Wednesday, February 16, 2011

ANGOOTA PERKHIDMATAN AWAM PERLU LEBIH EFISIN






DIHARGAI…Lajim menerima cendera kenangan dari Timbalan Pengarah Jabatan Penerangan Sabah Yunus Haji Saprin selepas merasmikan majlis tersebut


KUALA PENYU : Penjawat awam perlu melaksanakan setiap keputusan dan dasar kerajaan dengan gigih serta tidak dilengah-lengahkan supaya proses kerja akan menjadi mudah dan efisien seperti diharapkan pelanggan.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata sehubungan itu penjawat awam khususnya ketua jabatan perlu memastikan proses kerja yang diguna pakai sentiasa relevan mengikut perkembangan semasa.

Katanya, dengan cara ini dapat meyakinkan dan memenuhi tuntutan serta aspirasi rakyat yang dahagakan penyampaian perkhidmatan cekap ,cepat serta berkesan.

Sehubungan beliau berkata, penjawat awam bukan sahaja perlu komited dalam melaksanakan tugas masing-masing namun perlu memiliki daya saing dan sentiasa membuat penambahbaikan terhadap kualiti perkhidmatan yang disampaikan.

“ Sebagai pelaksana dasar di peringkat akar umbi Penjawat awam perlu meningkatkan kemahiran, kecekapan dan pengetahuan bagi mengurangkan pembaziran serta ketirisan supaya setiap ringgit yang dibelanjakan memberi impak positif kepada rakyat dan lebih banyak projek dilaksanakan," katanya

Beliau yang juga Ahli Parlimen Beaufort berkata demikian ketika berucap pada pada majlis perjumpaan bersama Ketua Ketua Jabatan Kerajaan serta pemimpin masyarakat tempatan daerah Kuala Penyu di dewan masyarakat Dato Shah Bandar Makang di sini kemarin.

Hadir sama Wakil Rakyat Kuala Penyu John Teo Mau Sing,Timbalan Pengarah Jabatan Penerangan Sabah Yunus Haji Saprin dan Pegawai Daerah Kuala Penyu Edmond Teo

Sehubungan dengan itu Lajim berkata kerajaan memandang berat soal integriti dan telah mewujudkan mekanisme serta struktur mantap bagi menentukan perkhidmatan awam pada tahap yang tertinggi apabila dinilai dari segi integriti dan amalan murni.

“ Kesungguhan serta kebolehan penjawat awam disemua peringkat didalam menentukan segala dasar dan program pembangunan yang dilaskanakan oleh kerajaan amat diperlukan dan ianya merupakan merupakan kunci yang membawa negara kepada masa depan lebih baik sekali gus meletakkan negara di landasan tepat bagi mencapai status negara berpendapatan tinggi dan maju menjelang 2020” tambah Lajim.

Sambil menghargai sokongan serta kerjasama yang diberikan oleh anggota perkhidmatan awam di kawasan itu dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan oleh kerajaan, Lajim turut menegaskan beliau mengamalkan “ Dasar Pintu Terbuka” bagi semua anggota perkhidmatan awam di daerah itu mengemukakan sebarang bentuk cadangan,idea dan pandangan khususnya dalam soal penambahbaikan sistem penyampaian kepada rakyat

Dalam masa yang sama katanya, rakyat pula perlu menghargai peranan sektor perkhidmatan awam kerana ia merupakan tulang belakang pembangunan negara.
Menurut beliau pihak yang suka menghentam sektor awam sebenarnya merupakan golongan yang hanya suka mencari kesalahan orang lain.
"Pihak berkenaan harus sedar akan kepentingan sektor awam. Mereka inilah yang membantu menjadi jentera kepada dasar negara bagi mencapai segala pembangunan yang dikecapi sekarang," katanya

Pada masa yang sama Lajim juga berharap agar anggota perkhidmatan awam tidak terjebak dengan nilai nilai negetif yang boleh melemahkan dan member imej buruk kepada perkhidamatan awam

No comments:

Post a Comment