Thursday, March 10, 2011

KERAJAAN SEDIA BINCANG DENGAN PEMAJU SELARAS HARGA RUMAH




SIDANG MEDIA…Lajim dapit oleh Timbalannya Isnin (kanan) dan Kimjus (kiri) ketika menjawap soalan pemberita semasa sidang media selepas merasmikan mesyuarat tersebu

BEAUFORT: Kerajaan sedia berbincang dengan pertubuhan pemaju perumahan dalam menangani isu pemilikan rumah khususnya di negeri ini

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, usaha itu termasuklah mengesyorkan harga pasaran rumah yang tidak membebankan pembeli.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas harga pasaran rumah yang terlalu tinggi di Sabah selepas merasmikan perasmian berkelompok persidangan cawangan cawangan Umno bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Penyu di sini kemarin.

Hadir sama Timbala Ketua Umno Bahagian Beaufort Isnin Haji Aliasnih,Naib Ketua Umno bahagian Datuk Kimjus Duim ,Setiausaha Bahagian Haji Jusih Haji Sarin dan Bendahari Umno bahagian Mohd.Zahari Zinin.

Menurut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort ,setakat ini, belum ada akta atau perundangan yang membolehkan pemaju perumahan mematuhi harga pasaran rumah.

Bagaimanapun katanya,kerajaan mengambil serius perkara itu dan mencari pendekatan terbaik dalam memastikan harga pasaran rumah di negara ini tidak membebankan pembeli.

Terdahulu, Lajim yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO menyeru pemuda dan puteri mengenalpasti dan mendekati 4-juta pengundi muda di negara dengan melaksanakan gerakan bersepadu yang lebih agresif bagi mendekati dan menarik golongan muda di Sabah mendaftar sebagai pemilih dan anggota Umni

Katanya, langkah itu penting bagi memantapkan kekuatan parti itu di Sabah yang disifatkan sebagai 'simpanan tetap' untuk Barisan Nasional.

Menurut beliau gerakan bersepadu itu boleh dibuat melalui penyertaan pelbagai pihak termasuk pemimpin parti politik, pergerakan Pemuda dan Puteri Umno, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Gerakan lebih agresif untuk menjalankan kempen pendaftaran melalui pelbagai program yang selari dengan citarasa golongan muda perlu dipergiatkan dari masa ke semasa” tambah Lajim.

No comments:

Post a Comment