Friday, February 25, 2011

Tubuh Bomba Sukarela Setempat






SUNTIK SEMANGAT…Lajim diiringi oleh Pengarah Bomba dan Penyelamat Melaka Haji Zainudin bersalaman dengan kanak-kanak yang lengkap berpakaian Bomba dan Penyelamat sejurus tiba di majlis tersebut


MERLIMAU MELAKA: Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, penubuhan pasukan bomba sukarela di kawasan terpencil penting kerana kerja-kerja menyelamat boleh dilakukan dengan cepat sekiranya berlaku sebarang kecemasan.

Ini menurut beliau dapat membantu mencegah kebakaran pada peringkat awal sementara menunggu ketibaan Jabatan Bomba dan Penyalamat datang memadam kebakaran yang berlaku.

Tambahnya akibat jarak yang jauh dari lokasi kejadian maka kemungkinan pelbagai masalah tidak diingini boleh berlaku menyebabkan bantuan tidak dapat disalurkan secepat mungkin dan . disinilah dilihat pentingnya pasukan bomba sukarela ditubuhkan disetiap kampong

Sehubungan itu, Lajim yang Ahli Parlimen Beaufort berkata, jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) disarankan untuk menubuhkan pasukan bomba sukarela di kawasan mereka.

''Kita melihat pasukan bomba sukarela ini akan menjadi barisan hadapan yang akan membantu orang ramai ketika berlaku kecemasan dengan keupayaan yang mereka ada sebelum menantikan Pasukan Bomba dan Penyelamat” katanya

Lajim berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke Balai Bomba dan Penyelamat Merlimau Melaka dan seteterusnya melancarkan Kempen Pencegahan Kebakaran,Taman Pili Bomba dan Bomba Suka Rela bagi daerah Merlimau Melaka

Hadir sama Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Melaka Haji Zainudin Md Alip

Menurut Lajim pasukan bomba sukarela bukan sahaja terlibat dalam membantu memadamkan kebakaran akan tetapi mampu menyelamatkan apa sahaja bencana yang menimpa seperti banjir, kemalangan dan nyawa.

Sehubungan dengan itu katanya Kementerian Beliau melalui Jabatan Bomba dan Penyelamat akan turut memperkasakan setiap pasukan Bomba Sukrela yang terdapat di Negara ini dengan memberikan mereka kemudahan peralatan memadam api termasuklah memberikan mereka latihan bagi mempertingkatkan kefahaman mereka dalam kerja kerja menyelamat

“Kementeriannya sedang memulakan usaha untuk menggunakan pendekatan ISO negara maju iaitu ratio 1:4 dimana satu anggota bomba disebuah balai bomba, terdapat empat ahli bomba sukarela yang turut membantu” katanya

Menurut beliau, usaha itu perlu bermula dari sekarang memandangkan peranan dan tanggungjawab pasukan itu lebih mencabar seiring dengan pembangunan negara ke arah mencapai negara maju menjelang 2020. Oleh Jaafar Abdul Wahid

No comments:

Post a Comment