Monday, December 28, 2009

AHLI PMBT DIBERIKAN KEUTAMAAN DUDUKI RUMAH PPR LAJIM






SERAH PERLANTIKAN…Kelihatan Lajim menerima watikah perlantikan sebagai Penasihat (PBTM) Bahagian Sabah dari Yang Dipertuanya Adul Sanon Haji Sapari di majlis tersebut.

KOTA KINABALU: Kerajaan khususnya Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan memberikan peluang serta keutamaan kepada ahli-ahli Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) untuk menduduki/menyewa Projek Perumahan Rakyat (PPR) .

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, mereka bukan sahaja diberikan peluang untuk menyewa malah akan diberikan keutamaan untuk membelinya sekiranya kerajaan negeri bersedia untuk menjualnya.

“ Saya difahamkan masih ada ahli-ahli (PBTM) di seluruh Negara yang sudah bersara namun terus berkerja di pelbagai sektor terutamanya di kawasan Bandar yang terpaksa menyewa bilik atau rumah pada kadar sewaan yang terlalu tinggi yang perlu kita bantu” katanya semasa ditemui selepas menerima kunjungan hormat dari (PBTM) Bahagian Sabah di Hayyat Hotel dekat sini pagi kemarin.

Kunjungan tersebut diketuai oleh Yang Dipertua (PBTM) Abd.Sanon Haji Sapari, Timbalannya Zaman Haji Bujang dimana semasa kunjungan tersebut (PBTM) Bahagian Sabah juga menyerahkan watikah perlantikan kepada Lajim sebagai Penasihat persatuan tersebut .

Menurut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort ahli-ahli (PBTM) di seluruh negara perlu dibantu kerana mereka sebelum ini telah banyak memberikan jasa serta sumbangan terutamanya dalam menjaga keamanan Negara.

Katanya, di negeri ini sahaja beberapa PPR telahpun siap dibina di beberapa buah daerah,dimana ahli-ahli (PBTM) boleh mengemukakan permohonan mereka untuk menduduki rumah rumah PPR yang telah siap dI bina ini.

“ Bagi memmudahkan proses membantu ahli-ahli (PBTM) memperolehi rumah rumah ini, mereka perlu mendaftar dengan ibu pejabat (PBTM) bahagian Sabah agar permohonan mereka dapat diproses segara” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan Lajim juga meminta ahli-ahli (PBTM) agar memberikan perhatian serta fokas terhadap peranan serta sumbangan (PBTM) kepada ahli-ahlinya.

Menurut beliau (PBTM) perlu melaksanakan tanggung jawabnya bukan sahaja dalam menjaga kebajikan ahli-ahli (PBTM) namun perlu menjadi agen pengerak kepada pencapaian dalam pelbagai sektor terutamanya peluang peluang pernaigaan bagi mempertingaktkan taraf siso ekonomi mereka seharian.

“ Ahli-ahli (PBTM) perlu mengambil peluang dalam kemajuan serta kestabilan ekonomi negara dengan melibatkan diri dalam pelbagai sektor antaranya perniagaan,pertanian,pelancungan sebagai sumber yang boleh diterokai untuk memajukan ekonomi mereka “ tambah Lajim

No comments:

Post a Comment