Saturday, February 12, 2011

PESTA “ANG PAU” ANJURAN MAYANG PERLIMEN BEAUFORT MERIAH






LANCAR…Lajim,isteri bersama Pengerusi (MAYANG) Johair serta pemimpin masyarakat yang lain bersama-sama memotong riben sebagai simbol pelancaran pesta tersebut


BEAUFORT: Kira-kira1,000 pengunjung terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama hadir memeriahkan Pesta “Ang Pau” anjuran Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat (MAYANG) Parlimen Beaufort di dewan Masyarakat Pa Musa dekat sini petang kemarin.

Majlis yang dihadiri oleh Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin bersama isteri Datin Seri Hajah Normilah Siong itu juga turut dihadiri oleh Wakil Rakyat Kuala Penyu John Teo Mau Sing, Pegawai Daerah Beaufort Wong Foo Ten,Pengerusi (MAYANG) Parlimen Beaufort Hajah Johair Matlani serta para pemimpin parti kompenan Barisan Nasional Parlimen Beaufort.

Pelbagai persembahan diadakan seperti pertunjukan tarian singa, persembahan kebudayaan pertunjukan fesyen dan turut menghiburkan pengujung ialah kemunculan bekas Naib Juara pelajar Program Realiti TV( AF) musim ke-4 Lotter P. Edwin Edin yang turut mempersembahkan beberapa buah lagu bagi menghiburkan pengunjung yang hadir ke pesta tersebut

Bagi seramai 150 warga emas yang turut dirayahkan di majlis tersebut mereka tidak pulang dengan tangan kosong apabila masing masing turut menerima sampul merah berupa “Ang Pow” yang disampaikan sendiri oleh Lajim bersama isteri.

Terdahulu ketika berucap dimajlis tersebut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort berharap agar setiap rakyat Malaysia yang cintakan keamanan perlu menyumbang ke arah keharmonian dan perpaduan dan juga meningkatkan usaha ke arah mempromosikan satu budaya yang aman, harmoni dan bersatu.

Menurut beliau Konsep 1Malaysia yang diperkenalkan dibawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd.Najib Tun Abdul Razak perlu mengorak langkah demi mengembalikan proses pembangunan perpaduan melibatkan setiap rakyat Malaysia tanpa memilih bangsa, warna kulit dan kepercayaan. Setiap rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian perlu memberi sepenuh tanggungjawab ke arah memperkenalkan budaya keamanan, harmoni dan bersatu.

Katanya, Meskipun ekonomi dan teknologi maklumat mempelopori era pembangunan hari ini dan masa akan datang, kita perlu terus mengekalkan keharmonian kaum dan perpaduan. Pembangunan ekonomi tidak memberi sebarang makna tanpa wujudnya persefahaman, keharmonian, kebajikan dan kepercayaan sesama kita

“ Marilah kita sama-sama mempertahankan tahap keharmonian kaum yang ada di Negara kita pada hari ini, sebagai eleman yang turut membantu menjana proses pembangunan dapat diteruskan tanpa memnggirkan mana-mana kaum di Negara ini” katanya
Tambah beliau pelaksanaan program seperti ini, perlu diteruskan demi menyemai semangat ke arah memelihara dan memperkukuhkan lagi semangat kecintaan dan patriotisme kepada negara

No comments:

Post a Comment