Wednesday, February 9, 2011
Belia mesti bersedia hadapi cabaran era globalisasi: Azman
PENGADIL…Azman diiringi oleh Pengerusi Penganjur Roslan Jifneh ketika mengadili acara tarik tali salah satu aktiviti sukan yang didakan sempana program tersebut
BEAUFORT: Golongan belia perlu dilengkapi dengan ilmu pengetahuan serta kemahiran secukupnya sebagai persediaan bagi mereka menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran pembangunan negara yang kini memasuki era globalisasi.
Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno bahagian Beaufort Mohd.Azman Datuk Seri Panglima Haji Lajim berkata, ini kerana golongan belia merupakan aset negara yang tidak ternilai harganya dan di atas tangan mereka terletaknya hala tuju negara pada masa depan.
Justeru katanya golongan ini juga perlu memperkasakan diri mereka dengan nilai serta integeriti diri kukuh yang bertujuan melahirkan belia yang mempunyai daya tahan, daya saing dan daya juang.
“ Amat jelas di sini bahawa pembentukan belia berilmu pengetahuan,berkemahiran dan berkualiti merupakan satu keperluan yang perlu ada pada setiap anggota belia bagi menghadapi cabaran masa hadapan yang lebih cemerlang '' katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan lebih 100 belia termasuk anggota pergerakan pemuda Umno bahagian Beaufort pada majlis perasmian Sukaneka Tertutup anjuran Belia kampong Lajau Beaufort dekat sini kemarin
Mohd Azaman berkata, di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak pembangunan belia terus diberikan keutamaan malah ia adalah antara elemen yang diberikan penekanan di dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10)
“ Program program latihan kemahiran, kepimpinan dan pelbagai bantuan turut disediakan oleh kerajaan khusus untuk memperkasakan kaum belia dalam bidang bidang tertentu termasuklah meningkatkan taraf siso ekonomi kaum belia”katanya
Mengulas program tersebut Azman berkata ianya merupakan satu pendekatan yang dilakukan oleh Pergerakan Pemuda Umno bahagian Beaufort bagi mendekati golongan belia di peringkat akar umbi.
Katanya, aktiviti riadah dan sukan merupakan salah satu eleman yang dapat mengumpulkan golongan belia dalam konsep berkerja berpasukan disamping membentuk daya juang dan jati diri golongan tersebut dari terjebak dengan aktiviti yang kurang sihat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment