Sunday, March 13, 2011

PKR CABANG BEAUFORT SEMAKIN GOYAH..Ekoran kemasukan berramai-ramai ahlinya menyertai UMNO






SERAH BORANG…Kelihatan Lajim sambil disakikan oleh Isnin,Kimjus Haji Jusih,Mohd.Ishak dan saridah ketika menerima borang kemasukan ahli Umno dari Camarlin bagi mewakili ahli-ahli PKR di majlis tersebut

BEAUFORT: Kedudukan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Beaufort disifatkan semakin “goyah” ekoran tindakan Seramai 150 daripada ahli (PKR) cabang itu mengumumkan keluar parti PKR dan menyerahkan borang keahlian UMNO.

Majlis penyerahan itu dilakukan dalam satu majlis yang diadakan pada petang ahad lepas di Balai Raya Kampung Tanjung Bakalau dekat sini, yang diketuai oleh bekas Ketua Penerangan PKR Cabang Beaufort Camarlin Haji Loksin

Borang-borang itu diterima oleh Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin , dan turut disaksikan oleh Timbalan Ketua Umno bahagian Beaufort Isnin Haji Ali Asnih,Naib Ketua Bahagian Datuk Kimjus Duim, Setiausaha Umno Bahagian Haji Jusih Haji Sarin Ketua Pergerakan Pemuda Mohd.Ishak Haji Ibrahim dan Ketua Puteri Saridah Datuk Seri Panglima Mohd.Dun

Lajim yang juga Ketua Umno bahagian Beaufort berkata, dijangkakan lebih ramai lagi ahli-ahli PKR Cabang itu keluar parti dimana langkah tersebut dibuat ekoran hilang kepercayaan terhadap parti pembangkang khususnya PKR

Mengulas lebih lanjut perkembangan tersebut Lajim berkata, ianya bukan satu perkara mengejutkan memandangkan sudah ramai yang keluar parti berkenaan iaitu daripada peringkat pemimpin atasan, pengasas parti dan ahli baru.

Katanya, ia termasuk mereka yang berjawatan timbalan presiden, setiausaha agung, termasuklah 11 wakil rakyat dan dijangka jumlah ini akan bertambah khususnya di Sabah kerana kebanyakan ahli-ahli PKR menginsafi parti tersebut tidak mampu memperjuangkan nasip mereka terutamanya dalam menyediakan pembangunan untuk dinikmati oleh rakyat

''Tentu sekali ada sesuatu yang tidak kena pada cara kepimpinan dalam parti PKR sehinggakan mereka sanggup keluar menjadi bebas malah ada yang masuk UMNO atau parti-parti komponen Barisan Nasional (BN)” katanya

''Saya kira ini adalah sesuatu yang sepatutnya membuka mata rakyat untuk menilai bagaimana sebuah parti yang bercita-cita besar untuk mengalih kuasa” tambah Lajim

Sementara itu, bekas Ketua Penerangan PKR Cabang Beaufort yang Camarlin Haji Loksin yang mengetuai kemasukan beramai-ramai ahli ahli PKR Cabang itu , berkata mereka hilang kepercayaan terhadap hala tuju PKR yang dilihat terumbang ambing dan tidak mampu memperjuangkan nasib orang Sabah.

“ Kemasukan kami beramai-ramai bukannya dijanjikan dengan habuan seperti projek dan jawatan namun ,kami menginsafi serta melihat keupayaan Umno dan Barisan Nasional mentadbir negara sememangnya tidak boleh dinafikan khususnya dalam membela nasip rakyat dan kami tidak mahu masa depan anak-anak kami terkubur dengan perjuangan politik yang sia-sia” katanya

Seorang bekas ahli PKR yang hanya mahu dikenali sebagai Osman berkata, punca mereka keluar parti adalah sikap pemimpin partinya yang gila kuasa dan pentingkan diri sendiri.

"Pemimpin-pemimpin ini sanggup menjual bangsa, agama dan negara semata-mata untuk berkuasa, lebih menyedihkan mereka menjadikan ahli parti sebagai alat untuk mengejar kepentingan peribadi mereka," katanya

No comments:

Post a Comment