Tuesday, November 3, 2009

PERJUANGAN UMNO PERLU DITERUSKAN


DIWAWANCARA…Lajim ketika bercakap kepada media selepas menyampaikan ceramahnya di majlis tersebut

MEMBAKUT:
Perjuangan Umno perlu diteruskan dan nikmat kemerdekaan yang dikecapi hari ini perlu terus diwariskan sebagai pusaka kepada generasi akan datang serta hasrat untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang sentiasa menghargai semangat perjuangan dan pengorbanan pejuang-pejuang kemerdekaan dapat dicapai.
Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Panglima Haji Lajim haji Ukin berkara ,Senario semasa, UMNO berhadapan dengan pelbagai cabaran bukan sahaja dalam parti dan dalam negara malah situasi global juga turut memberi impak kepada rakyat.
“ Dalam usaha untuk terus memperteguhkan survival bangsa, UMNO hari ini bukan hanya berdepan dengan cabaran bagi menangani pembangkang yang sentiasa sahaja mencari salah dan silap di samping pelbagai provokasi dan tohmahan dilemparkan sebaliknya, cabaran yang lebih besar lagi adalah berdepan dengan ahli-ahli dalam parti sendiri” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan ceramah pada kurus kepimpinan Umno dari dua bahagian Kota Belud dan Tuaran di sini petang kemarin.
Menurut Lajim yang juga Ketua Umno bahagian Beaufort, apa yang perlu difahami, oleh ahli parti Umno bukan sahaja berpolitik, Umno uga perlu menerajui reformasi budaya dalam mempertahankan diri kita ledakan maklumat dan kemewahan di samping krisis lain.
Sehubungan dengan itu Katanya, kematangan percaturan politik dalam Umno dan kebolehan pemimpin-pemimpinnya dalam melaksanakan tanggungjawab yang digalas mampu untuk menyatukan masyarakat menerusi dasar-dasar yang adil dan saksama.
“ Ini bukan sahaja perlu dilakukan dan dijadikan budaya oleh pemimpin tertinggi parti malah pemimpin parti di peringkat akar umbi perlu turut sama memainkan peranan bagi merayatkan parti agar sentiasa relevan dalam mengisi keperluan serta kehendak ahli dan rakyat di peringkat akar umbi” tambah Lajim
Lajim berkata Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menggariskan landasan yang akan menjadi hala tuju rakyat dalam merialisasikan apa yang dinamakan gagasan 1Malaysia. Gagasan ini berteraskan nilai-nilai murni yang berpaksikan keadilan sosial, prinsip penerimaan, dan meraikan kemajmukan masyarakat berbilang kaum di negara ini.
“Apa jua yang akan dilakukan oleh parti dan Kerajaan maka rakyat menjadi keutamaan justeru dalam masa yang sama ia turut memerlukan pengorbanan dan kerjasama yang padu dari semua pemimpin parti dan masyarakat” jelas Lajim

Saturday, October 31, 2009

AHLI PERLIMEN BEAUFORT CADANG STESEN PERTANIAN TG.ARU DIMAJUKAN SEBAGAI KAWASAN EGRO PELANCONGAN






MENUMBOK: Kerajaan Negeri melalui Kementerian Pertanian dan Indsutri Makanan disarankan agar melakukan kajian terperinci bagi membangunkan kawasan stesen Pertanian Kelapa Tanjung Aru bukan sahaja sebagai kawasan penyelidikan Kelapa Pandan namun ianya boleh dimajukan ini sebagai kawasan egro pelancungan.

Ahli Parlimen Beaufort Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, stesen tersebut yang dibuka pada tahun 1980 pada keluasan tanah seluas 400 hektar masih mempunyai baki seluas 200 hekter yang masih kosong dan belum dibangunkan.

“ Disamping kita menjadikan kawasan ini sebagai pusat penyelidikan kelapa pandan, saya fikir kawasan ini boleh dimajukan sebagai pusat egro pelancungan yang manafaatnya bukan sahaja untuk memberikan kemahiran namun sekali gus dapat mengwujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat di kawasan ini” katanya semasa ditemui media selepas merasmikan Surau Al Hidayah stesen Pertanian Kampung Tanjung Aru dekat sini pagi kemarin.

Hadir sama Wakil Pengarah Pertanian Sabah Hanafiah Mohamad,Penguasa Styesen Pertanian Tanjung . Aru Yasin Muhamad dan Setiausaha Politik Kementerian Pembangunan Insfrastruktur Isnin Haji Aliasnih.

Menurut Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan jika usaha tersebut dapat direalisasikan ianya akan menjadi satu lagi daya tarikah baru bagi pelancung dan orang ramai berkunjung di kawasan ini.

“ Kemudahan asas seperti bekalan elektrik,air dan jalanraya telah pun disediakan di kawasan ini, ianya akan turut menjadi pemangkin bagi kawasan ini dimajukan secara komprahensif dimana pekerjaan negeri juga boleh memohon peruntukan dari kerajaan pusat untuk melaksanakan projek ini” tambah Lajim

Terdahulu ketika berucap di majlis tersebut Timbalan Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah ini juga ,meminta masyarakat Islam khususnya di kawasan ini agar menjadi Surau bukan sahaja sebagai tempat beribadat namun ianya perlu dijadikan sebagai wadah untuk memperkukuhkan perpaduan di kalangan masyarakat Islam.

Katanya, melalui pelbagai program keagamaan yang dianjurkan oleh jawatankuasa Surau ianya boleh menjalin semangat muhibah disamping mengeratkan hubungan silatulrahim antara masyarakat Islam.

“ Seharusnya aktiviti surau tidak hanya semasa melaksanakan sembahyang berjemaah, namun pelbagai program lain seperti program pendidikan,klas fardu ain,klas bimbingan Al Quran dan lain-lain boleh dianjurkan dari masa ke semasa” tambah Lajim. Oleh: Jaafar Abdul Wahid

Friday, October 30, 2009

LAJIM AJAK PERGERAKAN PEMUDA UMNO ANJUR PROGRAM BERIKAN DIVIDEN KEPADA RAKYAT DAN PARTI





MUHIBAH…Lajim diiringi oleh Jamawi bersalaman dengan ahli jawatankuasa Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Tenom sejurus tiba di majlis tersebut
TENOM: Pergerakan Pemuda UMNO perlu memberikan tumpuan terhadap penganjuran program yang memberi pulangan politik kepada parti khususnya Barisan Nasional (BN).
Ahli Majlis tertinggi Umno Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, dalam setiap penganjuran program ianya perlu memberikan manafaat kepada rakyat khususnya program yang boleh menarik minat golongan pengundi muda menyertai Umno dan menyokong BN dalam setiap pilihan raya yang diadakan.
“ Pergerakan Pemuda Umno perlu berani membuat perubahan dan berazam untuk memberi sumbangan luar biasa kepada parti bagi menghidupkan semangat kesukarelaan di kalangan ahli-ahli UMNO khususnya anggota pemuda” katanya semasa berucap di majlis perjumpaan dengan ahli jawatankuasa Pergerakan Pemuda Umno Tenom dekat sini pagi kemarin.
Hadir sama exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno bahagian Tenom Jamawi Jaafar dan Pegawai Daerah Tenom Sarimin Basir
Majlis perjumpaan ini merupakan majlis pertama yang dihadiri oleh Lajim selepas beliau terpilih menduduki barisan ahli Majlis Tertinggi Umno pada pemilihan awal tahun ini.
Menurut Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan golongan muda perlu dididik untuk menghayati sejarah perjuangan Umno selama ini terhadap bangsa agama dan Negara.
“, Hasrat Presiden parti Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak perlu dihayati kerana aspek perkhidmatan dan kesukarelaan merupakan satu nilai yang kini telah hilang dalam parti UMNO ekoran ledakan kepesatan kemajuan yang berlaku ,namun sebagai golongan muda kita perlu faham dan akur segala kemajuan dan keselesaan yang dinikamti hari ini adalah hasil dari perjuangan Umno sebelum ini” tegas Lajim
Sehubungan dengan itu Lajim yang juga Ketua Umno bahagian Beaufort berharap anggota pemuda agar tidak membuat apa-apa tunututan kepada parti, sebaliknya memikirkan apakah sumbangan pemuda kepada parti .
Menurut Lajim melalui pelbagai program dan pendekatan yang dilakukan oleh pergerakan Pemuda 'Dengan pelbagai idea dan pelbagai ragam, tidak terlalu sukar untuk mendampingi golongan muda dengan menjadikan mereka sebagai rakan Pemuda, mendengar pendapat mereka, serta menyelamai perasaan mereka.
Tambah Lajim lagi sememangnya tugas untuk memperbetulkan semula UMNO perlu mempunyai keberanian politik yang tinggi kerana UMNO tidak boleh dibiarkan dalam keadaan tidak menentu, jumud dan tidak berani membuat perubahan. Oleh: Jaafar Abdul Wahid

Thursday, October 29, 2009

FITNAH RACUN KEPADA KEUTUHAN PERPADUAN




AMANAT…Lajim ketika menyampaikan amanat di majlis tersebut


PAPAR: Timbalan Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin meminta agar budaya menaburkan fitnah melalui blog dan surat layang terutamanya kepada pemimpin pemimpin pertubuhan tersebut yang dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab diberhentikan.

Katanya, budaya ini akan menjadi racun kepada keutuhan perpaduan yang telah menjadi landasan utama bagi pertubuhan tersebut melaksanakan tanggungjawabnya mengerakkan program dakwah dan syiar Islam di negeri ini yang menjadi asas perjuangan pertubuhan tersebut ditubuhkan.

“ Perbuatan ini bukan sahaja memberikan kesan negetif kepada asas perjuangan (USIA) ditubuhkan namun ianya akan mengugat tahap perpaduan masyarakat Islam sebagai pendokong perjuangan yang telah dilakukan oleh (USIA)” katanya, semasa berucap di majlis perjumpaan muhibah bersama (USIA) bahagian Papar dan Membakut di Rumah Rehat Papar petang kemarin.

Menurut Lajim perbuatan ini dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab yang sengaja melemparkan fitnah dengan tujuan tertentu terutamanya untuk menjejaskan imej kepimpinan (USIA) dengan niat untuk menjayakan agenda peribadi.

“ Perlu kita ingat pertubuhan ini adalah pertubuhan Islam, malah Islam turut melarang umatnya menaburkan fitnah ,justeru ahli-ahli (USIA) perlu menangkis segala bentuk fitnah dan adu domba sebaliknya berusaha untuk merapatkan hubungan silatulrahim demi kekuatan dan keunggulan pertubuhan tersebut melaksanakan perjuangan untuk melaksanakan program dakwah” katanya.

Sehubungan dengan itu Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengajak ahli-ahli (USIA) agar sama mengembilng tenaga dan pemikiran bagi sama-sama melaksanakan program yang dirancang oleh pertubuhan tersebut demi kebaikan masyarakat Islam di negeri ini.

“ Jika timbul perasaan tidak puas hati atau kita (ahli-ahli ) mepunyai idea serta pandangan yang baik kita mempunyai saluran tertentu untuk mengemukakan cadangan tersebut bukannya melalui budaya menaburkan fitnah yang tidak berasas” tabah Lajim

Dalam perkembangan berkaitan Lajim juga mahu semua bahagian (USIA) di negeri ini bukan sahaja merancang dan melaksanakan program program dakwah namun perlu memberikan perhatian terhadap soal pendidikan dan juga ekonomi ahli-ahlinya.

Katanya, ini dapat dilakukan melalui perkongsian bijak dan semangat berkerja dalam satu pasukan bagi mempestikan apa yang dirancang dapat dilaksanakan sepenuhnya dan manafaatnya bukan sahaja di nikmati oleh ahli-ahli (USIA) malah masyarakat Islam yang lain.

Thursday, October 22, 2009

PANGKALAN DATA DIWUJUDKAN BAGI KESAN PENGUNDI PARLIMEN BEAUFORT DI LABUAN




MESRA…Lajim bersalaman dengan pengundi dari kawasan Parlimen Beaufort sejurus tiba ke majlis tersebut

LABUAN: Sebuah pengkalan data bagi mengumpul maklumat pengundi luar khususnya dari kawasan Parlimen Beaufort akan diwujudkan.

Ahli Parlimen Beaufort Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, pengkalan data tersebut akan disalaraskan oleh Pusat Khidmat Parlimen Beaufort dengan kerjasama Umno bahagian Beaufort.

“ Kita mempunyai pengundi luar lebih dari 1000 orang dari kawasan Parlimen Beaufort dan Sipitang yang bertugas di sini, dengan adanya pangkalan data ini akan memudahkan kita mengesan pengundi kita yang berkerja di sini dan ini sekaligus akan memudah tugas kita apabila menghadapi piliharaya umum nanti” katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidil Ftri bersama pengundi dari kawasan Parlimen Beaufort di Dewan SRJK Chai Wen dekat sini baru baru ini.

Turut hadir Bendahari Umno bahagian Mohd.Zahari Zinin, Pegawai Perhubungan Ahli Parlimen Labuan Johari Abidin .Pengerusi Penganjur Junsin Haji Suntrak serta hampir 2000 orang warga dari Parlimen Beaufort yang bertugas di Pulau Bebas Cukai ini.

Dalam perkembangan lain Lajim yang juga Ketua Umno bahagian Beaufort berkata, seorang pegawai dari Pusat Parlimen Beaufort akan ditempatkan di Labuan dengan menyediakan kemudahan pejabat perhubungan khusus bagi pengundi serta masyarakat dari daerah Beaufort berurusan terutamanya bagi menyelasaikan sebarang masalah yang dihadapi oleh pengundi di sini.

“ Kita akan membuka sebuah pejabat perhubungan dan meletakkan seorang pegawai perhubungan Parlimen di sini pada tahun depan, dan berharap ianya akan memberikan kemudahan kepada orang ramai khususnya penduduk serta pengundi dari Parlimen Beaufort membuat urusan resmi mereka” katanya.

Terdahulu ketika berucap di majlis tersebut Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan ini meminta pemimpin dan ahli Umno agar mengutamakan kepentingan parti daripada kepentingan peribadi atau kelompok tertentu sahaja.

Katanya, dengan meletakkan kepentingan parti lebih dari kepentingan peribadi akan membawa kesan kebaikan untuk memperkasakan perjuangan parti bukan sahaja untuk kepentingan ahli-ahli Umno malah untuk kepentingan semua.

“ Kita akan berhadapan dengan pilihanraya umum ke 13 nanti, seharusnya masa yang ada ketika ini kita perlu terlibat sama memperkasakan arah serta perjuangan parti bukannya mencari kesalahan rakan sendiri kerana ingin mendapatkan jawatan dalam parti” katanya

Beliau meminta pemimpin dan ahli parti agar mengikis sikap melemahkan pemimpin dan parti kerana ianya boleh menjejaskan usaha Umno dan BN untuk mencipta kemenangan cemerlang pada pilihanraya umum akan datang.

MAJLIS RUMAH TERBUKA BADAN PERHUBUNGAN UMNO SABAH DAN DSP HAJI LAJIM HAJI UKIN MERIAH






SEMANGAT 1 MALAYSIA..Ali,Musa yang diiringi oleh Lajim bersalaman dengan ahli-ahli parti sejurus tiba di majlis tersebut

KUALA LUMPUR: Lebih 4,000 orang pemimpin ,perwakilan serta pemerhati dari seluruh negeri ke Perhimpunan Agung Umno telah menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidil Fitri Badan Perhubungan Umno Negeri Sabah bersama Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin dikediaman resmi beliau di Jalan Conlay Kuala Lumpur malam kemarin.

Majlis yang pada awalnya dijadualkan akan dihadiri bersama oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak turut menarikan perhatian pengunjung bagaimanapun kerana kesuntukan masa Najib yang juga Presiden Umno mempengerusikan mesyuarat AMT pada malam yang sama hasrat tersebut terpaksa dibatalkan.


Bagaiamanapun acara sambutan terus diadakan dimana kehadiran dua Pemimpin utama Datuk Musa Haji Aman Ketua Menteri Sabah dan juga Ketua Menteri Melaka Datuk Wira Ali Rustam dan Ketua Penerangan Umno Ahmad Maslan turut menceriakan sambutan dan ini dihangatkan lagi dengan persembahan hiburan dari 2 orang artis tanah air Hattan dan pelawak Mr.Oss.

Berucap di majlis tersebut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort selaku tuan rumah berkata, majlis tersebut dianjurkan sempana Perhimpunan Agung Umno bagi memberikan ruang dan peluang kepada para perwakilan untuk mengeratkan hubungan silatulrahim dan kenal mengenali antara pemimpin dan ahli Umno di seluruh negera.

“ Kita masih berada di bulan Syawal, maka majlis ini amat bertepatan dalam usaha kita merapatkan hubungan silatulrahim antara pemimpin dan ahli-ahli Umno selaras dengan gagasan 1 Malaysia yang mengutamakan kepentingan perpaduan sebagai eleman utama membina kemajuan dan pembangunan Negara” katanya.

Berucap di majlis yang sama Musa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah berharap melalui konsep Rumah Terbuka yang diamalkan dalam setiap perayaan di Negara ini turut menjadi pemangkin kepada usaha melahirkan rakyat bersatu padu.

“ Usaha kerajaan dan parti untuk merakyatkan parti agar lebih dekat dan mesra di hati rakyat,memerlukan sokongan semua pihak, justeru pengangjuran majlis seperti ini boleh dijadikan wadah untuk memperkukuhkan lagi hubungan antara kaum di Negara ini” katanya.

Sehubungan dengan itu Musa mengajak pemimpin dan ahli Umno menghayati dan melaksanakan hasrat Perdana Menteri agar berani membuat perubahan terutamanya dalam meningkatkan Iltizam serta kesungguhan untuk memperkasakan arah dan perjuangan parti agar sentiasa relevan dan memenuhi kehendak rakyat di peringkat akar umbi yang menjadi tunjang kekuatan kepada Umno dan Barisan Nasional

“ Sebagai pemimpin dan ahli parti kita perlu bergerak seiringan, bersatu padu agar matlamat untuk memperkaskan parti yang boleh menyumbang kepada kemajuan dan kita laksanakan dimana manafaatnya akan dinikmati oleh secara bersama tanpa meminggirkan mana-mana kaum atau kelomppok” tambah Musa

Anggota Parlimen Sabah Dan Sarawak Sambut Baik Hari Malaysia



Hari Malaysia satu penghargaan kepada pemimpin pemimpin Sabah dan Sarawak yang terleibat dalam rundingan Penyertaan Sabah dan Sarawak dalam Pembentukan Malaysia..Lajim Ukin Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Rata-rata anggota Parlimen khususnya bagi Sabah dan Sarawak menyambut baik pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Isnin mengisytiharkan 16 September sebagai cuti umum sempena Hari Malaysia.

Bagi anggota Parlimen Beaufort yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Lajim Ukin, (gambar ) beliau menyifatkan keputusan itu akan memberikan kegembiraan kepada rakyat Sabah dan Sarawak.

"Memang itu adalah satu pengiktirafan dan sebagai satu penghargaan kepada pemimpin-pemimpin Sabah dan Sarawak yang terlibat dalam rundingan penyertaan Sabah dan Sarawak dalam pembentukan Malaysia," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Hari Malaysia adalah untuk memperingati penubuhan Persekutuan Malaysia pada 16 Sept 1963 dianggotai Semenanjung Tanah Melayu (Malaya), Sabah, Sarawak dan Singapura.



Anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin juga menyifatkan bahawa ia satu penghormatan kepada Sabah dan Sarawak.

"Maka sempena dengan kewujudan 1Malaysia itu, wajarlah kita menerima baik keputusan daripada Perdana Menteri iaitu mengiktiraf 16 September itu sebagai hari yang bersejarah bagi negara kita.

"Sebenarnya semuanya ini memerlukan mekanisme yang baik sebab kita terlalu banyak cuti awam. Walaupun lambat, tetapi memadailah kerana sekurang-kurangnya kerajaan telah membuat keputusan," katanya.

Anggota Parlimen Batang Sadong Nancy Shukri berkata kerajaan telah mengambil satu keputusan yang mengira kepentingan dan suara rakyat.



"Saya ucapkan tahniah kepada Perdana Menteri kerana mengumumkan cuti umum untuk Hari Malaysia iaitu 16 September," katanya.

Anggota Parlimen Petra Jaya yang juga Timbalan Menteri Sains,Teknologi dan Inovasi Fadillah Yusof pula menyifatkan pengumuman Najib itu sebagai satu hadiah yang besar buat Sabah dan Sarawak



"Selama ini telah dikemukakan dan disuarakan kepada kerajaan untuk kita mengingati sejarah penubuhan Malaysia. Ini akan mengingatkan kita kewujudan tiga wilayah iaitu Sabah, Sarawak dan Semenanjung bergabung membentuk Malaysia.

"Kita bersyukur di bawah kepimpinan Perdana Menteri telah membuktikan bahawa beliau mendengar dan melaksanakan apa yang dijanjikan sesuai dengan gagasan 1Malaysia," katanya.

Timbalan Yang DiPertua Dewan Rakyat yang juga anggota Parlimen Santubong Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata ia satu penghormatan yang besar kepada Sabah dan Sarawak.

"Hari ini telah dilupakan kerana kita hanya mengingat hari kemerdekaan Tanah Melayu. Kita di Sabah dan Sarawak menyanjung tinggi penghormatan yang diberikan oleh Perdana Menteri," katanya.

Sementara itu, Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S.Subramaniam ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen berkata beliau turut menyambut baik keputusan itu.

Beliau meminta semua majikan menghormati keputusan itu.

Katanya, mana-mana majikan yang enggan memberikan cuti kepada pekerjanya atau enggan membayar kadar bayaran yang setimpal apabila diminta bekerja pada hari tersebut akan dikenakan tindakan.

"Pekerja yang tidak menerima bayaran yang setimpal boleh melaporkan kepada kementerian mengenai hal itu," katanya.