Sunday, April 10, 2011

950 unit Komputer 1 Malaysia diagih di Kuala Penyu






BANGGA…Lajim bersama isteri Datin Seri Hajah Normilah Siong menunjukkan isyarat 1 Malaysia bersama sebahagian dari para pelajar yang menerima sumbangan Komputer di majlis tersebut


KUALA PENYU :Sebanyak 950 komputer riba 1Malaysia diagihkan kepada pelajar luar Bandar dari empat buah sekolah menangah itu SMK Menumbok, SMK kayul, SMK Kuala Penyu dan SMK St Peter Bundu dalam kawasan Parlimen Beaufort dalam usaha membantu masyaraka khususnya golongan pelajar di kawasan itu supaya celik teknologi maklumat (IT).

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin ketika menyerahkan komputer riba tersebut berkata, computer itu disumbangkan oleh Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM) dan merupakan sebahagian daripada 1.2 juta komputer di bawah Inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan (NBI) yang diagihkan kepada pelajar luar bandar.

"Mereka yang layak menerima komputr riba ini terdiri daripada keluarga berpendapatan RM3,000 ke bawah dan anak-anak mereka yang cemerlang dalam pelajaran," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Komputer Riba 1Malaysia kepada pelajar-pelajar sekolah menengah peringkat Parlimen Beaufort di Dewan Masyarakat Dato Shah Bandar Makang Kuala Penyu pagi kemarin

Hadir sama, wakil rakyat Kuala Penyu John Teo Mau Sing Pengarah SKMM Sabah dan Wp Labuan Buhkari Yahya dan Timbalan Ketua Umno bahagian Beaufort Isnin Haji Aliasnih
Tambahnya, tujuan utama pemberian itu dilakukan supaya tiada lagi jurang digital antara pelajar luar bandar dengan pelajar di bandar.

"Kita mahu semua pelajar berdaya saing dan melahirkan ramai modal insan yang berkualiti pada masa hadapan," katanya.

Menurut beliau pemberian komputer tersebut membuktikan kerajaan BN komited bagi melahirkan generasi muda agar celik IT disamping ianya turut menjadi eleman untuk menjana kecermalangan pendidikan di Negara ini dan ini tambahnya ianya selaras dengan gagasan 1 Malaysia “ Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan”

”Usaha ini dilakukan bagi membolehkan rakyat di kawasan luar bandar dapat menikmati dan mengambil faedah kemudahan ICT seperti mereka yang berada di bandar sebagai pemangkin untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat”katanya

Tambah Lajim usaha ini juga selari dengan Misi Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10) yang dibentangkan oleh Perdana Menteri baru baru iaitu menunju ke arah pembangunan sisoekonomi secara inklusif dan mewujudkan persekitaran ke arah meningkatkan kualiti hidup akyat didahulukan Pencapaian Diutamakan

Dalam pada itu beliau juga menasihati para pelajar supaya tidak menyalahgunakan komputer riba tersebut sebaliknya dimanfaatkan untuk mendapat maklumat yang betul.
"Saya berharap ibu-bapa dapat memantau aktiviti anak mereka dalam menggunakan komputer terbabit. Janganlah menggunakanya untuk tujuan yang tidak elok," tegasnya

No comments:

Post a Comment