Sunday, March 20, 2011
KAMPUNG BERANGKOK DICADANG SEBAGAI TAPAK PROJEK PERINTIS PERUMAHAN UNTUK GENERASI KEDUA LAJIM
DIHARGAI…Lajim sambil diperhatian oleh John,Mohd.Dahali, Isnin dan Kimjus menerima cendera kenangan dari Pengerusi Penganjur Abdullah Bisnim selepas merasmikan kejohanan tersebut
KUALA PENYU: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bercadang untuk menjadikan kampong Berangkok sebagai tapak bagi melaksanakan projek perumahan bagi generasi kedua khususnya golongan belia di kawasan tersebut dan sekitarnya
Timbalan Menterinya Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, ianya masih diperingkat cadangan yang bakal dimasukan dalam kajian separuh panggal Rancangan Malaysia ke 10 (RMK-10)dan sekiranya sesuai dan serta mempunyai peruntukan kewangan yang mecukupi ianya akan dilaksanakan sebagai projek perintis kementerian beliau bagi menyediakan kemudahan perumahan yang mampu dimiliki oleh golongan muda.
“ Kita akan meneliti cadangan ini untuk dimasukan dalam kajian separuh panggal Rancangan Malaysia ke 10,(RMK-10) sekiranya sesuai serta mempunyai peruntukan yang mencukupi kita akan laksanakannya di kampong ini sebagai projek perintis” katanya ketika ditemui selepas merasmikan kejohanan Fustal 1 Malaysia Peringkat Parlimen Beaufort dan penyerahan tujuh buah gelanggang Fustal serba guna bagi kawasan Parlimen Beaufort di kampong Berangkok dekat sini petang kemarin.
Menurut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort dari kajian yang dilakukan sejumlah 63.4 peratus rakyat di Negara ini mempunyai rumah sendiri, sementara bakinya sejumlah 36.6 peratus belum memilik rumah sendiri
“ Mejoriti yang belum memiliki rumah sendiri ini terdiri dari generasi kedua terutamanya golongan muda dan usaha ini dilihat mampu membantu mereka (golongan muda) memiliki rumah sendiri pada kadar harga yang mampu mereka bayar” katanya.
Bagi tujuan projek perintis ini beliau turut meminta pemimpin masyarakat kampong tersebut bagi mencari kawasan yang sesuai untuk dijadikan tapak projek dimana ianya memerlukan kawasan tanag sekurang-kurang 10 ekar .dimana projek perumahan yang dicadangkan ini berbentuk rumah tiris yang berharga dalam lingkungan RM70,000.00 keatas.
Dalam perkembangan lain Lajim juga menyatakan setakat ini bagi daerah Kuala Penyu baki sejumlah 43.3 kilometer jalan raya di daerah tersebut bakal dinaik taraf dimana sebahagiannya telah pun mula dilaksanakan termasuklah sebatang jalanraya di kampunng tersebut.
“ Menyusul selepas ini kerja-kerja menaik taraf jalanraya antara kampong Kerukan ke kampong Kekapor juga akan kita laksanakan dimana ianya menelan kos RM 9 juta” katanya
Tambahnya kerajaan akan terus melaksanakan pelbagai projek pembangunan khususnya di kawasan tersebut dan ianya akan dilaksanakan secara berperingkat peringkat sehinggalah kesemua kampong dapat dihubungi dengan kemudahan jalanraya yang lebih baik dan sempurna.
“ Saya berharap rakyat bersabar kerana adalah menjadi tanggungjawab kerajaan BN untuk menyediakan kemudahan insfrastruktur yang baik dan sempurna untuk kemudahan rakyat sesuai dengan slogan “ Rakyat Didahulukan Pencapaian di Utamakan” katanya.
Majlis tersebut turut dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Penyu John Teo Mau Sing, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Sabah Haji Mohd Dahali bin Haji Matsin, Timbalan ketua Umo bahagian Beaufort Isnin haji Aliasnih dan Naib Ketua Umno bahagaian Beaufort Datuk Kimjus Duim
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment