Saturday, February 12, 2011

212 MENARA TELEKOMUNAKSI DIBINA DI SABAH TAHUN INI LIMA DIANTARANYA AKAN DIBINA DI BEAUFORT






LANCAR…Lajim diringi oleh Kamarlin,Wong Kimjus,Bukhari dan Isnin menekan punat komputer sebagai symbol pelancaran carnival tersebut

BEAUFORT: Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan membina sebanyak 212 menara telekomunikasi di bawah projek perluasan liputan selular Time 3 di negeri ini.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata dari jumlah tersebut 5 buah akan dibina di daerah ini yang meliputi kawasan sekitar Batu 61, Kampung Lingkungan,Bengkalakak,Padas Damit,dan Lembah Poring yang mula dibina pertengahan tahun ini dan dijangka siap menjelang akhir tahun 2011.

“ Perlaksanaan projek ini merupakan sebahagian dari komitmen kerajaan bagi meningkatkan keupayaan rakyat agar menjadi masyarakat yang kaya dengan makumat yang berguna” katanya ketika berucap merasmikan Karnvial Merakyatkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) anjuran (SKMM) di tapak Tamu Pekan Beaufort pagi kemarin.

Menurut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort tahap kemajuan teknologi maklumat khususnya capaian jalur lebar Internet yang lebih baik merupakan kunci yang membawa negara kepada masa depan lebih baik sekali gus meletakkan negara di landasan bagi mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Beliau berkata tahap jalur lebar yang tinggi ini akan membawa pula kepada perluasan dan peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) seiring dengan program Transformasi Ekonomi Negara (ETP)

Katanya, Kepesatan (ICT) dengan jalur lebar yang mampu mencapai kelajuan tinggi telah membawa kepada revolusi maklumat yang dapat membawa kepada ilmu pengetahuan yang lebih baik. Maklumat dan perbincangan bersifat ilmiah yang pada ketika dahulu hanya dimonopoli oleh golongan tertentu, kini boleh diakses oleh masyarakat awam yang telah mempunyai darjah celik komputer yang agak baik.

Dalam perkembangan yang sama Lajim berkata, inisiatif kerajaan mengagihkan Komputer riba 1 Malaysia adalah selaras dengan matlamat kerajaan untuk menggendakan kepakaran sumber manusianya bagi mengwujudkan komuniti yang celik ICT .

“ Usaha ini bertujuan untuk mengurangkan jurang digital tanpa meminggirkan masyarakat di luar Bandar” katanya.

Bagaimanapun Lajim turut mengingatkan ibubapa agar sentiasa memantau pergerakan dan aktiviti anak anak di internait melalui pemerhatian akses kepada laman-laman sesawang interknit agar mereka tidak menyalahkan gunakan kemajuan ICT ini ke jalan yang boleh membawa kepada kesan negetif terhadap kehidupan mereka seharian.

“ Didik mereka agar lebih bertanggungjawab dan beretika bila melayari laman laman di interknit agar mereka tidak terdedah dengan ancaman dan bahaya alam siber seperti buli dialam siber,pornografi,kekerasan ,penderaan dan kebencian perkauman yang perlu dihindari” katanya

Hadir sama di majlis tersebut Wakil Rakyat Lumadan Kamarlin Haji Ombi,Pegawai Daerah Beaufort Wong Foo Ten Naib Ketua Umno bahagian Datuk Kimjus Duim, Pengarah Wilayah Sabah dan WP Labuan SKMM Bukhari Yahya dan Setiausaha Politik Kementerian Pembangunan Insfrastruktur Isnin haji Aliasnih

No comments:

Post a Comment