Thursday, February 3, 2011

PERTANDINGAN KULINTANGAN TERBUKA MERIAHKAN SAMBUTAN ADAU JANANG GAYUH TAHUN INI





ALBUM KENANGAN…Lajim mengabadikan gambar kenangan bersama Ahli Majlis Tertinggi PBBS dan Krew Penerbitan RTM yang membuat program dokumenteri untuk etenik selepas mesyuarat tersebut


KOTA KINABALU: Penyertaan pertandingan kulintangan yang diadakan sempena perayaan Janang Gayuh tahun ini akan dibuka kepada masyarakat dari suku kaum lain di negeri ini.

Menyatakan perkara ini ,Presiden Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS), Janang Gayuh Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, pertandingan itu yang kali terakhir diadakan pada 1997, kini diperkenalkan semula pada sambutan Adau Janang Gayuh tahun ini yang dijadualkan akan diadakan pada 23 hingga 24 Julai depan bertempat di daerah Beaufort dimana melalui pertandingan kulintangan terbuka ini diharapkan akan dapat memeriahkan lagi sambutan perayaan hari kebesaran bagi masyarakat Bisaya di negeri ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Bersama Ahli Majlis Tertinggi PBBS di Kota Kinabalu.

Menurut Lajim berkata, langkah itu merupakan sebahagian usaha PBBS untuk mengeratkan hubungan antara masyarakat Bisaya dan kaum lain selaras konsep Satu Malaysia.

“ Ini merupakan sebahagian dari usaha serta insiatif kita mengientegerasikan perpaduan kaum melalui budaya selaras dengan Gagasan 1 Malaysia” katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat Ahli Majlis Tertingggi (PBBS) di sini pagi kemarin.
Hadir sama Timbalan Presiden (PBBS) Kamarlin Haji Ombi, Nain-Naib Presiden Haji Roslan Haji Muharamm,Edris Ali, Tarawi Rukut,Asmat Haji Japar dan Setiausaha Agung (PBBS) Awang Anak Haji Sani.

Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menambah , perayaan Janang Gayuh yang tersenarai dalam Kalendar Pelancongan Negeri bermula tahun ini merupakan wadah terbaik untuk mempromosikan produk pelancongan, budaya dan adat resam masyarakat Bisaya khususnya kepada pelancong asing.

Katanya,pelbagai acara akan diadakan senpena perayaan itu termasuk pameran pertanian, sukan rakyat, pameran tradisi suku kaum Bisaya dan makanan tradisi.

Dalam perkembangan Lajim berkata, PBBS akan sentiasa menilai keberkesanan program yang dilaksanakan dengan mewujudkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI).

Menurutnya, KPI itu bertujuan mencari pendekatan terbaik untuk memastikan masyarakat Bisaya terlibat secara langsung dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, kemahiran dan ekonomi sekaligus menjadi masyarakat berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Mengenai mesyuarat itu, Datuk Lajim berkata, ianya turut membincangkan program yang akan dilaksanakan tahun ini selain memfokuskan tentang penambahan ahli persatuan dalam usaha memperjuangkan kemajuan masyarakat Bisaya

No comments:

Post a Comment