Sunday, March 13, 2011

PBBS TUMPU PENDIDIKAN SEBAGAI ASAS TRANFORMASI KEPADA MASYARAKAT BISAYA







LANCAR….Lajim diiringi oleh Timbalannya Kamarlin,Naib Presiden Haji Roslan,Isnin Setiausaha Agung Awang Anak dan Penolong ketua Penerangan Abd.Sanon ketika melancarkan Dana untuk Wisma Bisaya dan Kebajikan sempana mesyuarat agung tersebut

BEAUFORT: Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS) menjadikan bidang pendidikan sebagai asas utama bagi mengerakkan proses tranformasi bagi masyarakat Bisaya di negeri ini mencapai kejayaan dan kecermalangan dalam apa juga bidang.

Presidennya “Janang Gayuh” Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata,proses tranformasi yang dicananangkan harus bermula dengan pendekatan melalui pendidikan kea rah membangun modal insan yang seimbang dan harmoni

Katanya, asas perubahan tersebut amat penting bagi membangunkan masayarakat Bisaya dalam acuan sendiri iaitu memberikan fokus terhadap usaha ini yang menumpukan kepada pembangunan modal insan berkualiti sebagai bekalan mereka menghadapi cabaran dan juga persaingan dalam dunia global

“ Sebabnya, asas kemajuan sesebuah Negara dan bangsa bergantung kepada kualiti manusia yang memahami sejarah, budaya dan tradisi yang terbina supaya sesuatu yang baik pada masa yang lalu dijadikan sandaran rujukan disamping mempertingkatkanya usaha bagi menghadapi cabaran mendatang” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasarnya di Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan ke 20 (PBBS) di dewan Masyarakat Janang Gayuh Datuk Seri Panglima Mohd.Dun dekat sini petang kemarin.

Mesyuarat yang dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri yang juga Presiden Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun Sabah (KDCA) “ Hoguan Siau” Tan Sri Jospeh Pairin Kitingan dan turut dihadiri oleh Timbalan Presiden PBBS Kamarlin Haji Ombi dan Wakil Dari Persatuan Bisaya Sarawak yang diwakil oleh Penolong Setiausaha Agungnya Munan Bindok

Menurut Lajim pendidikan anak anak Bisaya harus diperkasakan supaya proses pembentukan diri dan pasukan dapat disuburkan di kalangan pelajar dan mahasiswa dari kalangan masyarakat tersebut

“Ia penting agar sistem pendidikan kita tidak hanya melahirkan insan robotik semata-mata tetapi teknologi tinggi harus diseimbangkan dengan sentuhan keinsanan (high-touch) supaya kemajuan yang bakal dibina memiliki etika dan adab yang tinggi” katanya

'Tambah Lajim keupayaan untuk melakukan tranformasi ini memerlukan perubahan pemikiran dan budaya kerja di kalangan masyarakat Bisaya bagi bersama-sama membantu PBBS menggerak dan menjayakan apa juga program yang dirancang dan dilaksanakan oleh PBBS dapat dilaksanakan secara beterusan demi kepentingan masyarakat itu

katanya, perubahan corak pemikiran dan budaya merupakan pelan tindakan terbaik dalam menjayakan proses tranformasi tersebut dimana masyarakat Bisaya tidak boleh sekadar berpuas hati dengan pencapaian selama ini sebaliknya terus menyediakan inisiatif, pendekatan yang menuntutu perubahan sebagai dan penanda aras baru

Beliau berkata, usaha tersebut penting kerana dunia sekarang bukan sahaja mudah dibentuk malah akan berubah mengikut perubahan persekitaran, kemajuan teknologi,politik, ekonomi sosial dan budaya yang sudah tenu akan mempengaruhi landskap masyarakat Bisaya dimana jika ianya tidak difahami dan ditangani dengan baik akan turut menjejaskan masa depan warga Bisaya itu sendiri.

" Masyarakat kita perlu berfikir jauh ke hadapan, bersama-sama kerajaan menjayakan misi dan visi membangunkan negara sebagai negara maju," katanya.

Dalam pada itu Lajim turut mengingatkan betapa pentingnya bagi masyarakat Bisaya terus bersatu padu mendokong bersama Gagasan 1 Malaysia dimana menurut beliau meskipun PBBS sebagai persatuan etenik namun peranan serta tanggungjawabnya dalam menjaga hubungan harmoni dan semangat setiakawan dengan lain lain persatuan perlu terus dipertahankan bagi mempestikan keamanan, kemakmuran dan kemajuan negera dapat terus dikecapi

“ kita perlu bersama memberikan sinergi budaya yang menarik dan memberikan asas perpaduan yang bermakna di Negara ini” kataya

No comments:

Post a Comment