Monday, April 11, 2011

4.1 JUTA PERUNTUKAN DIBERIKAN KEPADA MPP PADAWAN


BERI PENJELASAN…Lajim semasa bercakap kepada media selepas merasmikan majlis tersebut


PADAWAN SARAWAK: Sejumlah 4.1 juta ringgit geran tahunan diperuntukkan kepada Majlis Perbandaran Padawan (MPP) tahun ini. Ia tidak termasuk peruntukkan tambahan 3.51 juta ringgit bagi membantu meningkatkan program pembangunan di kawasan MPP yang didiami lebih 300-ribu penduduk.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Penglima Haji lajim Haji Ukin berkata, sebagai antara kawasan majlis perbandaran yang terbesar di negeri ini, beliau berharap MPP dapat menggunakan peruntukkan berkenaan sebaik mungkin, termasuk masalah perparitan bagi mengelak berlakunya banjir kilat.

“ Ini merupakan satu jumlah peruntukan terbesar yang diberikan oleh kementerian saya bagi membantu pihak MPP di kawasan ini melaksanakan pelbagai projek pembangunan untuk mempertingkatkan lagi kemudahan prasarana di kawasan ini yang mempunyai keluasan dengan kepadatan penduduknya” katanya kepada media selepas menyerahkan Geran Peruntukan Tahunan kepada MPP Padawan dekat sini pagi kemarin.

Menurut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort selain itu sejumlah 830-ribu ringgit turut diberikan kepada semua ahli parlimen di seluruh negara bagi mengadakan aktiviti pembersihan, kempen kitar semula, dan kempen mengurangkan penggunaan beg plastik.

Ditanya mengenai isu-isu semasa yang mungkin akan dimanipulasi pembangkang di negeri ini ialah mengenai pemilikan tanah adat (NCR), keadaan harga barang, harga minyak, Program Tranformasi Kerajaan (GTP), serta kuasa autonomi. Katanya, kerajaan pusat akan sentiasa memberikan perkhidmatan terbaik dan meklaksanakan program pembangunan secara berperingkat.

Dalam perkembangan lain Ahli Majlis Tertinggi Umno ini juga berkata, Umno bahagian Beaufort akan menghantar jenteranya bagi membantu jentera BN Sarawak menghadapi pilihanraya umum yang diadakan pada 16 April depan.

“ Kita telah bersedia untuk menghantar jentera bagi membantu kempen semasa pilihanraya kali ini dimana Lawas dan Limbang merupakan lokasi pilihan bagi BN bahagian Beaufort membantu menjalankan kempen semasa pilihanraya kali ini” katanya.

Sambil menaruh keyakinan BN Sarawak akan dapat mengekalkan kemenangan pada pilihanraya kali ini, beliau berharap rakyat Sarawak lebih bijak memikirkan parti mana yang perlu mereka letakkan bagi mewakili mereka.

“ Dalam soal ini BN telahpun melaksanakan peranan yang terbesar dalam memacu proses pembangunan berterusan di Sarawak, tidak ada sebab bagi rakyat Sarawak terpujuk dengan dakyah pembangkang yang hanya datang secara bermusim” jelas Lajim

No comments:

Post a Comment