Sunday, February 20, 2011

UMAT ISLAM DIINGATKAN AGAR MENOLAK IDEOLOGI YANG MENJEJASKAN PERPADUAN


SERAH SUMBANGAN…Lajim yang diiringi oleh Timbalan Ketua Bahagian Umno Beaufort Isnin Haji Aliasnih dan Naib Ketua Bahagian Datuk Kimjus Duim ketika menyerahkan bantuan kepada salah seorang penduduk di kampong Selangon selepas majlis tersebut



BEAUFORT: Umat Islam diingatkan agar menolak semua ideologi yang dibawa sesetengah pihak dalam cubaan meruntuhkan perpaduan sebaliknya umat Islam perlu mengekalkan keamanan bagi mencapai negeri maju menjelang tahun 2020.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, perpaduan merupakan kunci utama kejayaan Negara mencapai kemerdekaan serta kemajuan,sehubungan dengan itu katanya rakyat terutamanya umat Islam perlu menolak sebarang cubaan pihak tidak bertanggungjawab dalam usaha meruntuhkan keharmonian serta keamanan yang sekian lama terjalin

Menurut Lajim yang juga Pengerusi Perhubungan Sukarelawan PERKIM Sabah Umat Islam perlu menghayati sejarah perjuangan serta keperibadian Nabi Muhammad SAW dalam melestarikan perpaduan termasuk dengan bukan Islam bagi mewujudkan suasana negara yang aman dan harmoni untuk mencapai kemajuan.

“ Sejarah kejayaan yang dicapaikan oleh Nabi Muhammad SAW semasa zaman pemerintahan baginda turut dijadikan contoh oleh pemimpin di negara ini bagi menyatukan rakyat yang berbilang kaum dan agama dengan memperkenalkan Gagasan 1 Malaysia” katanya ketika berucap pada majlis perasmian sambutan Maulidur Rasul peringkat Zon Klias Baharu dekat sini kemarin

Hadir sama Timbalan Ketua Umno Bahagian Isnin Haji Aliasnih,Naib Ketua Umno Bahagian Datuk Kimjus Duim ,Ketua Pergerakan Pemuda Mohd.Ishak Haji Ibrahim dan Pengerusi Penganjur Ibrahim Salim

Tambah Lajim ,pada Zaman pemerintahan Baginda Rasullah bukan sahaja kebajikan umat Islam dijaga tetapi juga kepentingan dan keperluan masyarakat bukan Islam juga turut diberi perhatian, konsep ini diikuti oleh pemimpin Islam di Malaysia, selaras dengan tema sambutan Mauldur Rasul tahun ini 1 Malaysia 1 Umah

Dalam perkembangan yang sama Lajim juga berkata, untuk menjadi yang terbaik, umat Islam perlu menguasai ilmu pengetahuan, dan berpegang teguh dengan al-Quran dan sunnah.

Katanya umat Islam perlu aktif dan produktif menguasai ilmu pengetuhan sains, teknologi dan maklumat bagi memartabatkan inisiatif dakwah serta maruah Islam.

''Untuk itu, masyarakat Islam perlu memiliki dan menguasai ilmu pengetahuan kerana ia kaedah yang terbaik dalam membangunkan kembali cita-cita dan kemahuan sekali gus merebut peluang dalam pembangunan yang dirancang kerajaan," ujarnya

Selepas merasmikan majlis tersebut Lajim juga turut mengagih-agihkan bantuan keperluan harian kepada mangsa banjir yang berlaku baru-baru ini di kampong Selagon

No comments:

Post a Comment