Monday, April 11, 2011

PERBELANJAAN YANG DIKELUARKAN UNTUK PENDIDIKAN BUKAN PEMBAZIRAN KATA LAJIM




LANCAR…Lajim menekan punat komputer sebagai simbol pelancaran program tersebut

BEAUFORT: Pendidikan merupakan prasyarat untuk mencapai kemajuan justeru perbelanjaan yang dikeluarkan untuk tujuan pendidikan bukanlah satu pembaziran, sebaliknya satu bentuk pelaburan jangka panjang kata Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin

Sehubungan dengan itu katanya, Ibubapa perlu menghindari sikap terlalu berkira dalam soal memajukan pendidikan anak-anak demi menjamin masa depan mereka

Beliau berkata, dalam soal memajukan pendidikan anak-anak ibu bapa perlu bersedia berkorban dengan mengetepikan perkara-perkara tidak perlu yang melibatkan kewangan

“Kita kena ingat bahawa proses pembelajaran di sekolah bukan hanya terhad apa yang disediakan dan disampaikan oleh guru guru semata mata namun proses tersebut perlu dibantu dengan pelbagai kaedah dan pendekatan lain sebagai bahan bantu bagi memantapkan kefahaman pelajar agar lebih cemerlang” katanya

Beliau yang juga Ahli Parlimen Beaufort berkata demikin ketika berucap merasmikan Pelancaran Revolusi Pendidikan 2011 “Score A Program” di dewan Perpustakaan Cawangan Beaufort dekat sini baru baru ini.

Hadir sama pengasas program Rasidah Sagap dan Setiausaha Politik Kementerian Pembangunan Insfrastruktur Isnin Haji Aliasnih dan Pegawai Unit pembangunan kemanusiaan pejabat Pendidikan Daerah Beaufort Mohd.Jali Nordin

Dakan perkembangan yang sama Lajim juga turut menasihatkan pelajar agar menguasai dan mendalami pengetahuan dalam bidang teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) untuk meningkatkan pencapaian akademik mereka.

Katanya menerusi penguasaan dalam bidang ICT, ia memudahkan pelajar membuat rujukan dan latihan secara berkesan

“Dalam dunia global sekarang pelajar tidak dapat lari daripada ICT, dunia siber dan internet adalah satu kemestian untuk mencapai kejayaan dalam apa bidang sekali pun, justeru ibu bapa perlu memainkan peranan proaktif mendedahkan anak-anak mereka dengan dunia ICT seawal mungkin menerusi penggunaan computer” katanya

Bagaimanapun Lajim turut menegaskan ibubapa perlu juga memantau anak-anak mereka ketika melayari alam siber atau internit agar tidak menyalahgunakan kemudahan tersebut untuk perkara perkara lain yang boleh menjejaskan tumpuan mereka kepada pembelajaran

No comments:

Post a Comment