkan peluang pekerjaan dapat diwujudkan .

Turut menarik perhatian ialah Peranan Pemuda dan Wanita dalam memperkasakan parti dimana menurut pembahas yang mewakili Pemuda Mohd.Ishak Haji Ibrahim pemuda perlu diperkasakan dengan nilai serta jatidiri kepimpinan yang telus dan sedia berjuang sesuai dengan kedudukan pemuda sebagai pemimpin pelapis, begitu juga peranan Wanita yang dibawa oleh wakilnya Hajah Fatimah Ibrahim yang mahu peranan kaum hawa diiktiraf dalam usaha membantu merealisasikan tranformasi politik dan pembangunan Negara.

Apa yang diharapkan hasil dari resolusi Konvensyen ini setiap parti komponen perlu membuktikan bahawa ianya tidak sekadar di atas kertas, sebaliknya perlu diterjemahkan ke dalam bentuk realiti memantapkan kekuatan parti sekali gus kesungguhan untuk membawa perubahan besar bagi meningaktan taraf siso ekonomi rakyat termasuklah penyediaan kemudahan insfrastruktur yang sempurna dalam satu langkah, satu derap dan satu matlamat ke arah mencipta kejayaan dan keadilan sebenar rakyat Malaysia.

No comments:

Post a Comment