Saturday, February 19, 2011

CADANGAN MENGHADKAN TEMPOH JAWATAN PERDANA MENTERI SELAMA DUA PANGGAL TIDAK RELEVAN





SEMANGAT 1 MALAYSIA…Lajim (dua dari kiri) bersama Abdul Rahim,Ghulam dan Aliasgar melaungkan 1 Malaysia sebagai penyuntik semangat peserta yang menghadiri kursus tersebut


MEMBAKUT: Cadangan menghadkan tempoh maksimum dua penggal bagi jawatan Perdana Menteri dilihat sebagai satu cadangan yang tidak relevan dan tidak adil bagi seorang Perdana Menteri yang mempunyai krisma kepimpinan serta mendapat sokongan dari rakyat.

Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, cadangan tersebut lebih banyak membawa keburukan daripada kebaikan apabila seorang Perdana Menteri yang dipilih itu mampu melaksanakan tugas serta tanggungjawabnya mentadbir Negara dengan baik dan teratur

“ Saya berpandangan tidak perlu ada had tempoh bagi perkhidmatan jawatan Perdana Menteri kepada dua panggal sahaja jika seorang perdana menteri ini mampu mentadbir urus pentadbiran Negara ,sedangkan tanggungjawab seorang perdana menteri memerlukan tempoh yang sesuai bagi membolehkan dia merancang dan melaksanakan program pembangunan untuk kepentingan Negara dan rakyat”katanya ketika ditemui media selepas menyampaikan ceramah di kursus pemantapan pentadbiran organisasi anjuran Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat (UPKR) di sini malam kemarin

Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan yang disuarakan Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali pada forum Cabaran Semasa Sistem Demokrasi dan Perlembagaan Negara Malaysia ke Arah Pencapaian Wawasan 2020 dibangunan Perlimen pada isnin lepas yang mencadangkan tempoh had bagi seorang Perdana Menteri hanya dua panggal dan cadangan ini pula mendapat sokongan dari bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohammad.

Menurut Lajim banyak Negara seperti Filipina menghadkan tempoh jawatanPresiden namun tindakan tersebut tidak membawa kesan positif terhadap pembanguan Negara, malah ianya lebih banyak membawa kesan kepada ketidak setebilan politik termasuk merancatkan kadar pertubuhahan ekonomi dan juga perancangan pembangunan yang lebih mampan dan berkesan

Mengulas lebih lanjut dalam kontek kepimpinan Perdana Menteri ketika ini Datuk Seri Mohd.Najib Tun Abdul Razak , beliau berkata, jika tempoh dua panggal diberikan kepada Najib sebagai Perdana Menteri adalah sesuatu yang kurang adil pada beliau yang mengambil alih kepimpinan Negara pada saat sokongan rakyat mula merundum yang sudah tentu memerlukan masa untuk mengembalikan sokongan rakyat disamping melestarikan Gagasan 1 Malaysa bagi bagi membawa negara mencapai status Negara maju.

Sebaliknya Lajim bersetuju jika jawatan Menteri dan Timbalan Menteri di hadkan bagi tempoh dua panggal bagi memberikan peluang kepada pemimpin muda untuk mengambil alih kepimpinan yang dilihat agak lama bagi menolak perpepsi pemimpin muda mereka tidak diberikan ruang dan peluang sehingga mengalihkan sokongan mereka kepada pembangkang.

“ Bagi Jawatan Menteri atau Timbalan Menteri untuk tempoh dua panggal mungkin dapat di keji kesesuaianya dengan melihat keupayaan dan kemampuan pemimpin terbabit melaksanakan tugas serta tanggungjawabnya di kementerian yang diamanahkan” katanya.

Langkah ini juga menurut Ahli Majlis Tertinggi Umno ini bagi memberikan ruang kepada pemimpin muda untuk besama dalam jentera pentadbiran kerajaan bagi memberikan sumbangan dan idea baru yang relevan dan sesuai dengan tuntutan perubahan semasa.

Hadir sama di Majlis tersebut Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan Datuk Ghulam Haidar Khan, Wakil Rakyat Pantai Manis Datuk Abdul Rahim Ismail dan Pengarah UPKR Sabah Datuk Aliasgar Basri

No comments:

Post a Comment