Wednesday, January 19, 2011

PBT SABAH ANTARA YANG TERBANYAK MENERIMA PERUNTUKAN DARI KPKT LAJIM






Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin bersama Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan Datuk Ghulam Haidar Khan, Ahli Parlimen Silam Haji Salleh Kalbi dan pengarah JPN Wan Hussin Wan Hassan semasa melawat projek PPR Kunak yang masih dalam proses pembinaan

KUNAK: Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini merupakan penerima peruntukan terbanyak berbanding negeri-negeri lain daripada kerajaan persekutuan menerusi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan setiap tahun bagi melaksanakan pelbagai projek pembangunan di kawasan masing-masing.


Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, walaupun PBT di bawah bidang kuasa kerajaan negeri,namun kerajaan persekutuan tetap menyediakan peruntukan membantu kerajaan negeri bagi memastikan PBT dapat melaksanakan program pembangunan yang memberikan manfaat kepada rakyat.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada perjumpaan dan taklimat pembangunan Majlis Daerah Kunak sempena lawatan kerjanya ke daerah itu baru baru ini.

Hadir sama Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Ghulam haidar Khan, Ahli Parlimen Silam Haji Salleh Kalbi dan Pegawai Daerah Kunak Susilo Sumarto

Menurut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort , setiap tahun kementerian perumahan dan kerajaan tempatan memperuntukkan 35-juta ringgit untuk PBT di Sabah.dan pada tahun lalu sahaja, kerajaan persekutuan telah memperuntukkan 50-juta ringgit.

Lajim berkata, peruntukan ini diberikan memandangkan masih banyak projek pembangunan perlu disediakan khususnya melibatkan kemudahan infrastruktur asas seperti jalan raya, air dan elektrik serta lain lain kemudahan yang diperlukan di beberapa PBT di negeri ini

Tambahnya, ia juga merupakan komitmen kerajaan Persekutuan bagi memastikan rakyat Sabah membangun seiring dengan negeri-negeri lain di Semenanjung.

Datuk Haji Lajm berkata, keutamaan pembangunan daerah Kunak haruslah memberi impak yang besar kepada rakyat seperti penyediaan jalan raya, gerai-gerai, kawasan perniagaan dan kemudahan asas yang lain.

Terdahulu dari itu Lajim bersama rombongan juga turut melakukan lawatan ke tapak projek Perumahan Rakyat (PPR) Kunak yang diketegorikan “Sakit” perlaksanaanya dan berharap pemaju komited untuk menyiapkannya.

Katanya, kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan member peluang kedua bagi kontraktor menyiapkan projek mereka berdasarkan kepada alas an munasabah seperti factor cuaca,dan masalah bekalan bahan binaan.

“ Jika peluang kedua yang kita berikan ini pemaju gagal juga menyiapkan projek mereka, kementerian akan mengambil tindakan susulan termasuklah menamatkan kontrak mereka” tegas Lajim

Tambah Lajim lagi kontraktor terbabit perlu menyiapkan projek tersebut dalam tempoh tambahan yang ditetapkan kerana dasar kerajaan sekarang tiada tambahan kos bagi sesuatu projek.

ANGGOTA BOMBA DIMINTA PERTINGKATKAN ILMU DAN KEMAHIRAN






Lajim (tengah) bersama Ghulam dan Khairuddin merakamkan gambar kenangan bersama anggota Bomba dan Penyelamat Tawau yang hadir ke majlis tersebut

TAWAU: Anggota Bomba dan Penyelamat perlu sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kebombaan bagi memastikan mereka berupaya memberi perkhidmatan terbaik dan efisin kepada rakyat.

Timbalan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, tunutuan ini selaras dengan peredaran masa yang memerlukan anggota bomba dan penyelamat sentiasa bersedia termasuk menguasai teknologi terkini khususnya dalam kerjaya kebombaan

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis Makan Malam bersama Anggota Bomba daerah Tawau di salah sebuah hotel di sini baru baru ini.

Menurut Lajim angota Bomba perlu menguasai ilmu pengetuhan serta , kepakaran mereka kerana setiap masa Jabatan tersebut akan menerima peralatan canggih, sehubungan dengan itu katanya anggota Bomba perlu menjalani latihan bagi nenoastikan mereka mempunyai kepakaran, menguasai teknologi baru dan terkini terutamanya yang melibatkan pengunaan jentera yang digunakan untuk menjalankan operasi menyelamat

”Berbanding tahun 1970-an, tanggungjawab anggota bomba dan penyelamat kini bukan sahaja tertumpu kepada tugas-tugas memadam kebakaran malah terlibat secara langsung dalam kerja-kerja menyelamat bersama pasukan keselamatan lain samada di darat mahupun di laut” katanya

Tambah Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort, kerajaan menerusi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sentiasa berusaha meningkatkan keupayaan Jabatan bomba dan penyelamat agar dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Katanya, apabila negara mencapai status negara maju menjelang tahun 2020, keupayaan dan kepakaran anggota bomba dan penyelamat negara ini perlu setanding dengan negara-negara maju.

Turut hadir pada majlis ini, Pembantu Menteri Kerajaan tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Haji Ghulam Haidar Khan Bahadar dan pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat sabah, Khirudin Drahman. dan Pegawai Penguasa Jabatan Bomba dan Penyelamat Tawau oleh: JBW

JANGAN JADIKAN EDIOLOGI POLITIK PENGHALANG PERPADUAN





Lajim ketika menyerahkan kad ucapan Tahun Baru Cina ,Angpow dan Limau Mindren kepada salah seorang peniaga sempana majlis tersebut

MENUMBOK: Perbezaan ideologi politik tidak harus menjadi penghalang kepada usaha mengukuhkan semangat perpaduan rakyat pelbagai kaum yang sedia terjalin selama ini.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, walau apapun pegangan ideologi politik seseorang itu, matlamat yang ingin dicapai adalah keamanan dan pembangunan negara yang berterusan.

“ Walapun Ideologi politik berbeza namun usaha untuk memelihara perpaduan,hormat menghormati antara kaum di Negara ini perlu kita pertahankan sebagai eleman penting dalam membena keamanan dan kesejahteraan meskipun rakyat di Negara ini terdiri dari pelbagai kaum dan agama” katanya semasa ditemui media selepas selepas mengagih-agihkan limau mandarin dan angpow sempena sambutan Tahun Baharu Cina yang akan disambut tidak lama lagi kepada masyarakat Tionghwa di Pekan Menumbok kemarin .

Turut hadir pada lawatan itu, bekas wakil rakyat Bebas Kuala Penyu, Datuk John Ghani, penolong pegawai Daerah Menumbok Awang Damit Abdul Razak Pengerusi Mayang Parlimen Beaufort Johair Matllani serta pemimpin masyarakat tempatan

Menurut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort Politik satu benda yang berbeza namun soal perpaduan itu penting kerana apapun amalan politik rakyat di Negara ini matlamat menuju ke arah keamanan merupakan perakara pokok untuk membangunkan negara


Tambah Ahli Majlis Tertinggi Umno ini, konsep 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dapat diperkukuhkan lagi perpaduan rakyat.

Katanya, dengan adanya konsep 1Malaysia, perpaduan rakyat berbilang kaum di negara ini dapat disepadukan seterusnya menjamin kestabilan dan pembangunan yang berterusan.

Sehubungan dengan itu beliau turut mengajak rakyat agar menjadikan apa jua sambutan perayaan yang dirayahkan di Negara ini, sebagai wadah untuk menjalin hubungan harmoni melalui konsep perkongsian perayaan .

Pada majlis tersebut Lajim turut menyampaikan kad kad ucapan tahun baru cina ,limau mandarin, dan angpow kepada masyarakat tiong hwa disekitar pekan Menumbok disamping turut mengadakan tinjuan mesra kepada golongan peniaga di Temu Pekan Menumbok .OLEH JBW

PBT DISARANKAN AGAR SELARASKAN HARGA SEWAAN RUMAH PROJEK PPR DI SABAH




Lajim bersama Ghulam dan Wan Hussin mendengar taklimat dari pemaju semasa melawat projek PPR Taman Semarak Tawau yang kini siap sepenuhnya dan bakal diserahkan kepada Kerajaan Negeri Sabah

TAWAU: Pihak berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini disaran agar mengkaji serta menyelaras kadar harga sewaan rumah di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR) yang tidak selaras disesetangah PPR di beberapa buah daerah di negeri ini.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, di sesetengah tempat rumah PPR khususnya disekitar Kota Kinabalu kadar sewaan yang dkenakan kepada penyewa ialah RM150.00 sebulan manakala di PPR yang lain pula RM 139.00 sebulan.


Malah katanya, terdapat kes PPR disewakan mengikut kedudukan tingkat rumah dimana ditingkat yang rendah ianya disewakan dengan kadar yang lebih tinggi berbanding dengan tingkat atas yang kadar sewaanya lebih rendah dari tingkat bawah.

“ Matalamat kerajaan menyediakan PPR kepada rakyat adalah membantu menyediakan rumah yang lebih selesa kepada rakyat yang memerlukannya dengan kadar sewa yang sesuai dan mampu mereka bayar sebulan, justeru jika kita menyewakan pada kadar yang tinggi dan tidak selaras sudah tentu ianya akan membebankan mereka” katanya semasa ditemui media selepas melakukan lawatan ke projek PPR Semarak dekat sini kemarin.

Mengringi lawatan beliau Pembantu Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sabah Datuk Ghulam Haidar Khan ,Pengarah Jabatan Perumahan Negara Wan Hussin Wan Hassan serta pegawai pegawai kanan dari Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Majlis Perbandaran Tawau.

Menurut Lajim PPR Semarak yang sudah siap pembinaannya hanya menunggu masa untuk diserahkan kepada kerajaan negeri dan beliau berharap pihak majlis Perbandaran Tawau telah pun mengenal pesti pemohon yang benar benar layak dan memenuhi syarat diberikan keutamaan untuk menyewa di PPR tersebut.

Dalam perkembangan lain Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort berkata, pihak kementerian beliau akan berbincang dengan Jabatan Perumahan Negara agar setiap PPR yang dibangunkan turut disediakan kemudahan belakan api elekterik dan air termasuklah pemasangan kelengkapan dan penyambungan bekalan ke dalam rumah

Katanya jika sebelelum ini rumah yang disediakan hanya menyediakan punca (point) bekalan api elektrik dimana penyewa sendiri yang menyediakan kelengkapan seperti kipas angin, lampau termasuk pemasangan meter air dan juga api eleketrik namun pada masa akan datang perkara ini akan terus disediakan oleh pihak pemaju.

“ Ini juga turu meringankan beban mereka yang menyewa PPR dimana keperluan untuk menyediakan perlatan ini boleh mencecah hingga ke RM1,000, bagaimanapun pada masa akan datang kita akan kaji mengikut makanisme tertentu agar ianya tidak melibatkan kos yang tinggi kepada pemaju dan tidak membebankan kepada penyewa” katanya.

PEMAJU ASAL PROJEK PPR “ SAKIT” DI SABAH DIBERI PELUANG SIAPKAN PROJEK




Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Ukin diringi oleh Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Ghulam haidar Khan dan Pengarah JPN Wan Hussin Wan Hassan semasa melakukan lawatan ke tapak Projek PPR Semporna

TAWAU: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sedia member peluang kepada pemaju atau kontraktor asal Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang diketegorikan “ sakit” di Sabah untuk menyiapkan projek masing-masing .

Timbalan Menterinya Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, peluang tersebut akan diberikan sekiranya pemaju atau kontraktor berkenaan mempunyai alas an munasabah seperti factor cuaca dan masalah bekalan bahan sehingga projek kendalian mereka gagal disiapkan mengikut jadual.

“ Kerajaan sedia berbincang dengan pemaju berkenaan…kalau kontraktor asal bersedia untuk menyiapkan ,kita beri peluang..” katanya kepada pemberita selepas melawat PPR Taman Semarak melibatkan 500 unit rumah baru baru ini.

PPR Taman Semarak yang sudah siap pembinaannya hanya menunggu masa untuk diserahkan kepada kerajaan negeri Sabah.

Menurut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort , berdasarkan lawatannya ke tapak-tapak projek PPR yang dianggap bermasalah dan “sakit” di kawasan pantai Timur Sabah sepert di Beluran,Sandakan,Kinabatangan,Lahad Datu , Kunak,Semporna dan Tawau semua pemaju terbabit menyatakan kesediaan untuk menyiapkan projek masing-masing .

Katanya, kesediaan pemaju untuk menyiapkan projek melalui pemberian tempoh lanjutan adalah lebih baik berbanding menamatkan kontrak mereka bagi mengelak kerajaan mengeluarkan tander baru.

“ Inipun satu dari cara kita supaya tidak berlaku pertambahan kos. Apabila berlaku penamapatan kontrak dan tawaran tander dibuat semula maka kos akan bertambah .Jadi kita mahu berunding dengan kontraktor asal supaya mereka menyiapkan projek walaupun berlaku sedikit kelewatan” katanya.

Mengenai unjuran kerajaan untuk mencapai sasaran “sifar Setinggan” menjelang 2020 ,Lajim berkata, kerajaan berada dilandasan yang betul untuk mencapai sasaran itu.

“ Dalam kontek Sabah, katanya sebanyak 18,700 unit daripada 20,000 unit kuota rumah PPR untuk negeri berkenaan kini dalam ketegori sama ada sudah diduduki ,sudah siap atau masih dalam pembinaan.

Katanya, baki 1,300 unit lagi akan diperuntukan kepada daerah Putatan belum dilaksanakan kerana kerajaan belum menemui tapak yang sesuai untuk membina rumah PPR itu seperti kawasan yang lengkap dengan prasarana dan kemudahan asas.

SEMUA PBT DIMINTA MANAFAATKAN PERUNTUKAN YANG DISEDIAKAN UNTUK KEPENTINGAN RAKYAT






Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin ketika menyampaikan amanat pada majlis perjumpaan tersebut. Turut Kelihatan Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan Datuk Ghulam Haidar Khan dan Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokthar Radin

KINABATANGAN : Pihak berkuasa tempatan (PBT) di sabah diminta untuk menguruskan sebaik mungkin peruntukan yang diberikan oleh kerajaan terutama peruntukan bagi pelaksanaan projek pembangunan di kawasan masing-masing.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Panglima Haji Lajim Ukin berkata, ini penting bagi memastikan peruntukan yang disalurkan kerajaan dimanfaatkan sepenuhnya agar program pembangunan yang dilaksanakan pbt berjalan lancar.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perjumpaan dan taklimat majlis daerah kinabatangan di kinabatangan.

Katanya, rakyat dapat manfaat daripada pelaksanaan projek pembangunan yang dilaksanakan dengan baik.

Tambahnya, kementeriannya sedia mempertimbangkan peruntukan tambahan kepada pbt bagi melaksanakan projek yang mereka mendesak dan diperlukan rakyat.

Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort berkata, kerajaan di bawah kepimpinan barisan nasional merupakan kerajaan yang prihatin terhadap rakyat.

Ini terbukti sabah merupakan antara negeri yang menerima peruntukan kewangan yang banyak daripada kerajaan persekutuan bagi memastikan negeri ini terus membangun seiring dengan negeri2 lain di negara ini.

Tambahnya, ini juga selaras dengan gagasan 1 Malaysia rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.

Turut hadir pada majlis itu, Ahli Parlimen kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin.

KONTRAKTOR DIBERI MASA SEHINGGA JUN INI SIAPKAN BALAI BOMBA KINABATANGAN-LAJIM







Lajim bersama Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokthar Radin diberikan penerangan oleh Pengarah Bomba dan Penyelamat Sabah Khairuddin Deraman semasa melawat Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan yang kini dalam proses penyiapan

KINABATANGAN : Pihak kontraktor yang membina Balai Bomba dan Penyelamat di sini diberi masa sehingga Jun ini untuk menyudahkan projek yang sepatutnya siap Disember tahun lepas.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, projek ini sudah siap sebanyak 86 peratus dan kontraktor member jaminan akan menyudahkanya mengikut masa lanjutan yang diberikan.
Beliau berkata kontraktor berkenaan juga sudah menjelaskan bahawa kelewatan itu disebabkan oleh pertukaran status tanah dan masalah mengangkut bahan binaan dari Sandakan.
“ Mereka member jaminan akan menyiapkan projek itu mengikut masa lanjutan yang diberikan dan kita mahu mereka melaksanakan tanggungjawab itu” katanya kepada pemberita ketika melawat tapak pembinaan Balai Bomba dan Penyelamat itu baru baru ini.
Lajim berkata kewujudan Balai Bomba dan Penyelamat merupakan satu keperluan di daerah ini yang pesat membangun dan semakin bertambah penduduknya.
Beliau berkata ketika ini sekiranya berlaku kebakaran dan bencana alam terutamanya banjir di daerah ini mereka terpaksa bergantung kepada Balai Bomba dan Penyelamat di Sandakan yang terletak kira-kira 100 kilometer dari sini.
Katanya, pembinaan Balai Bomba dan Penyelamat itu akan menyakinkan rakyat dan membuktikan kerajaan Barian Nasional sememangnya prihatin dengan masalah mereka .