Thursday, March 10, 2011

Pemuda UMNO Anjur Program 1 Beaufort 1 Malaysia



AZMAN DATUK SERI LAJIM….Dijanga lebih 500 orang hadiri program 1 Beaufort 1 Malaysia anjuran Pergerakan Pemuda Umno Beaufort

BEAUFORT: Pergerakan Pemuda Umno bahagian Beaufort akan menganjurkan program “ 1 Beaufort 1 Malaysia” pada 20 mac ini bertempat di Dewan Masyarakat Pa Musa

Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno bahagian Beaufort Azman Datuk Seri Panglima Haji Lajim (gambar) berkata, program ini bertujuan untuk mengumpul tidak kurang dari 500 orang belia dari kawasan Parlimen Beaufort dalam pelbagai program yang diadakan sempana majlis ini.

Katanya, antara program yang sudah dikenal pesti ianya program Indoor Game, Pertandingan Battle of The Band. Pertandingan Tarian Shuffle,persembahan kereta Drif dan turut dibuka ialah kaunter pendaftaran pengundi muda sepanjang program ini berjalan.

“ Program ini dibuat bagi mengumpulkan kalangan belia yang ada di kawasan ini, dengan pelbagai pengisian program yang selari dengan citarasa mereke (belia) bagi menonjolkan bakat serta kemampuan mereka dalam pertandingan yang bakal diadakan” katanya semasa ditemui selepas mesyuarat jawatankuasa pelaksana program tersebut di sini kemarin.

Menurut Azman golongan belia sebagai pemimpin pelapis perlu didedahkan dengan pelbagai program yang bermanafaat bagi menghindari mereka terjebak dengan pelbagai aktiviti yang kurang sihat.

“ Ini adalah medan untuk kita menampilkan pontesi serta keupayaan mereka sebagai pemimpin pelapis disamping menjadikan program ini sebagai medan menjayakan Gagasan 1 Malaysia bagi mengwujudkan kaum belia yang bersatu padu dan harmoni” katanya

Tambah Azman Ahli Majlis Tertinggi Umno yang juga Ketua Umno bahagian Beaufort Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin dijangka akan merasmikan program tersebut dan berharap masyarakat belia di kawasan Parlimen Beaufort akan datang dan menyertai program program yang disediakan sepanjang program ini berlangsung.

“ Bagi beberapa pertandingan yang kita anjurkan sempana program ini, mereka yang berminat menyertainya boleh berhubung dengan Pejabat Pergerakan Pemuda Umno Beaufor bagi mendapatkan borang dan juga syarat penyertaan” tambah Azman.

No comments:

Post a Comment