Sunday, February 20, 2011

KERAJAAN AKAN TERUS LAKSANAKAN PROGRAM PEMBANGUNAN UNTUK KESEJAHTERAAN RAKYAT







RIANG…Lajim (tengah) bergambar kenangan bersama sebahagian dari penduduk yang menerima bantuan tersebut

KUALA PENYU : Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata , kerajaan akan terus mengukuhkan tekad dan daya usaha bagi meningkatkan kemajuan, kemakmuran dan kesejahteraan negara dan rakyat termasuk di kawasan luar bandar

Katanya, walaupun kerajaan meletakkan negara di landasan bagi mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang 2020 serta mengurangkan kebergantungan rakyat terhadap bantuan dari kerajaan namun katanya kerajaan tidak akan mengabaikan tanggungjawab sosialnya kepada rakyat terutamanya dalam menyediakan pelbagai program pembangunan terutamanya kemudahan asas untuk kesejahteraan rakyat .

“ Tanggungjawab ini selaras dengan konsep kerajaan BN yang sentiasa meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan dimana keperluan pembangunan sentiasa berubah mengikut keadaan semasa ” katanya ketika berucap di majlis penyerahan bantuan tangki-tangki air kepada 66 orang penerima di kampong Kiambor dekat sini kemarin.

Hadir sama Wakil Rakyat Kuala Penyu John Teo Mau Sing,dan Ketua Bahagian Parti Bersatu Sabah bahagian Kuala Penyu Sebestian Diri Anjim

Menurut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort kemajuan,kesejahteraan dan keamanan yang dikecapi oleh Negara dan rakyat ketika ini kerana ianya ditakbir urus oleh kerajaan BN yang setabil dan sentiasa memberikan keutamaan terhadap keperluan dan kehendak rakyat tanpa mengira kaum,bangsa dan agama

"Pencapaian dan suasana ini perlu dikekal dan diperkukuhkan. Oleh itu, perkara-perkara atau isu-isu yang boleh menjejas dan merosakkan keadaan ini perlu dihindari,” katanya.

Tambah Lajim pendekatan yang diambil oleh kerajaan BN ialah dengan melihat masalah yang dihadapi oleh rakyat dan mengambil langkah susulan bagi mengatasinya dimana pendekatan ini amat berbeza dengan pendekatan yang dilakukan oleh parti pembangkang yang hanya tahu bercakap,memfintah termasuk menggunakan kemudahan media,enternit blog dan halaman sosial (FB) mengkritik kerajaan dan pemimpin demi untuk kepentingan peribadi mereka.

“ Hanya mengkritik sahaja yang mampu mereka (pembangkang) lakukan namun dalam menyelasaikan masalah rakyat mereka menyepi begitu sahaja” katanya

Tambah Lajim pembasmian kemiskinan luar Bandar dan bandar, keperluan perumahan bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana, pembangunan prasarana seperti kemudahan jalanraya,bekalan air,api ,pendidikan dan lain lain akan terus diberikan tumpuan oleh kerajaan dalam Rancangan Malaysia Ke Sepuluh (RMK-10) yang bermula tahun ini

Lajim berkata, untuk mencapai pencapaian kemajuan berterusan penglibatan dan penyertaan aktif semua peringkat rakyat adalah intipati penting yang mampu melonjak pencapaian kemajuan dan membantu bagi menjayakan usaha-usaha pihak kerajaan ke arah membina kesejahteraan rakyat.

No comments:

Post a Comment