Friday, April 22, 2011

MASA UNTUK MEMPERKASAKAN BN




PENGHORMATAN…Lajim ketika meletakkan kalungan bunga pada tugu Peringatan Starcevich, di majlis tersebut


BEAUFORT: Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata bukanlah masa yang sesuai untuk mempertikaikan kepimpinan yang ada sekarang khususnya kepada pihak yang mengeluarkan kenyataan yang mempertikaikan kepimpinan Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman.sebagai Ketua Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional Sabah.

Katanya, seharusnya semua pihak khususnya parti parti kompenan BN di negeri ini, lebih menumpukan perhatian terhadap usaha kearah memperkasakan dan memperkukuhkan parti masing-masing selari dengan usaha kepimpinan tertinggi BN yang komited melakukan proses tranformasi bagi mempastikan BN terus relevan dan mendapat sokongan dari rakyat.

Menurut beliau yang juga Pengerusi BN Parlimen Beaufort dalam keadaan PRU Ke-13 bakal menjelma, maka inilah masa paling sesuai untuk setiap parti komponen menetapkan satu tekad dengan memupuk kepercayaan, permuafakatan, kerja keras dan usaha bersungguh-sungguh bagi merampas kembali apa yang telah hilang dalam PRU ke-12, selain mengukuhkan apa yang dimiliki oleh BN.
.
“Tindakan mempertikaikan kepimpinan yang ada sekarang tidak sepatutnya berlaku terutama dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang akan datang.” Katanya ketika ditemui selepas majlis memperingati dan meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan Starcevich, Beaufort. Dekat sini kemarin.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) Datuk Chin Su Phin yang mendakwa BIN masih belum menyedari sepenuhnya tentang keperluan rakyat terutamanya masyarakat cina yang memerlukan perubahan drastik BN di negeri ini.

Menurut Timbalan Menteri Perumahan ini kekalahan BN di beberapa buah kerusi DUN semasa pilihanraya umum ke 10 di Sarawak baru-baru ini tidak boleh dijadikan alasan untuk melakukan perubahan drastik BN di negeri ini kerana ianya mempunyai perbezaan dari setuasi politik di negeri ini dan BN Sabah berada dilandasan yang baik bagi membawa kestabilan politik dan juga kemajuan beterusan untuk rakyat di negeri ini

Tambah Lajim sebarang rasa tidak puas hati dalam kalangan parti kompenan boleh dibawa berbincang dan bukannya disuarakan menerusi media.

Keadaan ini boleh menimbulkan kekeliruan kepada rakyat sekaligus merugikan bukan sahaja pemimpin malah rakyat apabila parti berpecah.

Malah tambah beliau, Sabah di bawah kepimpinan Datuk Musa terus membangun dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi.

“ Rakyat boleh menilai sendiri pembangunan yang dibawah oleh Datuk Musa yang sentiasa bekerja keras untuk memastikan Sabah terus membangun.” Katanya

Tambahnya, kerajaan Persekutuan turut memberi jaminan bahawa Sabah merupakan negeri yang diberi keutamaan untuk dibangunkan termasuk dalam Rancangan Malaysia ke-Sepuluh.

No comments:

Post a Comment