Saturday, February 19, 2011

PBT DISARAN IMPLEMENTASIKAN TEKNOLOGI HIJAU DALAM SISTEM PENCAHAYAAN



DENGAR TAKLIMAT…Lajim bersama (tengah) bersama John,Edmond dan Wences ketika medengar sesi taklimat tersebut dari Wakil ABB Communication (M) Sdn Bhd






KUALA PENYU: Pihak berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini disaran mengkaji pengunaan Teknologi Hijau dan Projek Pencahayaan Lampu di setiap kawasan PBT masing-masing sebagai satu alternatif baru dalam menguwujudkan pengindahan landskap yang lebih mesra alam dan murah

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, Kini terdapat banyak alternatif kepada mentol seperti mentol halogen, lampu kompak pendarfluor (fluorescence) atau CFL sehingga diod mengeluarkan cahaya (LED) yang memberi alternatif kepada evolusi pencahayaan.

Katanya mungkin ianya sesuatu yang baru namun tiada salah untuk mencubanya sekiranya ianya lebih efektif , menjimatkan kos disamping boleh memelihara alam sekitar

“ Kira-kira dua pertiga daripada semua pencahayaan di dunia berasaskan teknologi kurang efisien dalam menjimatkan tenaga, bagaimana dengan sistem LED Lighting ini mampu menjimatkan tenaga disamping dapat memelihara alam sekitar” katanya ketika ditemui selepas mendengar taklimat Implementasi Teknologi Hijau KPKT oleh Syarikat ABB Communication (M) Sdn Bhd di Majlis Daerah Kuala Penyu kemarin.

Hadir sama Wakil Rakyat Kuala Penyu John Teo Mau Sing,Pegawai Daerah Kuala Penyu Edmond Teo,Pengerusi Lembaga Kebudayaan Sabah Datuk Wences Angang ,Pegawai Eksuktif Majlis Daerah Kuala Penyu Haji Mohd Fazlee Abdullah dan Pengurus ABB Communication (M) Sdn Bhd Dr Mohamad Kamree

Menurut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort harga murah merupakan salah satu sebab mengapa ramai pengguna gemarkan lampu mentol lama berbanding lampu baru yang lebih menjimatkan tenaga.

Bagaimana pun menurut Lajim beliau di makluman lampu pendarfluor efisien terdapat potensi besar untuk mengurangkan penggunaan tenaga dan pencemaran alam sekitar dengan beralih kepada CFL.

“ Memang ramai menyedari lampu menjimatkan tenaga menggunakan 80 peratus kurang tenaga bagi menjana pencahayaan yang sama berbanding lampu mentol lama,namun apa yang mereka tidak ketuhai lampu mentol lama menghasilkan lebih banyak haba dan hanya lapan peratus keluar sebagai cahaya” katanya

Menurut beliau lagi Laporan alam sekitar mengesyorkan pembebasan gas rumah hijau boleh dikurangkan kepada 500 juta tan setahun atau 1.5 peratus dengan menukar lampu mentol lama seluruh dunia.

“Malangnya, ini tidak berlaku secara insentif dan perubahan kepada teknologi pencahayaan baru yang menjimatkan tenaga dan haba terlalu lambat,” katanya.

Sehubungan dengan itu Lajim berkata, makanisme baru menggunakan teknologi lampau LED sebagai lampau perhiasan di kawasan PBT termasuk digunakan di jabatan jabatan kerajaan perlu dikaji sebagai satu alternative terbaru dan terkini yang lebih efisin,menjimatkan disamping menyokong kempen bumi hijau bagi mengelakkan pencemaran

No comments:

Post a Comment