Wednesday, March 9, 2011
GERAKAN BERSEPADU DAFTARKAN PENGUNDI MUDA
TANDA TERIMA KASIH…Lajim (tengah) melambaikan tangannya kepada para perwakilan yang hadir ke perasmian mesyuarat tersebut
BEAUFORT Gerakan bersepadu di seluruh negeri ini bagi mendekati dan menarik golongan muda mendaftar sebagai pemilih dan ahli UMNO perlu dilaksanakan secara berterusan
Ahli Majls Tertinggi Umno Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berharap agar pemimpin parti-parti politik, pegergerakan pemuda Umno dan Puteri pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan SPR sendiri supaya lebih agresif menjalankan kempen-kempen kesedaran kepada rakyat untuk mendaftar sebagai pemilih
Menurutnya lagi media juga boleh memainkan peranan dalam menarik minat pengundi supaya berdaftar kerana satu undi boleh memberi impak yang berbeza
“ Gerakan lebih agersif menjalankan kempen pendafranan melalui pelbagai program yang selari dengan citarasa golongan muda bagi mendekati golongan ini didaftar sebagai pengundi perlu kita pergiatkan dari masa ke semasa “ katanya ketika ditemui media selepas merasmikan perasmian berkelompok persidangan cawangan cawangan Umno bagi kawasan DUN Klias di dewan masyarakat dekat sini petang kemarin
Menurut Ketua Umno bahagian Beaufort ini rekod yang diterima dari Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dianggarkan sejumlah 4.3 juta orang belum mendaftar menjadi pemilih yang mejoritinya terdiri dari golongan muda, namun beliau yakin jumlah tersebut berkurangan ekoran beberapa program pendaftaran yang jalankan sebelum seperti program “ Juara Rakyat” yang turut membuka kaunter pendafaran kepada golongan muda untuk mendaftar sebagai pemilih
Sehubungan dengan itu katanya usaha mendekati golongan muda perlu dipertingkatkan bagi memberi penjelasan mengenai dasar kerajaan sekali gus mengelakkan mereka terpengaruh dengan dakyah pembangkang.
. "Walaupun jumlah itu tidak begitu besar, kita harap mereka terutamanya golongan muda yang layak mengundi segera mendaftar kerana ia membabitkan masa depan negara," katanya
Tambah Lajim pengundi muda yang disebut-sebut sebagai penentu politik masa hadapan perlu memahami peranan serta tanggungjawab mereka kepada bangsa agama dan negara dimana suara dan aspirasi mereka diperlukan dalam mengisi keperluan pembangunan Negara
“ Dibawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak kita melihat peranan serta tanggungjawab pemimpin muda dihargai dan diperlukan sebagai kompenan yang turut sama mengerakkan kemajuan dan pembangunan Negara” katanya,
Menurut beliau sebagai contoh pemimpin muda diberikan ruang dalam arena politik negara dengan memberikan mereka ruang untuk menampilkan bakat dan kualiti kepimpinan melalui pemilihan calon semasa pilihanraya kecil di Merliau Melaka dan di Kerdau Pahang baru baru ini dimana calon yang diletakkan mewakili golongan muda.
“ Ini sudah tentu berasaskan kepada ketokohan dan kualiti kepimpinan golongan muda yang bukan sahaja berpendidikan tapi mempunyai kemampuan memimpin dan diterima oleh rakyat bagi menyumbang kepada kesatbilan politik negara” tambah Lajim
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment