Friday, April 22, 2011

SABAH HARGAI BANTUAN AUSTRALIA SEMASA PERANG DUNIA KEDUA





MEMORI…Lajim bersama ahli keluarga terdekat mendiang LT Startevich melihat beberapa gambar dan catatan tentang perjuangan askar Australia semasa perang dunia kedua yang turut di serta oleh LT Startevich

BEAUFORT - Kerajaan Sabah melahirkan penghargaan yang
tidak terhingga kepada usaha, keberanian dan pengorbanan yang dihulurkan oleh
semua pejuang khususnya Australia semasa Perang Dunia Kedua.
"Kami terhutang budi atas pengorbanan dan keberanian mereka," kata Timbalan
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Lajim Ukin dalam
ucapannya pada majlis memperingati Perang Dunia Kedua di Tugu Peringatan
Startevich di sini hari ini.
Dalam hal ini, beliau berkata kerajaan negeri akan sentiasa mengingati
pengorbanan mereka.
"Ia adalah masa yang sesuai dan wajar untuk kita balas kembali pengorbanan
yang telah diberikan oleh askar-askar ini dengan mengadakan majlis memperingati
perang seperti ini," katanya.
Lajim yang juga Anggota Parlimen Beaufort berkata Tugu Peringatan Sabah,
bangunan atau tapak sejarah adalah bukti ketara yang membantu membentuk rupa
fizikal negeri itu.
Beliau berkata Tugu Peringatan persendirian, L.T. Startevich itu adalah
tapak peringatan sejarah penting di Sabah, sehubungan itu, kerajaan negeri telah
mengisytiharkan tugu peringatan itu sebagai Tapak Warisan Budaya pada 1998 untuk
memastikan ia dipelihara selama-lamanya dan tidak diganggu oleh sebarang
aktiviti yang akan memberi kesan negatif di tapak itu.
Lajim berkata tapak warisan budaya itu bukan sahaja untuk pemuliharaan
tetapi ia juga boleh dipromosi dan dipasarkan sebagai salah satu produk
pelancongan yang penting.
Kewujudan tapak warisan sejarah seperti Tugu Peringatan Startevich telah
meningkatkan hubungan akrab dan jalinan persahabatan antara kedua-dua negara,
Malaysia dan Australia, katanya.

No comments:

Post a Comment